Friday, December 31, 2010

sungguh indah

thanks to our pm and juga our football team...

kerana hari ni CUTI!!!

yeaahaaa

ini bermakna starting from today sampai la 9 january 2011 saya akan bercuti! marvellous!

dan disebabkan hari ni cuti free, dah plan nak memasak jek hari ni. cewah! semangat ok semalam after office hour terus turun bawah and redah mercato.

as for bfast, pancake+honey+green apply with coffee. yummylicious!

lunch pula maybe nak masak nasi with beef black pepper dan juga...punjabi quesadillas as our appetizer. sesekali nak feeling melayu mix mat saleh kan apa salahnya :P

oraito! mau off kerana hari begitu indah sekali mau laundry baju yang dah bertimbun macam batu caves ni haaa

happy holiday peeps!

Tuesday, December 28, 2010

cengeng atau mengada?

tak tau la kenapa lately ni rasa macam mudah jek tersentuh jiwa raga ni kan

during lunch hour, pergi la baca online paper and terbaca this story.

tiba2 jek rasa sebak, sayu and mula la terkenangkan si kecik kat rumah kan. sometimes kita rasa hidup kita ni macam serba tak kena jek kan tapi sebenarnya ada orang kat luar sana yang lagi terseksa hidupnya daripada kita :( just imagine yang anak2 dia hanya minum air kosong jek not susu

uwaaaaaa...sedih ok! balik rumah ni nak jegilkan biji mata kat lil ballerina kalau dia tak habis minum susu. dia suka sekarang ni minum susu mesti nak tinggalkan suku. macam habit pulak

another story ialah pagi tadi dengar hot.fm. dah lupa sebenarnya apa topik pagi tadi tapi this one caller telah membuatkan mata saya berair kat dalam kereta. yang RK pulak dah pelik2 tengok saya haha

its about this one lady. a wife. tak silap baru 5 months kahwin tapi dah ada problem dengan husband dia. she said every time diorang gaduh mesti husband dia keluar rumah and tak pulang. so one day dia dapat call daripada mahkamah yang husband dia dah failkan divorce. terus laa that lady menangis kan

i was like..."kesiannya..."

dan saya pun terus sebak dalam kereta especially bila that wife mentioned her husband's name and minta supaya berdamai. dia sayangkan husband dia and tak nak bercerai

kesiannya weiiii

hopefully that wife tak bercerai dengan her husband :(

Sunday, December 26, 2010

home alone

...takde la alone sangat. si kecik ni pun ada tapi macam biasa la dia dengan dunia dia sendiri. daripada pagi sampai ke malam dok layan cartoon dia. haish! i need my own tv and astro. payah ok share tv ngan si kecik ni. asal tukar channel jek dia menjerit macam kena dera

nasib baik RK takde. his in stadium bukit jalil sekarang ni. apa lagi kalau bukan nonton bola. malaysia vs indonesia. kalau dia ada kat sini lagi haru sebab 3 orang dok berebut remote

oh...semalam berjaya merasa daging dendeng resepi family RK. for almost 3years kawin and dok minta dia masak kan resepi tuh finally semalam dia masak kan. itu pun sebab saya janji nak masak kan nasi beriyani untuk dia. so lauk semalam adalah nasi beriyani+daging dendeng+ayam goreng berempah. yummylicious!


Friday, December 24, 2010

kagum ok!

sungguh menakjubkan kalau saya boleh buat blog di kala malam hari begini

selalunya time2 macam ni tak landing atas katil sambil ngadap tv atau pun dah belayar ZZzzZZzZz

plan nak pergi rumah my sis tapi kena cancel coz RK ada meeting pulak malam ni. nampaknya tinggal me and si kecik kat rumah yang telah dibekalkan mcD. si kecik dah masuk dalam dunia dia sendiri. makan mcD sambil tengok finding nemo. sungguh bahagia dia itu

as for me, daripada melayan finding nemo yang ntah ke berapa ratus kali lebih baik surfing internet or main game@fb. nikmat ok!

