Tuesday, July 22, 2008

happy birthday to elly!!!

besos to everyone...


happy birthday elly!!!
hope you have a great2 year and enjoy!!!
cepat kahwin..cepat dapat baby so that nanti kita boleh berbesan. itu pun kalau anak ko lelaki aa kalau pompuan nak buat apa kan..lessy la plak nanti huhu

tapi yang sedihnya...aku tak dapat nak join birthday bash ko...uwaaaaaaaaa...nak pergi!!! dah la hawaiian bubbles. benci! ini sungguh tidak adil tau. benci! benci! benci!
tapi kalau masa tuh aku belum lagik deliver and takde problem...i'll make sure that i'll be there for you, sis...

hugs and besos

Tuesday, July 15, 2008

love her soooo much

besos to everyone...

for the 1st time jojo scan muka baby and im soooo happy bila tengok wajah dia kan. luv u soo much lil princess.

bunny cakap hidung ikut hidung dia [nak jugak pertahankan hidung dia yang mancung and kononnya my hidung penyet] and mulut??? mushkil skit...sebab sekali tengok macam mulut AUNTY ELLY!!! [dont ***** aaa hahahaha]

hugs and besos

im leaving for the jet plane

besos to everyone...

jet plane laa sangat kan padahal nak cuti bersalin jek:D

i think this week would be the last week for me to work before im leaving. 2 months! yeaahaaaa...

this coming friday jojo ada medical check up [again..last week dah jumpa but this week kena jumpa lagik]. semuanya adalah kerana due jojo dah nak dekat kan. doc ada cakap yang bermula daripada sekarang jojo kena be careful and alert coz bila2 masa jek jojo dijangkakan boleh bersalin. omg! takutnya...tapi excited!

last night i had a nice conversation with my mom. nice? coz kita orang tak pernah borak pasal bersalin and pantang kan. tup2 my mom's baby dah nak bersalin. jadi wanita gitu kan hahaha serious tau. bunny selalu cakap jojo ni anak manja. everything mesti nak MAMA dia haha funny gak bila bunny cakap macam tuh kan. tapi bila fikir balik im okay with that. even my lil bro pun my mom's baby tau [tapi dia lagik melampau ok]

dalam dok cerita2 tuh terkeluar la cerita masa my mom nak bersalinkan kami dua beradik ni. my mom boleh nak tertidur la kan masa nak push tuh. dia kata ngantuk sangat. sampai doc dia kena pukul2 pipi dia suruh dia bangun. i asked her kenapa boleh jadik macam tuh and my mom said sebab tak rasa sakit apa pun so macam mana nak push. boleh macam tuh?? kan best kalau jojo pun macam tuh. tapi memang betul pun ada orang like my mom. macam kawan jojo yang sorang ni. dia pun tak rasa sakit masa nak push so doc terpaksa inject kaki dia [rasanya la] untuk buat dia rasa sakit masa nak push. perghh memang tak boleh tengok orang senang la doc ni kan...huhu owh lupa pulak nak bagitau. disebabkan my mom tak rasa sakit masa nak push tuh so doc decided pakai vacum je [bukan vacum rumah aaa].

lepas dah habis topik tuh baru la masuk topik pantang. terbeliak jugak la kan bila dengar. mak aiii tak kan teruk macam tuh sekali [eh teruk ke]. i will be missing my mcD..KFC..Shushi..semua aaa uwaaaaaa sedih!!! my mom cakap boleh kalau tak buat semua tuh tapi kalau badan tuh dah macam anak 10 nanti jangan nak menyesal. gulp! tetiba teringat masa bertunang dulu my badan put on weight tau and my lil bro boleh la sound "baru bertunang badan macam mak orang tak tau lagik kalau dah kawin". perghhh sadis sungguh

btw my mom dah upah seorang bidan untuk jojo masa dalam pantang nanti. so that nenek akan buat la apa yang orang dalam pantang kena buat. aiyaaa...don't complain2 haa kalau nak badan seperti dahulu kala balik

pasal kerja...itu lagi merisaukan tau. mana taknya baru jojo cuti 2 hari tapi meja macam nak terbalik tau. habis bersepah sana sini docs. aiyaaa...dah la jojo ni jenis yang nak everything kemas jek. sure boleh jadik giler nanti bila masuk kerja after 2 months. itu belum masuk lagik bab2 lain. filing la...update dalam system laa etc. terpaksa la daku cross my jejari ni jek

hugs and besos

Monday, July 14, 2008

alfatihah

besos to everyone...

