Monday, October 28, 2013

Will be back...soon...

halloooo

akan kembali ke dunia blog...soon...


Monday, June 6, 2011

separuh abad

...like my mom said...

i was like...erk! separuh abad ke? haha macam tak boleh nak terima jek ayat tuh kan

one of my friends lagi best..."this year last kita celebrate angka '2' kat depan. next year dah start '3'..." oh my...

yang RK lagi best. bila tanya nak kasi apa present ni [waahh main mintak2 ok] so dia pun start la...

"nak ipad2 tak?"

what? xnak la! bukan pakai pun. hari tuh baru jek beli laptop pun tak guna

"nak galaxy tak? tukar phone"

ish! bukan baru jek tukar ke?

hmm knowing him, memang dia suka benda2 gadget ni. dah tau sangat dah kalau dia beli memang dia jek yang guna. saya bukannya minat sangat benda2 macam ni. hari tuh dia beli ps3 KONONNYA kesian tengok saya main game@facebook tapi last2 dia yang mengadap. itu pun dah berzaman beli baru la start addicted

last2 RK kasi jek duit and suruh saya pegi beli sendiri. kesian ok beli present sendiri. nasib baik la dah tau sifat dia yang tak reti nak beli present2 ni. tq darling hubby!

apa2 pun im happy dengan apa yang ada sekarang ni. alhamdullillah...and thanks a lot pada orang yang wish ok! muaks!

Friday, May 27, 2011

mengimbau kenangan silam

hari ni asyik kena provoke jek kat fb kan...

kalau semalam dok scotty jek hari ni dok bantai pulak pasal boyband yang kita orang dok gila2kan masa zaman sekolah dulu

tiba2 rasa macam...like seriously ke kita gilakan diorg semua ni? macam kelakar jek hahaha dulu tak rasa kelakar pun. rasa macam bangga jek sebab minat diorg semua ni kan. segala backstreetboys la, 911 la, N'sync, the five and more


ni lagi kelakar bila tengok balik. buat vc pakai boxer jek

all of sudden teringat kat my friend, barey yang dok giler kan 911 ni especially lee. gila yang bukan sikit2 ni. gila teruk ok siap tak kasi share lee ni. sekarang ni kalau tanya dia balik...no more ok! she's into chinese/korean/japanese. tak silap dia masuk kelas belajar bahasa ni sebab nak kasi faham bila dengar lagu. knowing her, memang dia sangat fanatik dalam sesuatu benda

and you, myra, bsb kan...hehehe i suka apa ek? kelupaan lak...ke buat2 lupa hahaha

tiba2 rasa diri ini sudah tua

rasa makan nak makan jek

...scotty mccreery american idol tuh...:P

im not a big fan of american idol. tak tengok pun show tuh. tapi bila my friends keep on 'provoke' him dalam fb terus buat macam teruja jek nak tengok siapakah scotty ni kan

finally dapat tengok dia nyanyi semalam. ulangan ok! sungguh ketinggalan zaman

first time dengar terus macam...oh my...suara dia sangat seksi seh!

especially bila dia nyanyi lagu i love you this big. damn! muka cute tapi suara jantan. macho ok! rasa macam nak gigit2 jek dia kan. uiks!

on the otherhand, my pregnancy dah pun masuk ke 3rd trimester. kejap jek. next friday ada check-up and insyaAllah akan masuk ke 7 bulan. alhamdullillah....cant wait to see my lil R. ehh kenapa lil R? sebab semua nama anak saya akan ada R di hadapannya ok. sungguh tak adil sebab saya jek takde R. uwaaaaaaaa :D

since im pregnant, takdela craving benda merepek2 pun. it just kalau my previous pregnancy saya asyik nak makan McD jek and western food but this time saya hanya nak makan nasi...nasi and nasi. itu pun cerewet giler. but mostly saya nak makan lauk yang my mom masak jek. my mom masak telur dadar pun dah rasa best giler ok. sungguh bersifat kekeluargaan la anak saya ni huhu