on the otherhand, lunch tadi sempat gak la merayap dekat mall bawah tuh. perghh terasa berada di tengah kota london ok. punyer la ramai mat salleh tengah sakan bershopping nak Christmas esok. tiba2 rasa saya la yang paling legam kat situ:P

bought present for my friend yang tak dapat celebrate Christmas dengan family due to ticket nak balik kampung halaman dia sungguh mahal. kesian dia. sedih jek dok kat dalam bilik tuh. hopefully this present yang tak seberapa ni boleh buat dia happy sikit. merry christmas mayo!

okla nampaknya kena tutup lappy ni. si kecik dah mula kebosanan tengok cartoon sorang2

muaks!

sungguh menakutkan la

ada satu berita keluar dekat paper kosmo hari ni. pasal sms tipu minta top up.

bila baca terus saya macam 'oh my...'

sebab saya pun pernah dapat sms macam tuh. saying that my mom ada kat pasar and she's in troble. minta saya top up kan at this one number because of handphone dia rosak. masa tuh saya baru bangun tidur. pagi lagi. terus saya macam tercelik mata

"mana jek mak aku reti benda sms ni..."

the best part saya boleh lak cakap...

"eh bukan mak aku tak pakai handphone ke?"

sah! memang confirm bukan my mom.

terus saya bangun and call my mom. she's fine. fuhh.

giler laaa zaman sekarang ni macam2. semuanya kerja nak menipu orang jek

minta dijauhkan la

Tuesday, November 30, 2010

lil ballerina + chuggington

lil ballerina is a big fan of this cartoon. chuggington. like seriously dia boleh dok repeat tengok cartoon ni daripada pagi sampai ke malam. boleh muntah ok

and disebabkan dia minat sangat dengan benda alah ni, last two weeks, my mom ajak lil ballerina naik lrt putra. takde plan pun sebenarnya. tau2 my mom call and suruh get ready bcoz nak suruh cucu dia merasa naik lrt

anak saya jakun sebentar tengok orang dekat luar :D

takde pergi mana pun. just sampai klcc and lepak2 makan ajo

image: google

sangap + dah takde kerja

last sunday lepas dah operasi menyental rumah rasa macam nak jalan2 pulak. padahal kaki & tangan ni dah lenguh2 sbb dok mop satu rumah. ini semua gara2 ada budak main bedak and tabur kat atas lantai. tak pasal2 rumah dah jadik macam kilang roti lak

at first plan nak 'site visit' saja. nak tengok apa progress. phase 2 dah siap separuh cuma my phase jek belum nampak apa2 lagik. insyaAllah end of 2012. wink wink! bersyukur sangat walaupun banyak benor dugaannya

lepas tuh terasa nak lepak2 pula. suruh RK call bestfriend dia yang kat shah alam tuh. lama giler tak jumpa dia and his wife yang sekarang ni cuma tunggu hari aja mau deliver first baby

mula2 lepak kat rumah diorang. dah la hujan so layan minum teh+kuih. sungguh nikmat

sekali mula la datang idea bernas nak lepak luar. fyi, me and his wife memang tak boleh jumpa. asal jumpa jek confirm nak makan best2 pastu nak lepak kat tempat yang havoc2 hahaha best part kawan RK ni cakap dengan SIL, me and his wife tak kan pernah ada masalah pembesaran :D

his wife nak makan kenny rogers. orang mengandung kena layankan ok. so kita orang decided nak makan kat empire shopping gallery

seronoknya dapat bergosip dengan diorang ni. ada jek benda nak cerita kan

p/s: saya dah jatuh cinta pula dengan this shopping mall. banyak giler ok kedai yang jual dress untuk budak2. confirm akan datang lagi. byebye OU. gonna miss u haha

bila mood rajin datang

...mula la rasa nak masak macam2 kan

weekend hari tuh terasa nak makan fried meehoon. kebetulan baru beli barang so masak ajo la

taadaaa

akhirnya menjadi jugak. fuhhh

serious terasa amat payah nak masak fried meehoon ni. dah berapa kali try asyik fail jek. but this time menjadi ok

dengan bangganya makan sampai muntah. even lil ballerina pun suka. dia cakap sedap. waaahh terus kembang ai tau bila anak sendiri puji masakan mummy dia. yelah selama ni mana dia nak makan sangat apa yang mummy dia masak. asyik nak makan apa yang wan dia masak jek. sentap ai tau

oh ya not only fried meehoon jek saya masak...



tetapi ini juga. cheezy potatoes. haa ambik!