lupa pula nak inform yang ayah kepada rina [my officemate] telah meninggal dunia pagi ahad semalam. dari apa yang jojo dengar ayah dia ada sakit di dalam perut.

hopefully rina tabah...

alfatihah

hugs and besos

masai aka azmil's wedding

besos to everyone...

date:13 july 2008
venue: dewan@selayang [tak ingat nama dewan aa]
time:1.30pm


masa ni jojo tak dapat pergi. sebab jojo tak larat. tengah hari pulak tuh. jojo ni kalau dah panas2 memang susah sikit aa nak bergerak. so jojo decided nak stay kat rumah jek. nak pergi rumah mama pun agak kemalasan jugak:D

masai ni kawan bunny satu sekolah merangkap kawan jojo jugak. dah lama jugak la jojo kenal masai ni sebab dia pernah jadik bf kepada salah seorang best friend jojo. masai ni memang sporting. 

actually ada satu adegan yang tak sepatutnya berlaku pada hadiah masai ni. ni jojo punyer perangai la kan. kita orang dah beli hadiah masai ni on saturday. just ambik set mug jek. masa tuh bunny yang pilih. jojo ntah pergi mana masa tuh. so by the time nak balut hadiah ni on the next day baru la jojo tengok mug tuh. punyer la cantik! jojo suka sangat. sangat2 suka. so apa lagik. jojo buat la muka kesian dekat bunny kan. lama jugak la nak kena pujuk bunny. memula tuh bunny tak kasi ambik sebab dia malas nak kuar pergi beli balik kan. jojo pun buat la drama sikit. akhirnya dapat jugak mug ni. and terpaksa la bunny cari hadiah yang lain untuk masai. 

omg!!! teruknya perangai jojo ni hahahaha baru sedar la kan...tapi takpe. at least dah ganti hadiah yang lain. yang much2 better daripada mug hahaha nak sejukkan hati sendiri kan...

**lepas ni sure bunny beli hadiah and terus balut jek dekat kedai kan...huhu**

hugs and besos

ainiey's wedding


taken by pro

besos to everyone...

date: 12 july
venue: dewan YMCA
time:8pm

at last...cik ainiey eh puan ainiey ku telah sah menjadi wife orang:D im happy for her. 

me*chacha*ainiey & hubby

geng kepoh


soo sweet

actually masa tengah makan ada satu adegan yang menarik and funny sebenarnya. kita orang semeja dengan this 1 family [mak ayah and anak teruna*charming gitu kan*] and sorang pakcik [i tell u haa this pakcik very funny tau]. 

masa makan tuh boleh la kan si chacha ni dok sepak2 kaki jojo kat bawah meja. sebabnya depan kami tuh ada ANAK TERUNA yang sungguh menarik hati kan [for chacha jek. jojo cannot aaa coz sebelah ada bunny tau huhu] chacha apa lagik. kasi jaga saham aaa good work chacha! camtuh la kalau nak jadi menantu pilihan babe.

lepas tuh, kita orang layan makan ketupat palas dengan lauk [itu makanan selepas makan nasi k]. masa ni syok. sebab kita orang tak pandai bukak ketupat palas! masalahnya bukan tak pandai tapi susah aaaa [chacha sebenarnya yang bertugas bukak ketupat palas]. elok2 nak bukak tuh ayah kepada anak teruna tuh pun bersuara aa. dia ajar cara2 membuka ketupat palas [kiranya chacha dah dapat restu ayah mentua aa hahahaha]. apa lagik ligat aa makan ketupat palas kan. tapi tak sampai 5 minit ada pakcik ni tegur chacha. dia mintak chacha bukak lagi sekali ketupat palas tuh. nak tengok pandai ke tak. tapi yang best nyer..pakcik ni SPEAKING tau! walaupun dengar macam ala2 broken gitu kan tapi boleh difahami lagik. kita orang dah tahan gelak ni. sebab kita orang dah agak sure pakcik tuh ingat chacha ni bukan melayu hahahahaha [dah banyak kes macam tuh jadik kat chacha]. yang chacha pulak boleh la kan layan pakcik tuh. dia pergi bukanya semua ketupat palas. kononnya nak tunjuk aa dia dah pandai. makan tak lagik. sabar je la.

tapi pakcik tuh memang cute aaa sebab sepanjang dia duduk situ ada jek dia nak buat lawak kan. jojo ngan chacha tahan gelak je la.

lepas settle semua kita orang macam malas nak bangun lagik. salah satu sebabnya nak tunggu tina datang. so tunggu la. kita orang sebenarnya nak main2 dengan anak dia yang sungguh comel itu.

boleh la kan ada sorang pakcik ni tegur and cakap anak tina ni kacak. kacak?? for little princess sesuai ke panggil kacak? kalau little prince okla kot. agaknya dia tak perasan anak tina ni pakai dress gitu kan..nevermind...dimaafkan...

