Thursday, June 25, 2009

BCL - Tentang Kamu

yuuhuuuuuu

hari ni takde apa yang nak diblogkan. macam biasa bz bz bz and bz settlekan kerja yang menimbun ni.

esok saya cuti! yeaahaaaa...

and sabtu...the rayyans's cukul jambul. maybe esok and sabtu bz sikit.

tapi...uwaaaa...xbleh nak ambik pic sangat coz camera rosak!!! lense dia macam buat hal sikit. bleh ambik pic tapi mcm pic tuh akan ada line2. sungguh tak cantik! sedih sangat. walaupun camera tuh camera biasa jek tapi banyak berjasa. nampaknya lepas ni kena ambik pic pakai camera hp jek la...:(

ok..sekarang ni fokus untuk mengumpul duit...demi camera...ntah bila la boleh beli camera baru kannn...

and last but not least...music of the day...TENTANG KAMU...



masa movie indon "cinta pertama' keluar terus jatuh cinta dengan BCL. erkk..i'm not lesbian ok. suka tengok style dia and lagu2 dia pun not bad gak.

have fun!

hugs and besos



Tuesday, June 23, 2009

lil ballerina & tangga

dia sangat la xcited bila nampak tangga.

kalau nampak...habis la dia marathon sampai ke atas kan. lepas tuh berani pula nak turun balik.

aishh...penat nak mengejar dia ni.

tunggu laa bila mummy dia beli gate nak block dia daripada naik tangga. haaa masa tuh tengok je la tangga tuh k...

her new sport car

tok daddy bought a new car for her coz he said that his cucu macam dah bosan jek dengan walker dia [oooo ngan anak dia kemain berkira kan hahahahaha ini tidak adil!]


saya mengeluh sekejap. bukan tak suka tapi tengah pening kejap memikirkan sure si kecik ni nak suh angkut bawak balik rumah.

memang betul pun. last friday masa nak balik dia dah menjerit2 tak nak bangun daripada doraemon tuh kan. so nak tak nak kena la sumbat masuk dalam kereta and bawak balik.

dah sampai rumah satu keje pulak kasi tolak dia sampai ke lift. dah la that thing ada lagu. so sepanjang nak sampai ke lift tuh lil ballerina boleh la asyik press jek punat lagu tuh. dah 1 block boleh dengar kan [dah macam jual icecream pun ada lagu dia ni]. boleh pula masa nak naik lift tuh ada orang lain pula nak naik sekali [selalu sunyi lift tuh tau]. memang pack la jadinya lift tuh padahal orangnya sikit jek. jadi pack sebab doraemon tuh dah ambil half space. sabar je la kan...

owh ya, her aunty elly nak tumpang sampai the curve. ada space lagi kat belakang tuh. apa lagi..jangan malu2. sila la naik hehehe sekali dia rempit baru tau kan...



Monday, June 22, 2009

lunch@tgif plaza damas

almost terlupa pasal lunch on last friday.

actually mr ceo yang belanja. as a gratitude la. semua macam excited kan. siap masing2 tak ambil bfast ni. yelah kang ambil bfast rugi la lunch kita orang kena makan sikit jek hahahaha bunyi macam tamak jek kan. memang pun;P


me, mayo, sue, kak ita and muhaiza. azrin and oman tak join.

and elly...walaupun dah resign, mr ceo still invited her atas apa yang dia dah buat selama ni. bukan senang ok miss engineer sorang ni nak handle and ikut apa yang mr ceo nak. kiranya elly ni main redah jek apa2 walaupun perit. cewaaahhh....

apa2 pun we had a great lunch time together.

err...mr ceo pun ada masa tuh tapi dia dok meja lain dengan kawan dia. saja je bagi jauh sikit. kalau dekat malu pula kalau dia nampak apa yang kita orang order kan hehehehe

thank you mr ceo.

hugs and besos

owh tidakkkkk

sungguh kejam!!!