yang jadi mangsa makan ialah RK :P

yummy yummy

last saturday morning tak tau nak buat apa and tak tau nak makan apa...

lastly decided nak bfast yang extravanganza sikit

so terus ke solaris mont kiara. kebetulan nak beli barang. so senang la lepas bfast boleh terus ke cold storage

merayap punyer merayap terus masuk romulus hub. tengok macam menarik jek bfast dia


boleh la kan dah order baru sibuk nak belek2 menu tuh. yang si kecik sebelah pun sibuk jugak nak tengok. macam tau baca jek kan

yang menariknya ialah...


boleh makan beef pepperoni pizza di pagi hari!

yeaahaaaaaaa sungguh indah. oh ya pizza tuh saya sorang jek yang makan. licin!

RK ambik regular bfast


dan yang paling bahagia sekali ada budak ini. rileks jek angkat kaki letak kat atas meja sambil makan toast. haish!

Tuesday, November 23, 2010

teknologi yang canggih manggih

thank god negara sekarang sudah maju

err tetiba jek kan

well actually tuan punya blog telah berjaya meng-renew-kan driving license sendiri thru My EG online

fuhhh nasib baik la pernah buat untuk RK dulu. so this time tutup mata ajo laa buat :P


dah expired last sunday hari tuh. baru hari ni terhegeh2 nak renew. baru ingat daa

insyaAllah esok dah boleh dapat wink wink

thanks to MY EG! sambil buat kerja pun boleh renew lesen. muaks!

p/s: tak pasal2 i dapat low blood pressure. i need more blood...eh dah macam bang edward la plak

Friday, November 19, 2010

sharing is caring

he is sooo adorable

tulis surat untuk future wife la kan


this story membuatkan saya tersenyum sorang2 depan pc while yang lain sedang serius mengadap pc

syahdu sungguh

dah nak habis cerita tuh baru la terhegeh2 nak tengok kan

last tuesday, a day before raya haji, saya cuti. jadi masa ni adalah masa saya melepak depan tv sampai lebam bersama si nakal yang tak habis2 berzikir kat telinga ni


"nak atunnnnnnnn"


dalam erti kata sebenar...nak cartoon

tapi saya buat dek jek sebab tengah sibuk cuci mata tengok hero dia yang sungguh macho

tadaaaa

sinetron CAHAYA

saya bukan pengikut cerita ni sebenarnya. kebetulan jek tertengok. masa tuh part cahaya ni accept cinta from satria. perghhhhh ai nangis wa cakap luu. berjujuran air mata ai nii

paling yang buat saya terharu ialah...ada orang lapkan air mata saya

siapa lagi kalau bukan si nakal saya!

terus kami berdua berpelukan. lawak ok! macam mummy dia pulak yang sedang berlakon dalam tuh

image: here

scary!

ada baca kat blog someone pasal dia kena amukan dengan mat rempits. habis kereta dia. naik bulu roma bila baca. nasib baik dia takde apa2. alhamdullilah

tiba2 macam teringat masa zaman saya muda2 dulu. cewah!

masa zaman belum kahwin daa. biasa la asal habis kerja jek bukan reti nak balik rumah. ada jek tempat nak merayap kan

just wanna share with u guys

-babak pertama-

masa tuh saya from bangsar. so nak heading to gombak harus la ambik jalan depan bsc and kiara. masa tuh pukul 11pm kot

elok jek saya stop kat traffic light menghala ke kiara, ada satu kereta ni stop sebelah saya. sama jenis kereta. masa tuh saya pakai kereta ikan kelisa saya

at fist macam toleh2 mcm tuh jek la. hmmm sempat lagi cakap cute bila tengok bebudak lelaki kat kereta sebelah

sekali boleh la diorang kejar kereta saya. siap highbeam, honk and segala bagai la

cuak ok! walaupun cute tapi just imagine bila diorang dapat...