**congratulations to ainiey & hubby**

hugs and besos

coming up...

besos to everyone...

will update soon k...

  • ainiey's wedding
  • masai aka azmil's wedding
tak sabar nyer nak update tapi jojo ada banyak kerja nak kena buat ni. maklum je la dah cuti 4 hari kan...

**bawak bersabar yer cik chacha. nanti ai upload pics cepat2**

hugs and besos

Wednesday, July 9, 2008

ketika kebosanan

besos to everyone...

hari ni punyer la jojo kebosanan kan. sebabnya tiada kerja yang perlu di buat. owh sungguh bosannya hidupku hari ini. bos pun tak masuk2 lagi daripada pagi kan. so tak tau nak buat apa akhirnya chacha telah memberi satu idea yang sungguh la comel. iaitu meng-google-kan diri sendiri sebab dia pun tengah buat jugak hahahaha

dalam banyak2 list yang keluar, ada satu yang menarik iaitu makna disebalik nama jojo in moroccan...

hmm good very good???

hahahaha tetiba terus ketawa la kan. tak tau la good in what kind kan...lepas jek tengok terus call bunny [tak pasal2 bunny kena layan kebangangan jojo kan]

**takde motif langsung tau blog hari ni. cuma layan kebosanan jek:D**

hugs and besos

Monday, July 7, 2008

bad day

besos to everyone...

hari ni jojo rasa macam nak hangin jek niiii eeiii tension tul tak tau sebab apa ni. daripada rumah sampai la nak ke office...

dah masuk kerja, semangat ni nak buat kerja. memula tuh nak buat photostat for some docs ni. skali boleh la mesin ni buat hal!!!! buat bunyi yang pelik2 la pulak. pastu tak boleh go thru kertas. bangang betul la mesin ni. dah la mesin zaman ala2 zaman jepun. puasla jojo dok godek mesin tuh kan but still macam tuh jugak tau. last2 give up terus duduk kat tempat sendiri and surfing jap. bagi kemarahan tuh reda jap.

hari ni masuk2 jek office, dah rasa macam kat alaska lak. ni mesti last friday hari tuh ada orang tak tutup aircond [ ko ek elly...ko ni tak pasal2 aku kena pakai shawl ni..sejuk yang amat sangat ni. nak sentuh meja pun takut sebab ngan meja sekali sejuk tau hahahaha]

masa jojo buat blog ni dah pukul 10++am. jojo dengan sorang staff jek. mana yang lain???? owh bosannya.......elly sms kata nak masuk lambat. maybe after lunch. chacha cuti lak. sooo damn bored! 

hugs and besos

Friday, July 4, 2008

can't wait

besos to everyone...

i am sooooo looking forward to :

  • ainiey's reception


tak sabarnya nak tengok minah brutal sorang ni jadik wife orang hehe...akhirnya kawin jugak kawan jojo yang sorang ni...:D

  • elle's birthday party


ni pic last 2 years. pic yang sungguh tidak senonoh tau tapi jojo suka. owh rindunya waktu ni. gelak tak ingat dunia tuh. nasib baik tak kena halau dengan pihak hotel huhu...elle..kali ni jangan kena cream kat muka lagik ek..wink wink

  • due on 29 july 2008

hugs and besos

kemarahan yang sudah membuak

besos to everyone...

**blog ini berunsurkan kemarahan**

apa punyer manusia laaaa...jojo ingatkan dah settle semua ni tapi ada lagik ni. KORANG NI TAKDE OTAK KE WEIII??? tolong la settle masalah korang ni sendiri. bila sound pandai lak nak kecik hati ke apa. masing2 dah tua bangka. pandai2 la settle sendiri


lagi satu. jangan nak babit2 kan orang lain or pic orang lain or blog orang lain! korang nyer masalah korang jek la kasi settle apahal lak nak call semua orang and kacau life diorang??? korang ingat kita orang ni dah takde keje lain gamaknya. banyak lagik benda lain nak buat la selain mengadap korang jek. dah la menyusahkan orang

dah lama weii jojo pendam ni. ni bukan sikit2 punyer kemarahan. ni dah tahap gaban punyer marah. gaban pun tak macam ni tau. jojo ni dah la tengah sarat pregnant. end of this month jek due. jojo malas aa nak stress2 benda yang takde kena mengena ngan life jojo ni. korang pikir masalah korang jek ada korang pikir masalah kita orang ni??? takde kan. so mulai sekarang pikir pasal jiwa kita orang yang boleh jadik giler sebab dok melayan korang jek!