and one more thing. semalam baru perasan. saya suka tengok cerita macam ala2 menyiasat gitu kan. macam csi tuh mmg fav la tapi kali ni lagik teruk. law & order nak tengok. pastu melarat pulak ke burn notice**mamat michael & jesse tuh sangat seksi ok**pastu ntah citer apa saya tengok semuanya layan. as long as ala2 macam csi im ok. cerita cintan cantun or nangis2 ni tak layan

ok mau cari semua nyanyian scotty@youtube

p/s: mr ceo tak nampak saya. punyer la gabak dok terpacak depan bilik dia pun boleh tak perasan hmm mesti sebab saya luruskan rambut hahaha hari ni terajin pulak nak melurus rambut bagai. selalu ikat jek

Monday, May 9, 2011

Happy Mother's Day!

last saturday ada date dengan my gynae. punyer la lama tunggu coz ada sorang patient ni nak operate on that day. macam seram jek dengar dia dok borak dengan nurse kat kaunter sambil nak book bilik. haish!

after check-up, went to ampang park. RK ajak lunch@cozy corner. lamanya tak makan kat sini. dulu my family suka makan kat sini coz semuanya enak2 bangat seh

oh ya this lunch adalah untuk mother's day:) sangat happy sebab ibu mengandung ni mengidam nak makan steak kat sana. sizzling beef steak

after that lepak at my mom's place coz RK ada meeting kat the curve. and guess what?

dia belikan...


baskin robbins ice cream cake

yeaahaaa sangat suka sebab mengidam ini jugak **ada kawan RK cakap saya tak pregnant pun dok ngidam jek kejenya :P**

orang yang celebrate mother's day ni makan sikit jek tapi si kecik and her pak su pulak makan lebih2 kan. habis licin ok!

Thursday, May 5, 2011

1st day in Kuantan

gerak pukul 10am+bfast kat highway jek then pukul 1pm dah sampai. punyer la semangat nak holiday kan. sampai sanggup tuh nak lunch kat kuantan jek

plan kemain lagi nak lunch tempat best2 sekali bila sampai hotel terus macam tak bermaya jek. nampak bilik hotel and katil. penat rupanya. padahal pernah jek travel ke penang. lagi jauh kan? oh ya lupa pulak ni first time travel jauh since im pregnant

after check-in, terus bawa diri makan kat restaurant hotel jek. penat+kebulur ok! teruk betul perangai

si kecik dah tak sabar nak main pasir kat laut. main pasir jek la dia berani. nak mandi laut dia takut ok especially bila tengok ombak besar tuh


view from our room. harus la seaview. dah nama pun orang kl yang jakun dapat tengok laut kan. compare penang & kuantan, saya prefer kuantan. ni bukan sebab saya membesar kat kuantan ek...ni sebab keindahannya. even Rk pun suka view dia. siap buat video sunset bagai. haish! lantak la janji bukan video mat saleh berbikini and speedo :P

serious view sini just nampak diorang jek. semangat berjemur katanya. local people macam kami? lepak dalam bilik ok sebab tak tahan panas haha

lepas dah hilang penat sikit, siap2 and berjalan kat tepi pantai lak. dekat giler dengan teluk cempedak. tak payah nak gatal2 drive pergi sana ok. sila jalan kaki sekali sekala sambil selipar tuh kena kotor sikit dek pasir. si kecik jek menjerit sebab tak suka selipar dia masuk pasir. jenuh ok nak mendukung dia


aktiviti wajib kalau holiday. shopping! boleh la kalau nak beli barang sikit2. sebab mostly diorang jual sama jek macam kat kl. me just beli something for my Philippine's friend. dah pesan awal2 ni. kang beli kerepok lekor jenuh pulak dia nak menggoreng kan

elok habis round kat teluk cempedak, kawan RK datang with his wife and daughter. oh my sangat comel ok anak dia. asyik senyum jek walaupun takde gigi. anak saya? menyorok belakang dad dia sebab malu jumpa orang. anak dara pemalu la tuh

best ok lepak2 sambil kena angin laut. nak pulak dapat ratah ikan pari bakar kat situ. oh my lagi sekali...sangat sedap! tak puas sebenarnya tapi kawan RK dah suggest suruh dinner malam ni kat tanjung lumpur sebab kat sana banyak restaurant bakar membakar ni. tepi laut gitu kan. cantik la!

