Monday, April 4, 2011

finally!

+cuti sudah di approve. berdebar jugak la nak ngadap mr ceo tadi

+appointment dengan doc kesayangan pun telah dapat tercepatkan

+duit saya yang kena telan dek mesin cimb pun telah di settle kan. kalau tak dapat settle memang nak amukan jek. mau tak amuk kalau duit nak shopping nanti dikurangkan

+yang paling penting adalah ini...

manyak gumbira woooo. rezeki baby dalam perut :)

ok. semua benda penting dah kasi settle

cuma saya perlu ke salon dan kasi ubah sikit ini rambut. dah teruk bebenor. and i need another bag. serious memerlukan beg yang lagi besar. tak larat dah dok pakai beg menimbun. jenuh nak mengangkut keluar

Friday, April 1, 2011

syukur

akhirnya my dad dapat juga apa yang dia hajati selama ni. syukur alhamdullillah

like seriously dia memang mengharapkan benda ni terjadi...dan akhirnya dia dapat called and guess what?

insyaAllah 9april semua orang akan turun ke kuantan. yeahaaaa

errr actually my dad and my mom jek pergi tapi saya macam biasa adalah tukang sibuk nak follow kan harus la nak mengekor sama

nak pulak saya dah lama sangat nak pergi holiday kat kuantan. tengok tempat saya membesar. hopefully dapat visit my old school kat sana

nampaknya esok kena call my doc untuk re-schedule my appointment. sanggup tuh haha

oh ya RK suruh saya survey hotel mana nak duduk. no need ok! saya sudah lama mengidam nak stay at this hotel. jadi sila simpan duit untuk hotel ini :P

Tuesday, March 15, 2011

Birthday Gift

percaya atau tidak saya tak pernah belikan birthday present for my dad. sebab selalunya my sisters yang akan kasi and me cuma arrangekan where to eat and birthday cake. and lagi satu saya selalu ketandusan idea nak beli apa. nak beli this thing my dad dah ada. baru plan nak beli ini my sisters dah beli. ok fine. as long as saya ingat my dad okay with it. hopefully :D

but this year saya dah plan nak beli something. a book. tapi tak tahu nak beli buku apa lak. adeeehh masalah betul

sampai la saya nampak satu buku ni...


kenapa la saya tak terfikir tentang buku ni masa orang tengah sibuk2 lauching? bila nampak orang berebut depan mata baru la terhegeh2 nak beli

yes! kena berebut ok. masa saya ambik tuh cuma tinggal 5books jek rasanya. elok jek saya nak bayar meja tuh dah kosong. fuhhh nasib baik cepat

speaking of Tun, ada terserempak dengan Tun dekat mall bawah. elok jek lalu sebelah dia kan. serious tak perasan sebab dia nampak sangat low profile bersama bodyguard dia. bila dah ramai orang kerumun baru la saya sedar, saya sebenarnya sudah terlepas sesuatu yang sungguh berharga iaitu bersalam dengan dia. haish!

p/s: my dad sangat happy dapat buku tuh coz dia pun mencari tapi asyik habis jek. dan sekarang asal ada dekat rumah jek confirm nampak my dad melekat dengan buku tuh. can't wait my dad habis baca coz nak suruh dia cerita balik. malas nak baca :P just tengok piccas jek. sangat handsome ok Tun masa muda. kalah edward cullen huhu

image: Here

Tuesday, March 1, 2011

10 weeks

...bersama dengan orang baru...

yes! i'm pregnant. itu sebab la lama menghilangkan diri. kejap2 jumpa gynae. kejap2 kena mc. mc bukan sekejap tuh. seminggu terus. i likeeeee

last month kena drip. nasib baik sehari jek due to muntah yang amat teruk. semalam boleh pulak kena heartburn. tuh la lain kali melantak ketam bercili tuh kasi ingat orang sikit. ni makan macam esok dah nak kena deliver and start confinement. rupanya kena heartburn ni perit yang amat sangat ok. sampai nak ketawa pun kena control. tuh belum kena dukung si kecik tuh lagik. pengsan!