TAKUTNYA!!!!

serius saya pecut sampai pedal boleh rasa kat lantai ok!

luckly la situ adalah tempat saya mencari makan. harus la keluar masuk simpang untuk mengelak diorang

akhirnya diorang hilang jugak

fuhhh balik dalam keadaan terketar2 ok

-babak kedua-

tempat yang sama juga. traffic light yang nak menghala ke kiara. berhantu seh gamaknya tempat tuh. maybe sebab sunyi. or maybe sebab ada orang tak reti nak balik rumah walaupun masa tuh dah nak tengah malam kan

ada satu motor ni stop sebelah saya

saya jeling2 jek sebab this time tak berani nak tengok lebih2

ok lega sikit sebab this guy bawak gf dia. tapi gf dia mak aiii seksi ok! ko naik motor tengah malam pakai baju macam tuh apa kes? tak sejuk ke

ok fine masa tuh saya membebel sorang2 ok tengok minah tuh

elok jek lampu hijau, motor tuh bla dulu. kata motor harus la speeding dulu kan. elok saya nak tekan pedal, ada beberapa bijik motor lalu kiri kanan saya

ok time ni saya menggigil

tapi tak lama la sebab lepas tuh diorang speeding. fuhhh

rupanya...diorang pergi kacau motor yang ada couple tadi tuh. diorang dok tarik2 baju minah tuh. at first ingat geng2 diorang tapi lain macam jek tengok. makin lama macam baju that girl dah koyak ok

oh my god! saya panik lagik ok

disebabkan panik saya tekan minyak sekuat hati. tapi sempat lagik la tengok thru cermin. diorang makin galak

yang sempat saya buat ialah berdoa jek supaya ada kereta lain yang gagah perkasa lalu di tempat tuh. saya takut giler ok!

-babak ketiga-

balik waktu yang sama jugak. selagi jarum tuh tak cecah angka 12 payah bebenor nak balik kan. konon young & dangerous laa

sekali dapat call...

belum jawab apa2 dah kena sergah

"ko ni nak jadik gangster ke? dah tengah malam tak reti nak balik! balik skang!"

ayahanda dah sound tepek daaaa

dan disebabkan jeritan tersebut, terus jarang balik lewat. baru reti nak takut dengan ayahanda sendiri hahahahahaha

oh ya...rupanya sesapa yang balik lewat tuh dikira sebagai gangster

kepada cha & elly...korang adalah gangster ok :P

cerita di kala kebosanan

depan keyboard ada...


nescafe 3 in 1 malatop!

mula2 macam malas mau ke pantry. tapi tak boleh tahan jugak sebab mata dah boleh auto katup depan pc. haish!

sebelah kiri pula...


kunyahan fav saya! sedap mengunyah di kala bergosip tadi. dah habis gosip tak lalu pulak nak makan

and last but not least...depan keyboard...


agak2 mulut macam pahit jek terus ngap jek

dengarnya ada orang jauh mau turun kl

yeaahaaa can't wait to meet her. need her shoulder & leg so badly sob sob

Thursday, November 11, 2010

yummy seh

asal bab makanan jek confirm yummy jek bagi saya:D

semalam dok baca blog orang, sekali ada sorang ni ngidam makan cuppies from cupcakes chic. saya ni kalau orang dah ngidam dengan saya sekali terliur

dulu teringin nak makan cuppies from wondermilk. dah rasa. thanks to elly coz belanja cuppies sekotak gabak for our birthday celebration kat office. now teringin lak nak rasa cupcakes chic ni. ceehh siap fikir2 ni nak mencari

sekali...


...nampak kotak ni dalam kereta RK!

happy!

esok nak ngidam lain pulak aaa :P

Wednesday, October 27, 2010

ikan kekek

akhirnya si kecik dapat jugak ikan dia

tapi ikan laga jek la dia dapat

sebabnya...semua orang orang malas nak jaga sangat hahaha

alamak! macam tak nampak jek kan. xpe next time saya ambik pic yang terang sikit

ada dua ekor. satu merah and satu lagi biru

hari2 la dia dok ngadap ikan2 ni. asal orang takde jek dia pergi ambik senduk wan dia and kasi cucuk2 la itu ikan. aiyaaa lama2 ikan tuh mati sebab sakit jantung dapat 'tuan kecik' macam si lil ballerina ni

kucing atuk dia pun tak lama lagi dapat sakit jantung gak. sekarang ni cuma ada darah tinggi jek :P maunya tak darah tinggi kalau hari2 kena tarik ekor

oh ya kelmarin, wan dia pun hampir2 sakit jantung gak. sebab tengok cucu dia dok elok tidur sebelah kucing kat garaj kereta! hahahaha

itu baru sikit. wan & atuk dia belum tengok perangai dia kat rumah macam mana especially bila her dad is around. saya dah redha jek. kang membebel2 saya pulak yang ada darah tinggi kan

oh cepat la weekend. bosan tahap gaban vs ultraman ni

Tuesday, October 19, 2010

ketaq lutut cheq ni

tengah buat kerja sekali terpandang calendar kat sebelah

bukan ke end of this month ada birthday bash untuk si kecik yang sudah berumur 1 tahun??!