lepas maghrib, laju jek pergi ke tanjung lumpur. but before that dah call my dad tanya kat mana diorang. sebab ikut plan diorang gerak pukul 2pm tapi sampai maghrib my dad still tak sampai lagi. rupanya sedang ber-enjoy bersama rakan2 di sepanjang trip kl-kuantan. asyik menyinggah jek


sotong bakar


pari bakar. giler besar RK pilih ikan pari. ingatkan share sekali dia pilih ikan lain. ikan aji namanya. eh iye ke?


sup campur. marvelous! selalu kat kl sepesen jek rasa sup campur dia tapi kat sini sangat superb. isi dalam tuh jangan cakap la kemain bapak besar


and last but not least...pic kami berdua. ibu mengandung yang sangat ceria sebab puas makan bakar ikan bakar di tepi laut

Saturday, April 9, 2011

Paradise

alhamdulillah...akhirnya sampai jugak...view from our balcony. nampaknya kerja saya adalah menikmati mat saleh berbikini & speedo hahaha

ok got to go. tadi sempat lepak@teluk cempedak jumpa kawan RK. now heading to tanjung lumpur for seafood. yeaahaaaa

p/s: kesian my dad and my mom. tadi call diorang baru ada dekat temerloh

Monday, April 4, 2011

finally!

+cuti sudah di approve. berdebar jugak la nak ngadap mr ceo tadi

+appointment dengan doc kesayangan pun telah dapat tercepatkan

+duit saya yang kena telan dek mesin cimb pun telah di settle kan. kalau tak dapat settle memang nak amukan jek. mau tak amuk kalau duit nak shopping nanti dikurangkan

+yang paling penting adalah ini...

manyak gumbira woooo. rezeki baby dalam perut :)

ok. semua benda penting dah kasi settle

cuma saya perlu ke salon dan kasi ubah sikit ini rambut. dah teruk bebenor. and i need another bag. serious memerlukan beg yang lagi besar. tak larat dah dok pakai beg menimbun. jenuh nak mengangkut keluar

Friday, April 1, 2011

syukur

akhirnya my dad dapat juga apa yang dia hajati selama ni. syukur alhamdullillah

like seriously dia memang mengharapkan benda ni terjadi...dan akhirnya dia dapat called and guess what?

insyaAllah 9april semua orang akan turun ke kuantan. yeahaaaa

errr actually my dad and my mom jek pergi tapi saya macam biasa adalah tukang sibuk nak follow kan harus la nak mengekor sama

nak pulak saya dah lama sangat nak pergi holiday kat kuantan. tengok tempat saya membesar. hopefully dapat visit my old school kat sana

nampaknya esok kena call my doc untuk re-schedule my appointment. sanggup tuh haha

oh ya RK suruh saya survey hotel mana nak duduk. no need ok! saya sudah lama mengidam nak stay at this hotel. jadi sila simpan duit untuk hotel ini :P

Tuesday, March 15, 2011

Birthday Gift

percaya atau tidak saya tak pernah belikan birthday present for my dad. sebab selalunya my sisters yang akan kasi and me cuma arrangekan where to eat and birthday cake. and lagi satu saya selalu ketandusan idea nak beli apa. nak beli this thing my dad dah ada. baru plan nak beli ini my sisters dah beli. ok fine. as long as saya ingat my dad okay with it. hopefully :D

but this year saya dah plan nak beli something. a book. tapi tak tahu nak beli buku apa lak. adeeehh masalah betul

sampai la saya nampak satu buku ni...


kenapa la saya tak terfikir tentang buku ni masa orang tengah sibuk2 lauching? bila nampak orang berebut depan mata baru la terhegeh2 nak beli

yes! kena berebut ok. masa saya ambik tuh cuma tinggal 5books jek rasanya. elok jek saya nak bayar meja tuh dah kosong. fuhhh nasib baik cepat

speaking of Tun, ada terserempak dengan Tun dekat mall bawah. elok jek lalu sebelah dia kan. serious tak perasan sebab dia nampak sangat low profile bersama bodyguard dia. bila dah ramai orang kerumun baru la saya sedar, saya sebenarnya sudah terlepas sesuatu yang sungguh berharga iaitu bersalam dengan dia. haish!