masa jojo buka fb pagi tadi terus jojo macam kena heart attack kan. my old friend, jihan boleh pula dia jumpa mana ntah pics tuh and dia sudah kasi upload la dlm fb. siap kena tag plak tuh. sakit jiwa aiii ok....

bukan la jojo tak suka cuma........saya teramat la malu tau. sure kena kutuk kaw2 la ngan chacha and elly ni. chacha la especially. dia memang tak leh bab2 macam ni. nanti meroyan dia mai hahahahahaha...

takut kena kutuk tapi still nak letak jugak kan dalam blog. haaaa tengok la..saya merelakannya...


rasanya la...sebab dah lama kan jojo pun tak sure. ni masa zaman form 4. see...saya memang merelakan diri saya dikutuk punyer. siap kasi bulat ok mana wajah saya. daripada dok tanya kan baik la saya jawab sekarang.


ni form 5. seriously, jangan di tanya kenapa mamat yang duduk sebelah cikgu tuh macam itu gayanya. maklum la masa zaman sekolah ni kita selalu buat benda yang pelik2 kan huhuhu...

bunny punyer la xcited kan nak tengok pics lama jojo ni. memang selama ni jojo mana ada sangat bagi dia tengok pics lama jojo. takut kena kutuk!!! hahahaha sekarang dah kena pun. dia panggil budak skema la saya niiiiii...stress ok!

P/s: linda dah tengok ke fb jihan?? sila la tengok. myra dah panik hahahahaha

hugs and besos

Wednesday, June 17, 2009

yeaahaaaa

bos saya tiada di office.

so apa lagi mari la berjoget lambak. ewaahhh joget lambat la sangat kann. habis tuh kerja yang menimbun tuh nak suh sapa buat? bos ke??



haaaa tgk...baru la nak rileks2 sambil dengar lagu dah dia call. nak suh buat something. kann saya dah bagitau...nama jek outstation tapi 'roh' dia ada kat sini lagi...aishhh

okla just enjoy listening to my 'music of the day':D

hugs and besos








Tuesday, June 16, 2009

sleepy

saya sungguh mengantuk hari ini kerana tak cukup tidur.

pukul 3am anak saya bangun sambil menangis yang serious punyer nangis ni. terkejut juga. coz dah agak lama dia tak berjaga tengah malam ni. bila saya nak ambil dia, dia mengesot ke belakang. tak nak saya ambil dia. lepas tuh siap pukul2 tangan mummy dia supaya jangan dekat. scary juga time tuh. tak pernah dia buat perangai macam ni.

last2 bunny buatkan dia susu and pujuk dia suruh minum. baru la dia slow down sikit kan. kalau tak makin dekat dengan dia makin dia menjerit sampai dah takde suara ok dia menangis.

tak ingat la pukul berapa baru lil ballerina boleh tidur balik. yang pastinya macam kejap jek jam dah pukul 6am dan saya pun terpaksa la bangun kerana bunny nak bfast pagi tuh.

sekian untuk hari ini.

p/s: mata ni serious macam tak boleh nak bukak. otak lak jam. adoiiii...

hugs and besos

Monday, June 15, 2009

lil ballerina@playground

anak saya suka bermain dekat playground.

susah betul nak ambil gambar dia masa tengah main.

so lepas ni boleh la jojo bawa dia main dekat playground lagi.

hugs and besos

gate owh gate

saya sedang mencari seperti gambar di bawah.



wooden gate (from toys r us). yang besi pun ok gak. asalkan tidak mendatangkan kecederaan pada lil ballerina:D


saya sudah tidak tahan lagi melihat dia merangkak masuk ke dapur sambil menarik tong sampah pink saya dah mengeluarkan segala benda yang ada di dalamnya. serious! stress ok. asal kita orang nak masuk dapur jek dia follow. sometimes macam tak sedar tau dia follow kita orang daripada belakang.