**sorry peeps...ni dah marah sangat ni. jojo rasa bukan jojo sorang jek rasa macam ni. ada lagi dua tiga orang. so mulai sekarang buat la hal korang masing2 ek. do not disturb me ANYMORE!**


hugs and besos

Wednesday, July 2, 2008

panik ni

besos to everyone...

tetiba macam jojo panik kejap la kan sebab esok adalah BIRTHDAY BUNNY! omg apa jek jojo nak buat ni? panik panik...help...

ikutkan hati jojo nak ajak dinner jek esok tapi macam tak best lak pulak sebab selama ni bunny dah banyak buat surprise untuk jojo tau [kekadang aku sendiri yang mintak di surprise kan hahaha sungguh kejam] tak syok la pulak kalau tak buat something kan. kejam sangat tuh. 

TAPI SAYA TIDAK TAU NAK BUAT APA NI??

suddenly jojo teringat birthday dinner dia last year [rasanya la..tak ingat la]. jojo and bunny's bestfriends buat surprised dinner untuk dia.

actually kawan aka housemate bunny called jojo and ajak dinner sesama merangkap ala2 surprise la untuk bunny. for info, diorang ni memang giler makan hehe so alang2 nak lepak pergi makan diorang plan nak celebrate birthday bunny. tapi...ada syaratnya pulak. kawan bunny suruh jojo create satu story yang boleh buat bunny marah. giler ke apa? bunny ni dah la jenis jarang marah tapi sekali dia nak meletup takut jugak dibuatnya tau. so nak tak nak jojo buat je la..

akhirnya jojo terpaksa create [sebab kepala dah block giler kan] yang xbf jojo nak jumpa jojo dekat subang parade. haaaaa jangan tak tau. bunny ni anti giler dengan xbf jojo yang sorang ni tau. kalau yang lain dia ok. siap leh borak2 lagik but this one..cannot aaa. tak tau pasal apa. nak pulak masa ajak keluar tuh, jojo boleh pulak dress up lebih2 kan. lagi la bunny benci kan hahaha dalam hati jojo nak gelak sebenarnya bila bunny macam ala2 marah jek suara dia kan tapi jojo tahan jugak demi birthday dia:D

tapi bila dah sampai subang parade jadik lain la pulak. sebab bunny dah nampak kereta kekawan dia [rasanya la]. dia macam tak nak masuk la pulak dekat TGI tuh. dia kata boleh tak kalau lepak tempat lain. jojo pun pelik la kan. selalunya bunny tak kisah tempat2 lepak ni tetiba hari tuh dia macam panik jek.

rupanya bunny dah boleh agak yang kami semua nak celebrate birthday dia dekat situ. bunny tak suka tempat tuh sebab TGI suka celebrate birthday boy or girl dengan cara yang memalukan [tau2 je la kan macam mana cara TGI celebrate birthday orang kan. memalukan ke...jojo rasa macam comel jek huhu bunny ni lain sikit style dia]

bila dah masuk TGI and jumpa geng2 bunny, sempat lagi bunny sound. dia kata tak payah nak bagitau waiter kat situ hari ni birthday dia. dia tak suka. hahahahaha punyer la takut bunny kan. kalau jojo, suka jek. biar satu TGI tau hari tuh birthday jojo wink wink:D

tapi...bunny tak boleh nak mengelak pun. terpaksa la jugak kan. siap jerit2 tuh diorg nyanyi lagu birthday untuk bunny hahahaha and muka bunny dah merah giler..sorry...


his cake 



birthday boy kena berdiri [kalau tak kena berdiri atas kerusia tau]


his bestfriends

**ada banyak sebenarnya pics tapi macam tak cantik la pulak...sorry:D...thanks a lot to bunny's bestfriends coz buat birthday dinner ni for him. and to emi...suka yer kasi present rokok dekat bunny**

hugs and besos


bosannyaaaaaaaaaaaaaaa

besos to everyone...

HARI INI SAYA SUNGGUH BOSAN KERANA TIADA KERJA DAN JUGA TIDAK TAHU HENDAK BUAT APA LAGI...TOLONGLAH SAYA...

hugs and besos