p/s: my dad sangat happy dapat buku tuh coz dia pun mencari tapi asyik habis jek. dan sekarang asal ada dekat rumah jek confirm nampak my dad melekat dengan buku tuh. can't wait my dad habis baca coz nak suruh dia cerita balik. malas nak baca :P just tengok piccas jek. sangat handsome ok Tun masa muda. kalah edward cullen huhu

image: Here

Tuesday, March 1, 2011

10 weeks

...bersama dengan orang baru...

yes! i'm pregnant. itu sebab la lama menghilangkan diri. kejap2 jumpa gynae. kejap2 kena mc. mc bukan sekejap tuh. seminggu terus. i likeeeee

last month kena drip. nasib baik sehari jek due to muntah yang amat teruk. semalam boleh pulak kena heartburn. tuh la lain kali melantak ketam bercili tuh kasi ingat orang sikit. ni makan macam esok dah nak kena deliver and start confinement. rupanya kena heartburn ni perit yang amat sangat ok. sampai nak ketawa pun kena control. tuh belum kena dukung si kecik tuh lagik. pengsan!

kali ni pregnancy banyak betul dugaannya. antaranya ialah...fikir nak gynae yang mana. boleh tak dah masuk 10weeks still dok fikir nak deliver hospital mana and gynae mana. haish. itu pun semua sebab my old gynae dah pindah hospital lain. macam malas la pulak nak pergi sana

fikir and dok tanya orang, last2 ambik this one gynae. fyi, my gynae is a guy! sungguh malu la saya. saya la malu orang lain elok jek. and orang cakap gynae lelaki lagi bagus. itu orang cakap bukan saya. apa2 pun kita kasi test dulu

err dah test pun. semalam. pasal heartburn ni la. alhamdulillah...semuanya ok. yang penting saya comfortable dengan my new gynae. sangat bersifat kebapaan. saya suka

oh ya...nasib baik saya jumpa gynae semalam. kalau tidak saya tak tahu pun si comel dalam perut ni dah membesar. saya ingatkan dia masih lagi 'kecil'. rupanya dah 'besar' ok. so cute!

can't wait to see you on september. muaks!

p/s: my previous gynae bagitau on october. sekali bila jumpa semalam dia cakap on 25 september lak. haish! tak kisah la janji si comel ini sihat. dan yang paling penting...saya dapat makan nasi impit yang dibanjiri dengan kuah kacang+rendang ayam time raya ok hahahaha

Friday, December 31, 2010

sungguh indah

thanks to our pm and juga our football team...

kerana hari ni CUTI!!!

yeaahaaa

ini bermakna starting from today sampai la 9 january 2011 saya akan bercuti! marvellous!

dan disebabkan hari ni cuti free, dah plan nak memasak jek hari ni. cewah! semangat ok semalam after office hour terus turun bawah and redah mercato.

as for bfast, pancake+honey+green apply with coffee. yummylicious!

lunch pula maybe nak masak nasi with beef black pepper dan juga...punjabi quesadillas as our appetizer. sesekali nak feeling melayu mix mat saleh kan apa salahnya :P

oraito! mau off kerana hari begitu indah sekali mau laundry baju yang dah bertimbun macam batu caves ni haaa

happy holiday peeps!

