Thursday, November 12, 2009

malu la...

...tapi nak tunjuk jugak kan...

bukak fb pagi ni terus nampak claudine tagged pic saya masa zaman kolej. tak sangka pula dia still simpan lagi kan. saya pun ada simpan gak cuma malas nak scan jek. nanti la saya scan k.

giler oldskool pic ni kan. cuba kasi tengok fesyen kita orang. xhengaat ok.

tengah-ezreen. dia study half jek lepas tuh her mom suruh sambung belajar jadi cikgu english. sedih gak la masa last day dia dekat stamford. sebab dia ni teman naik lrt. so lepas dia takde macam sunyi la naik lrt kan. sekarang ni dia dah kahwin and ada anak dannnn stay dekat jepun. ikut hubby dia kerja.

baju hitam-claudine. tuh pun sama study half juga. lepas tuh dia masuk kolej lain sebab dia nak ambik fesyen design. dulu nampak macam takde style jek kan:P tapi sekarang jangan main2 ok. dia ni berani berfesyen. takde nak ikut alirannya. dia ikut kepala dia jugak. married and sekarang sedang berenak bercuti panjang di holland. fyi, wedding dress dia, sendiri yang design. cantik!

yang berdiri belakang claudine tuh, didda. dah kahwin juga and ada anak sorang. stay dekat perak ikut hubby.

lepas tuh turkah. married and ikut hubby. tak rapat sangat dengan dia ni sebab kalau duduk sebelah dia jek sure nak emo. tak pun nak cubit kan hahahaha

intan. dia ni bukan budak stamford tapi bestfriend claudine. dah macam geng stamford gakla. study fesyen gak. tak tau sekarang buat apa. ni baru nak add dia dalam fb:D

the only lelaki. shawn. claudine's bro. pun bukan budak stamford tapi dia rajin lepak dekat stamford.

haaa kalau tengok betul2 pic tuh. ada nampak lelaki berjalan dekat belakang. nama dia frederick, student mass com itu scandal aii masa zaman kolej. hahahahaha ngaku lakk lama dah tak jumpa dia since dia berhijrah ke australia.

yerr scandal aii masa zaman kolej xde yang melayu ok. kat stamford mana ada student melayu sangat. kalau ada pun macam bagus jek seperti zul playboy hahaha semua orang panggil dia zul playboy sebab dia seorang spoilbrag yang kaki perempuan. kesian dia.

eh aii ada la scandal melayu. shahrul! budak hotel management. hensem ok tapi RK kata muka dia macam beruk masa terserempak dengan shahrul@ the curve. sesuka jek kan cakap muka dia macam beruk. jeles la tuh. macam la saya betul2 bercinta dengan shahrul ni. kawan baik jek sebab shahrul ni la tolong saya masa kelas agama. saya fail ok! kena repeat. shahrul la mentor saya. tup2 kena gosip kita orang couple. layan kan jek la. rezeki hahaha padahal shahrul rileks jekk. yelah bukannya kita orang bercinta pun. bestfriend jek.

dulu2 kita orang tak panggil bestfriend kalau rapat dengan lelaki tapi dipanggil scandal. baru la ngacam sikit kan.

owh ya...semua pics tuh masa stamford ada party dekat legend hotel. stamford ni kerjanya suka la berparty kan. kalau semua student perempuan datang nak ala2 berkemban jek, nak tunjuk sapa paling seksi tapi saya malas. saya datang sebab nak cuci mata and makannn! maklum jek la masa study mana ada budget banyak sangat. pakai la apa yang ado kan.

okla...nanti saya cari pic masa saya pakai uniform stamford. pink & grey! hidup stamford! hahahaha

serious saya rindu masa zaman kolej.

p/s: cerita ini sekadar nak berkongsi kisah lalu jek k. had a great time. bukan boleh nak patah balik kan. plus bukan bertujuan nak berlagak ada scandal ke apa. am sure semua orang ada kisah masa zaman study dulu. muaks!

Tuesday, November 10, 2009

mc

saya mc hari ni.

semalam saya pergi jumpa my lovely dr bernard. actually dah lama saya tak jumpa dia, since saya kahwin, RK's company ada cover medical untuk saya sekali. so pergi panel clinic RK jek la.

ntah macam mana malas pulak nak pergi panel clinic. just nak jumpa dr bernard jek. bila jumpa tuh memang doc tuh suka la kan nak bahan2 kan saya ni.

dulu saya ada mintak ubat cream for my skin ni. maklum jek la kulit saya ni jenis sensitive sikit. boleh la dr bernard ni cakap...

"awak ni nak jadi ratu cantik ke?"

kalau demam pulak...

"ni demam biasa ni. demam bercinta. ni kalau jumpa bf terus baik la"

sesuka jek kan demam bercinta.

ada banyak lagi sebenarnya tapi macam dah lupa pulak.

so semalam masa borak2 tuh tetiba dia tanya umur saya berapa sekarang.

"err...28? eh 27? eh betul ke?"

boleh la saya pergi tanya dia balik kan. serious masa tuh saya lupa umur saya berapa.

dr bernard punyer la gelak tak hengat.

"ni nak i kasi ubat nyanyuk juga ke?"

kembang jek hidung saya ni bila dengar kan.

"ala lupa la doc. doc kira la. i lahir tahun 82"

hahahaha suruh dr bernard yang kira sendiri.

then dia jawab...