kali ni pregnancy banyak betul dugaannya. antaranya ialah...fikir nak gynae yang mana. boleh tak dah masuk 10weeks still dok fikir nak deliver hospital mana and gynae mana. haish. itu pun semua sebab my old gynae dah pindah hospital lain. macam malas la pulak nak pergi sana

fikir and dok tanya orang, last2 ambik this one gynae. fyi, my gynae is a guy! sungguh malu la saya. saya la malu orang lain elok jek. and orang cakap gynae lelaki lagi bagus. itu orang cakap bukan saya. apa2 pun kita kasi test dulu

err dah test pun. semalam. pasal heartburn ni la. alhamdulillah...semuanya ok. yang penting saya comfortable dengan my new gynae. sangat bersifat kebapaan. saya suka

oh ya...nasib baik saya jumpa gynae semalam. kalau tidak saya tak tahu pun si comel dalam perut ni dah membesar. saya ingatkan dia masih lagi 'kecil'. rupanya dah 'besar' ok. so cute!

can't wait to see you on september. muaks!

p/s: my previous gynae bagitau on october. sekali bila jumpa semalam dia cakap on 25 september lak. haish! tak kisah la janji si comel ini sihat. dan yang paling penting...saya dapat makan nasi impit yang dibanjiri dengan kuah kacang+rendang ayam time raya ok hahahaha

Friday, December 31, 2010

sungguh indah

thanks to our pm and juga our football team...

kerana hari ni CUTI!!!

yeaahaaa

ini bermakna starting from today sampai la 9 january 2011 saya akan bercuti! marvellous!

dan disebabkan hari ni cuti free, dah plan nak memasak jek hari ni. cewah! semangat ok semalam after office hour terus turun bawah and redah mercato.

as for bfast, pancake+honey+green apply with coffee. yummylicious!

lunch pula maybe nak masak nasi with beef black pepper dan juga...punjabi quesadillas as our appetizer. sesekali nak feeling melayu mix mat saleh kan apa salahnya :P

oraito! mau off kerana hari begitu indah sekali mau laundry baju yang dah bertimbun macam batu caves ni haaa

happy holiday peeps!

Tuesday, December 28, 2010

cengeng atau mengada?

tak tau la kenapa lately ni rasa macam mudah jek tersentuh jiwa raga ni kan

during lunch hour, pergi la baca online paper and terbaca this story.

tiba2 jek rasa sebak, sayu and mula la terkenangkan si kecik kat rumah kan. sometimes kita rasa hidup kita ni macam serba tak kena jek kan tapi sebenarnya ada orang kat luar sana yang lagi terseksa hidupnya daripada kita :( just imagine yang anak2 dia hanya minum air kosong jek not susu

uwaaaaaa...sedih ok! balik rumah ni nak jegilkan biji mata kat lil ballerina kalau dia tak habis minum susu. dia suka sekarang ni minum susu mesti nak tinggalkan suku. macam habit pulak

another story ialah pagi tadi dengar hot.fm. dah lupa sebenarnya apa topik pagi tadi tapi this one caller telah membuatkan mata saya berair kat dalam kereta. yang RK pulak dah pelik2 tengok saya haha

its about this one lady. a wife. tak silap baru 5 months kahwin tapi dah ada problem dengan husband dia. she said every time diorang gaduh mesti husband dia keluar rumah and tak pulang. so one day dia dapat call daripada mahkamah yang husband dia dah failkan divorce. terus laa that lady menangis kan

i was like..."kesiannya..."

dan saya pun terus sebak dalam kereta especially bila that wife mentioned her husband's name and minta supaya berdamai. dia sayangkan husband dia and tak nak bercerai

kesiannya weiiii

hopefully that wife tak bercerai dengan her husband :(

Sunday, December 26, 2010

home alone

...takde la alone sangat. si kecik ni pun ada tapi macam biasa la dia dengan dunia dia sendiri. daripada pagi sampai ke malam dok layan cartoon dia. haish! i need my own tv and astro. payah ok share tv ngan si kecik ni. asal tukar channel jek dia menjerit macam kena dera

nasib baik RK takde. his in stadium bukit jalil sekarang ni. apa lagi kalau bukan nonton bola. malaysia vs indonesia. kalau dia ada kat sini lagi haru sebab 3 orang dok berebut remote

oh...semalam berjaya merasa daging dendeng resepi family RK. for almost 3years kawin and dok minta dia masak kan resepi tuh finally semalam dia masak kan. itu pun sebab saya janji nak masak kan nasi beriyani untuk dia. so lauk semalam adalah nasi beriyani+daging dendeng+ayam goreng berempah. yummylicious!