Tuesday, December 28, 2010

cengeng atau mengada?

tak tau la kenapa lately ni rasa macam mudah jek tersentuh jiwa raga ni kan

during lunch hour, pergi la baca online paper and terbaca this story.

tiba2 jek rasa sebak, sayu and mula la terkenangkan si kecik kat rumah kan. sometimes kita rasa hidup kita ni macam serba tak kena jek kan tapi sebenarnya ada orang kat luar sana yang lagi terseksa hidupnya daripada kita :( just imagine yang anak2 dia hanya minum air kosong jek not susu

uwaaaaaa...sedih ok! balik rumah ni nak jegilkan biji mata kat lil ballerina kalau dia tak habis minum susu. dia suka sekarang ni minum susu mesti nak tinggalkan suku. macam habit pulak

another story ialah pagi tadi dengar hot.fm. dah lupa sebenarnya apa topik pagi tadi tapi this one caller telah membuatkan mata saya berair kat dalam kereta. yang RK pulak dah pelik2 tengok saya haha

its about this one lady. a wife. tak silap baru 5 months kahwin tapi dah ada problem dengan husband dia. she said every time diorang gaduh mesti husband dia keluar rumah and tak pulang. so one day dia dapat call daripada mahkamah yang husband dia dah failkan divorce. terus laa that lady menangis kan

i was like..."kesiannya..."

dan saya pun terus sebak dalam kereta especially bila that wife mentioned her husband's name and minta supaya berdamai. dia sayangkan husband dia and tak nak bercerai

kesiannya weiiii

hopefully that wife tak bercerai dengan her husband :(

Sunday, December 26, 2010

home alone

...takde la alone sangat. si kecik ni pun ada tapi macam biasa la dia dengan dunia dia sendiri. daripada pagi sampai ke malam dok layan cartoon dia. haish! i need my own tv and astro. payah ok share tv ngan si kecik ni. asal tukar channel jek dia menjerit macam kena dera

nasib baik RK takde. his in stadium bukit jalil sekarang ni. apa lagi kalau bukan nonton bola. malaysia vs indonesia. kalau dia ada kat sini lagi haru sebab 3 orang dok berebut remote

oh...semalam berjaya merasa daging dendeng resepi family RK. for almost 3years kawin and dok minta dia masak kan resepi tuh finally semalam dia masak kan. itu pun sebab saya janji nak masak kan nasi beriyani untuk dia. so lauk semalam adalah nasi beriyani+daging dendeng+ayam goreng berempah. yummylicious!


Friday, December 24, 2010

kagum ok!

sungguh menakjubkan kalau saya boleh buat blog di kala malam hari begini

selalunya time2 macam ni tak landing atas katil sambil ngadap tv atau pun dah belayar ZZzzZZzZz

plan nak pergi rumah my sis tapi kena cancel coz RK ada meeting pulak malam ni. nampaknya tinggal me and si kecik kat rumah yang telah dibekalkan mcD. si kecik dah masuk dalam dunia dia sendiri. makan mcD sambil tengok finding nemo. sungguh bahagia dia itu

as for me, daripada melayan finding nemo yang ntah ke berapa ratus kali lebih baik surfing internet or main game@fb. nikmat ok!

on the otherhand, lunch tadi sempat gak la merayap dekat mall bawah tuh. perghh terasa berada di tengah kota london ok. punyer la ramai mat salleh tengah sakan bershopping nak Christmas esok. tiba2 rasa saya la yang paling legam kat situ:P

bought present for my friend yang tak dapat celebrate Christmas dengan family due to ticket nak balik kampung halaman dia sungguh mahal. kesian dia. sedih jek dok kat dalam bilik tuh. hopefully this present yang tak seberapa ni boleh buat dia happy sikit. merry christmas mayo!

okla nampaknya kena tutup lappy ni. si kecik dah mula kebosanan tengok cartoon sorang2

muaks!

sungguh menakutkan la

ada satu berita keluar dekat paper kosmo hari ni. pasal sms tipu minta top up.

bila baca terus saya macam 'oh my...'

sebab saya pun pernah dapat sms macam tuh. saying that my mom ada kat pasar and she's in troble. minta saya top up kan at this one number because of handphone dia rosak. masa tuh saya baru bangun tidur. pagi lagi. terus saya macam tercelik mata

"mana jek mak aku reti benda sms ni..."

the best part saya boleh lak cakap...