"lama sudah you dengan i kan..."

saya sengih. macam bercinta pulak kan huhu

"kalau lama kasi la i mc esok. betul ni i tak larat. dengan hidung gatal lagi. batuk lagi. kang tersebar virus dekat 1 office bos i marah pulak. sebab i 1 office mc pulak"

dr bernard..."yelah...memang i nak kasi pun"

terus saya senyum sampai ke telinga.

dr bernard ni bila dia kasi mc mula la dia kasi saya semua ubat yang mengantuk tahap gaban ni. serious kalau saya makan ubat2 dia ni sure saya akan tidur mati plus nyenyak giler.

hmmm bestnyer cuti hari ni. habis saya laundry semua bj2 yang terperuk dekat dalam stor.

masak lauk pun settle. makanan lil ballerina pun dah masak. hmm apa lagi ek?

tidur time la!

okla gtg...lil ballerina dah tidur so mummy dia pun nak tidur sekali la. chow!

p/s: mr ceo dah approved cuti saya esok. yeaaahaaaaa...tq mr ceo! have a good day di negara orang. peace!

Monday, November 9, 2009

yeayea...

...my lovely friend, atina dah selama deliver baby girl!

congratulations to atina & fahmi.

seriously saya tak sangka pulak dia nak deliver hari ni. saya budget macam lambat lagi sebab dia ada cakap due dia early dec. sekali hari ni la kan. pukul 10am.

best nyerr.

yang saya ingat nama baby dia ARI. lupa lak nama panjang dia:D

tina sempat lagi cakap yang 1st daughter dia macam jeles gitu kan tengok dia bf ari. siap merajuk tuh tak nak cakap dengan mak dia hehe comel sungguh tau.

ok...saya sungguh kagum tau dengan nada suara tina. baru jek lepas deliver tapi suara dia macam takde apa2 pun. dasyat! dah kata pernah ada pengalaman kan...kalau saya dah banyak kali pengalaman pun confirm pengsan gak 24 jam huhu

lepas dah borak2 dengan tina, saya pun ym elly...

boleh la kan elly tanya...

"eh bila masa tina pregnant?"

saya terus gelak. boleh la dia tak tahu kan selama ni tina tuh pregnant.

elly...elly...

yea mari shopping present untuk ari...see ya...

p/s: tetiba rasa macam nak pregnant lagi:P

saya mahu cuti

mr ceo still dekat overseas lagi.

saya nak cuti rabu ni. boleh jek mintak chairman's pa approvekan cuti saya tapi macam tak syok la kan cuti without bagitau bos.

sedang meng-email mr ceo untuk apply cuti. dah taip tapi belum send lagi.

sekarang baru sedang nak apply leave thru email sebenarnya lagi scary daripada mintak face-to-face ok hahaha bongok jugak ni saya...:P

ok try menggagahkan diri untuk click 'send'

fuuhhh!

artis bernama chacha

"ala penat la kwn ngan artis popular cam ko ni cha. ramai benor org tanya pasal ko kat aku. mak penat la nak ckp jek..."

chacha gelak.

ok...fyi, chacha dah ok sikit. hari ni dia sms cakap dia dah boleh mandi sendiri and sapu roti bakar sendiri. good!

go go cha!

Sunday, November 8, 2009

suka suka and suka sangat

stress nyerr sebab banyak sangat cerita yang best.

latest...running in heels.

layan ok cerita ni. semuanya berkisar tentang bagaimana bekerja di marie claire. tengok macam happening and agak stress juga la. tapi best sebab ada saingan kan plus sungguh mencabar.

interns yang terpilih untuk kerja di marie claire. gadis2 NY kebanyakkanya sanggup mati la untuk bekerja di situ. sapa tak nak kan. kalau diorang offer pun aii nak:P

ok bawak bersabar yerr...bagi habis dulu THE HILLS then baru continue tengok running in heels. eh bukan saya ada cakap ke lepas the hills nak layan gossip girls? aiyoooo

tapi nak layan juga cerita ini...

2 anak yang sungguh manja dengan ayah dia yang nak independent and bukak business sendiri.

tuh belum lagi cerita yang asyik saya dok ulang2 tengok iaitu:

owner of baby phat+my idol. suka tengok life dia and macam mana dia struggle untuk sampai ke tahap sekarang ni. and yang paling penting sekali...walaupun dia sibuk mana sekalipun dia tetap pentingkan anak2 dia and sentiasa ada masa untuk mereka.

p/s: inila cara saya mengisi masa lapang. no more berfoya2 dahh hehe at least lil ballerina ada di sebelah saya.


Saturday, November 7, 2009

congratulations!

...to lynn & hubby!


akhirnya kahwin dah diorang. lama tuh bercinta. dasyat!

lynn's reception buat dekat dewan perdana felda.

meriah giler. and theme diorang pun cantik. merah & putih. ingatkan RK ada ambik pic pelamin diorang tapi xde rupanya:( cantik.

memula saya dapat table group orang veteren semua. sangap giler. sekali jumpa mereka2 ini terus saya chow duduk semeja dengan diorang. baru la happening sikit kan. actually dah lama tak jumpa diorang ni. so bila dah jumpa ni mula la start adegan kutuk mengutuk kan. especially si faiz tuh. memang kalau lepak dengan dia tak sah kalau tak mengutuk kan.

tak sah kalau takde pic 3 divas ni kan:P dengan board tuh pun jadi la. masa ni kita orang dah lepak luar nak balik.

ada banyak lagi pics tapi macam biasala malas nak upload+ada pic vvip yang tak boleh di-reveal kan wajahnya. jadi saya kena hormat permintaan mereka2 ini.

sekian terima kasih.

p/s: rindu mau lepak sama mereka lagi. sakit pipi ok sebab asyik gelak jek. fyi, lynn ni adalah teman berjimba plus berfoya2 kami masa zaman muda2 dulu hahaha macam sekarang ni dah tua sangat kan.