ada sekali tuh jojo tengah buka fridge tetiba macam ada kepala tersembul kat bawah tengah jengah dalam fridge juga. maunya tak terkejut kan. bila jojo menjerit terkejut dengan dia sekali menjerit terkejut juga. pastu start nangis memang sah2 laa jojo yang kena marah dengan bunny kan. huh anak dad sungguh tau.


tak pun kalau susah sangat jojo beli jek yang ni.

wooden playpen (from toys r us). ni memang dah jadi macam kandang la pulak kan. habis pula living hall jojo penuh dengan benda alah ni. tapi saya dapat rasakan yang lil ballerina akan panjat benda ni untuk keluar. owh percaya la anak saya memang terer bab2 bila memanjat ni. akal dia panjang. dia tau macam mana nak buat dia keluar daripada situ.

hugs and besos

my bloody valentine

jojo jarang dapat tengok movie ni nak plak yg latest punyer. semuanya sebab bz sgt dekat rumah. macam2 nak kena buat kan. so masa untuk nak bersenang lenang depan tv ni memang payah la.

kebetulan semalam bila lil ballerina tidur during lunch, jojo dengan bunny pun layan la cerita my bloody valentine ni.


okla cerita dia. cuma jojo ada sedikit frust la sebab mamat supernatural yang handsome itu rupanya pembunuh. jojo harapkan mamat yang lagi sorang tuh hehehe

tapi kan...masa tengok movie ni memang tangan jojo banyak kat muka jek. sebabnya nak cover part2 yang scary tuh. bukan scary sebab takut manusia bertopeng tuh tapi macam tak sanggup jek nak tengok masa dia bunuh orang kan. siap ada bunyi terpercik tuh. adoiiii jojo agak geli sikit kalau masuk part tuh. tak sanggup.

p/s: looking forward nak tengok confessions of a shopaholic movie. yerr saya baru terhegeh2 nak tengok while orang lain dah tengok. so sad:(

hugs and besos

the sims 3


toloooongggg

saya nak juga2 game the sims 3!

saya pernah cakap dekat bunny the sims xde keluar yang baru ke. selamba jek dia jawab takde kan. sampai hati betul. and now bila dah keluar baru la nak sengih2 kannn...

sebagai pampasan dia kena belikan the sims 3 untuk saya :D

owh the sims 3 ada trailer.

check this out


tak boleh la plak nak upload dalam blog ni kan. so kalau rajin just click jek k...


can't wait nak main game the sims 3...yeaahoooo...
i'm addicted!
hugs and besos





Sunday, June 14, 2009

bila dia tidur...

aunty chacha,

ada macam gaya aunty chacha tido tak? hehehe


semenjak dah pandai sikit2 guna photoshop ni kemain pula rajin nak blur semua pics kan:D

p/s: chacha ada bagitau pasal ayah elly yang masuk hospital. hopefully semuanya ok...amin...

hugs and besos

eeiii marahnya

yerrr! saya sungguh marah dengan jiran atas rumah saya ni.

tengok la apa dia dah buat...

ni la pemandangan beranda di rumah saya ketika cuti. sungguh menyakitkan biji mata saya. tak cantik ok view daripada rumah saya. kalau orang datang malu jek nak buka langsir dekat beranda ni. sorry saya memang agak cerewet bila bab2 macam ni.

bagi orang lain maybe ni benda kecil jek but not me. orang bagi kawasan banyak tuh jek jangan la over ok. cuba la fikir keadaan orang lain pula. dah la saya ni bayar sewa mahal. so dah bayar mahal2 nak la bila duduk rumah nampak cantik dan menenangkan.

saya pun sidai banyak baju juga tapi takdela sampai habis rumah orang bawah pun saya nak tutup view dia kan. agak2 la kan.

ada sekali tuh masa saya pregnant, saya dah keluar and tekan lift untuk naik ke atas. tapi baru jek pintu lift buka bunny dah tarik saya masuk ke rumah. dia kata jangan la nak bergaduh pula. pasal sidai baju jek kan. dia suruh saya buat tak nampak jek. memang la pasal sidai baju je. kalau sekali dua takpe lagi tapi bila dah hari2 harimau pun boleh naik angin.