aiyaaaaaa pengsan ni! si ibu dah tukar date bcoz of me yang kononnya free on that day. pengsan laa makcik kena maki dengan si ibu

ok jangan panik. nanti beli present pastu singgah jap rumah dia
but still akan kena MAKIAN! akan dipastikan untuk mengheret RK sekali masa hantar present tuh so that si ibu tak kan bebel lebih2 :P

p/s: RK dah mula plan activity apa dia nak buat kat sana nanti. haish! aku dah seram ni...

Monday, October 18, 2010

yes!

...going for holiday...again!

walaupun takdela jauh mana kan but still di kira holiday kan. last minute plan nak pergi PD sebab my dad ada golf tournament kat sana. alang2 pergi sana terus nak ber-holiday sekali

semalam sampai tidur pukul 1am la sebab dok survey hotel dengan RK. panik kejap sebab semua hotel yang kita orang nak fully booked! tensionnya

akhirnya...


dapat juga. fuhhh lega

sepatutnya me and my dad nak stay 3days kat sana tapi my dad boleh stay semalam jek:( ada appointment yang tak boleh di-cancel-kan. nampaknya me, RK & lil ballerina jek la bercanda lebih2 kat sana

yahoo!

1st time nak stay at this hotel. dengarnya macam menarik. takpe we'll see

err...hotel dah booked tapi...CUTI BELUM APPLY la! help!

Wednesday, October 13, 2010

ingatkan dah settle

rentetan**betul ke ejaan dia mcm ni?** daripada peristiwa hari tuh...hari ni saya kena basuh dengan mr ceo ok! habis tercalar image ai yang dah kerja dengan dia for almost 8 years. hmm nak buat camner benda dah jadi kan. redha aja la **lebih baik kena marah daripada kena tanggung burden tuh**

tapi ok la bcoz not only me yang kena. ada geng. chairman's PA. tak pasal2 dia pun kena sekali. kesian kami tau

ini la orang cakap melepaskan anjing tersepit, diri sendiri yang kena

so mr ceo cakap, next time please be extra careful. do not simply percayakan orang

ok noted!

on the otherhand, saya seperti biasa addicted dengan Korean/Japanese dramas or movies. this time im currently watching this series


thanks to astro, channel one HD 393. sungguh jelas ok wajah cute diorang in HD. love it!

cuma masalah sekarang ni kita orang kena berebut tv lak. dulu berebut dengan RK jek but now tambah lagi sorang keahlian iaitu si kecik. balik jek rumah terus dia memekak...

"nak antunn**cartoon**!"

selagi tak bukak channel cartoon untuk dia selagi tuh la dia dok melalak kat telinga ni haa. bernanah ok!

yang best part masa lil ballerina dekat rumah wan dia. satu hari la wan dia kena dera dengan cucu sendiri. sampaikan wan dia cakap...

"lama2 aku ni pandai cakap omputih sebab dok hari2 tengok kartun omputih kan"

okla mau berehatkan minda jap. layan cik putih berym

chiow!
image: google

Monday, October 11, 2010

termenung apa jek tuh kak?

otw nak pergi rumah my mom

lawak ok! siap dengan lentok badan lagi kan

headache!

fuhhh rasa macam nak muntah jek**cik putih sila jangan ingat saya pregnant ok**

something came up in the office. pukul 8am dapat sms from someone and terus rasa macam nak lompat keluar jek daripada kereta. can't believe it that person sanggup buat macam tuh kan. punyer la saya percaya dia tapi...haish! malas nak cakap banyak

disebabkan benda tuh, migrain saya sudah maii. makan pun tak lalu ni. camnor?

buat kerja semuanya macam tak best jek

ok fine...jap lagi nak turun pergi supermarket and beli barang nak buat bekal esok. sovory tuna burger!

stress2 macam ni elok memasak di dapur. boleh hilangkan tekanan. rasa2 nak marah jek terus ambik pisau and cincang itu tuna :P

p/s: nampak mr ceo lalu depan saya. fuhh leganya. boleh rilekskan kepala jap. serious rasa mcm nak hantuk jek kepala kat dinding

Saturday, October 9, 2010

owh indahnya...