"eh bukan mak aku tak pakai handphone ke?"

sah! memang confirm bukan my mom.

terus saya bangun and call my mom. she's fine. fuhh.

giler laaa zaman sekarang ni macam2. semuanya kerja nak menipu orang jek

minta dijauhkan la

Tuesday, November 30, 2010

lil ballerina + chuggington

lil ballerina is a big fan of this cartoon. chuggington. like seriously dia boleh dok repeat tengok cartoon ni daripada pagi sampai ke malam. boleh muntah ok

and disebabkan dia minat sangat dengan benda alah ni, last two weeks, my mom ajak lil ballerina naik lrt putra. takde plan pun sebenarnya. tau2 my mom call and suruh get ready bcoz nak suruh cucu dia merasa naik lrt

anak saya jakun sebentar tengok orang dekat luar :D

takde pergi mana pun. just sampai klcc and lepak2 makan ajo

image: google

sangap + dah takde kerja

last sunday lepas dah operasi menyental rumah rasa macam nak jalan2 pulak. padahal kaki & tangan ni dah lenguh2 sbb dok mop satu rumah. ini semua gara2 ada budak main bedak and tabur kat atas lantai. tak pasal2 rumah dah jadik macam kilang roti lak

at first plan nak 'site visit' saja. nak tengok apa progress. phase 2 dah siap separuh cuma my phase jek belum nampak apa2 lagik. insyaAllah end of 2012. wink wink! bersyukur sangat walaupun banyak benor dugaannya

lepas tuh terasa nak lepak2 pula. suruh RK call bestfriend dia yang kat shah alam tuh. lama giler tak jumpa dia and his wife yang sekarang ni cuma tunggu hari aja mau deliver first baby

mula2 lepak kat rumah diorang. dah la hujan so layan minum teh+kuih. sungguh nikmat

sekali mula la datang idea bernas nak lepak luar. fyi, me and his wife memang tak boleh jumpa. asal jumpa jek confirm nak makan best2 pastu nak lepak kat tempat yang havoc2 hahaha best part kawan RK ni cakap dengan SIL, me and his wife tak kan pernah ada masalah pembesaran :D

his wife nak makan kenny rogers. orang mengandung kena layankan ok. so kita orang decided nak makan kat empire shopping gallery

seronoknya dapat bergosip dengan diorang ni. ada jek benda nak cerita kan

p/s: saya dah jatuh cinta pula dengan this shopping mall. banyak giler ok kedai yang jual dress untuk budak2. confirm akan datang lagi. byebye OU. gonna miss u haha

bila mood rajin datang

...mula la rasa nak masak macam2 kan

weekend hari tuh terasa nak makan fried meehoon. kebetulan baru beli barang so masak ajo la

taadaaa

akhirnya menjadi jugak. fuhhh

serious terasa amat payah nak masak fried meehoon ni. dah berapa kali try asyik fail jek. but this time menjadi ok

dengan bangganya makan sampai muntah. even lil ballerina pun suka. dia cakap sedap. waaahh terus kembang ai tau bila anak sendiri puji masakan mummy dia. yelah selama ni mana dia nak makan sangat apa yang mummy dia masak. asyik nak makan apa yang wan dia masak jek. sentap ai tau

oh ya not only fried meehoon jek saya masak...



tetapi ini juga. cheezy potatoes. haa ambik!

yang jadi mangsa makan ialah RK :P

yummy yummy

last saturday morning tak tau nak buat apa and tak tau nak makan apa...

lastly decided nak bfast yang extravanganza sikit

so terus ke solaris mont kiara. kebetulan nak beli barang. so senang la lepas bfast boleh terus ke cold storage

merayap punyer merayap terus masuk romulus hub. tengok macam menarik jek bfast dia


boleh la kan dah order baru sibuk nak belek2 menu tuh. yang si kecik sebelah pun sibuk jugak nak tengok. macam tau baca jek kan

yang menariknya ialah...


boleh makan beef pepperoni pizza di pagi hari!

yeaahaaaaaaa sungguh indah. oh ya pizza tuh saya sorang jek yang makan. licin!

RK ambik regular bfast


dan yang paling bahagia sekali ada budak ini. rileks jek angkat kaki letak kat atas meja sambil makan toast. haish!