ada lagi satu peel jiran atas saya ni, wife dia suka menjerit yang tahap nyaring giler bila marahkan anak2 dia. dah la lil ballerina ni bila dia tidur tak boleh terkejut. kalau dah terkejut memang dia susah la nak tidur balik kan. silap hari bulan boleh mengamuk pula di kecik ni kan.

ok...that's all about my 'lovely' jiran kan...saja je nak luahan perasaan sebab benci jek bila tengok dia buat macam tuh. macam takde perasaan segan la pula kan. kita ni punyer la nak fikir perasaan jiran2 tapi tengok apa jiran buat kat kita balik?

ok..tarik nafas panjang2...

hugs and besos

cousin's wedding

congratulations to kak liza and abg mansor!


actually wedding ni last month lagi tapi macam biasa la nak update blog punyer laa malas nak mampos kannn...

1st time jojo tengok baju pengantin dia terus jatuh cinta la kann...sweet giler ok. dah la colour dia pink putih. for sure la buat saya tergila2 kan.

tetiba rasa macam nak kawin lagi sekali. ahaks!

ni cupcake untuk vip. comel.

and last but not least...me and my lil ballerina! small pic...my cousin-adik, my bro-madir and me. lama dah tak ambil pic together.

ni jek pics yang jojo ada. tak banyak pun dapat ambil coz my camera flat. boleh lupa pulak nak charge before pergi kan.

hugs and besos





sampai hati mummy...

adakah saya kejam membuat anak saya begini?

ni bukan kes dera ok. ada reason nape saya buat begini...

errr jojo tak ingat la pula kenapa jadi macam ni tapi yang pastinya kita orang tengah gelak2 kan dia sebab duduk dalam baldi tuh pastu muka dia macam ala2 confius jek kan. agaknya tengah fikir kenapa la mummy and dad dia dok ketawa macam orang giler tuh.

hugs and besos

saya sudah pandai mandikan dia

yeaahaaaa....

setelah lil ballerina berumur 10 bulan, baru la jojo berani nak mandikan dia. yahooo suka!

to be honest, my mom yang selalu mandikan dia. even weekend pun jojo akan hantar lil ballerina at my mom's house untuk dimandikan.

i know some of you mesti nak cakap..."apa la anak sendiri pun takut nak mandikan...' but heyyy...it's not easy ok for me nak mandikan baby. saya ni paranoid dia terlebih rempah sikit. suka la fikir yang bukan2. dah la lil ballerina ni jenis nakal sikit kalau bab2 mandi. so my mom pun offer la nak mandikan dia sampai jojo betul2 confident nak mandikan baby. confident sampai 10 bln?? mak aii lama nyerr...

so last two weeks rasanya me and bunny excited beli barang2 lil ballerina untuk mandi. jojo malas nak ambil dekat rumah my mom.

and...

taadaaa...

lil ballerina sedang menghayati swimming pool kecil dia tuh.

owh ya...jojo tak beli bekas mandi baby tuh. jojo terus belikan swimming pool size S untuk dia. kononnya nak bagi lil ballerina feeling mandi kat swimming pool:D nak harapkan jojo ngan bunny nak bawa dia mandi swimming pool kat bawah jangan harap la. last kita orang bawak lil ballerina turun mandi kat swimming pool bawah masa dia umur 4 bulan rasanya.

so sekarang jojo tak payah susah2 lagi bawa lil ballerina mandi dekat ruman wan dia coz mummy dia dah boleh mandikan dia:D bila syampoo kan kepala dia siap lil ballerina bercakap lagi. macam tengah story something. jojo pun layankan jek.

memang seronok!

hugs and besos

Sunday, June 7, 2009

saya sudah kena sound

uwaaaaaaaa

chacha sudah kasi sound daaa

"rumah ko dah kena potong ke internetnya sampai sekarang tak update blog..."

auuwwchhhh...tepat kena dada ok

to chacha...

"aku nak update la ni..."

see you soon!