...dapat makan nasi lemak air tangan sendiri :D

nasi lemak lauk sambal sotong, ayam goreng, telur dadar & timun

masa orang nak ambik pic masa tuh la ada tangan nak lalu kan...haish!

sebenarnya nak masak nasi lemak ni waktu pagi sekali terbabas sampai ke lunch la pulak. semuanya sebab nak rush pergi tm point@uptown damansara untuk upgrade streamyx

ok...masa untuk berehat. penat bersilat kat dapur tadi tak habis lagi haha

after maghrib mau ke rumah bonda. anak manja mak buat open house malam ni. so sebagai kakak kepada liltle rascal mahu menyibuk kat open house dia :P ada nasi tomato & bubur kacang hijau. my fav!

and as for tomorrow...ada wedding member sekolah at sg buloh. hopefully tak sesat la

chiow!

Friday, October 1, 2010

ada budak kecik yang rasa diri dia baby lagi

penat ok sorok dia punyer walker tuh sekali boleh jumpa balik

kali ni tak payah sibuk2 nak angkat dia masuk dalam walker tuh sebab dia sendiri dah boleh masuk & keluar sendiri

oh ya, esok my office ada buat open house at bukit kiara club. too bad tak dapat join. esok dah pack giler dengan open house lepas tuh malam ada my old friend daripada zaman sekolah rendah nak datang rumah. siap nak bawak her mom and also hubby dia lagi. owh i miss her so badly. teringat masa zaman tuisyen dulu. selalu pergi dengan dia. now dah ada baby. macam tak caya jek

ok adios! mau chow

eh chow lak. kelupaan kena tunggu RK datang. so sementara dia nak datang tuh lebih baik saya layan utube jap

happy weekend!

punyer la mengidam nak makan choc ni...

akhirnya dapat jugak. kebetulan kat mall bawah ni ada buat bazaar untuk japanese food. harus la laju jek pergi

sambil tuh dok belek2 barang2 nak buat sushi. boleh tak RK request suh saya buat sushi. pengsannn! mentang2 la semua bahan senang nak dapat kat supermarket bawah ni boleh pulak buat permintaan macam ni

agaknya dia dah lupa bini dia nak masak meehoon goreng pun tak lepas lagi tau :P

on the otherhand, thinking of nak masak untuk RK's friends and also for my lovely kakak angkat at block A.

geng2 RK dah tau nak masak apa. diorang request nak makan ayam bbq tapi memandangkan ai ni dok kat tingkat atas so agak payah nak membakar ni. jadi di tukar kepada meehoon soto+begedil

for my lovely kakak angkat, mau bikin nasi tomato la bersama ayam tomato and dot dot **sedang fikir menu yang lain** tapi ni still dalam perancangan lagi. takut jugak tak menjadi nasi tomato saya. malu jek

Thursday, September 30, 2010

dad vs daughter

saya suka pic ni

inilah aktiviti dua beranak masa bulan puasa hari tuh. asal sampai rumah jek terus dua2 kabut masuk bilik. sorang on pc sorang on laptop. elok sangat la tuh kan

sometimes saya nampak si kecik tuh berdiri kat belakang monitor RK. nak tau dia buat apa?

berjoget lambak ok! dia pasang dvd barney terus dia berdansa kat situ. sakit jiwa mummy dia tengok. lama2 mau roboh gak meja tuh kan

yang pelik tuh boleh pulak RK concentrate buat kerja dia. hmm pelik sungguh. cuba kalau saya yang memekak kat sebelah tuh confirm kena halau keluar daripada bilik :P

3rd raya

hello penang!

orang lain sibuk beraya lagi tapi kita orang sibuk nak pergi holiday. pic masa naik feri. cuba tengok muka lil ballerina. excited giler! dah la elok jek naik ferry dia terus nak bukak baju. dia dok cakap "mummy nak bukak baju!" Poning ok! ini la masalahnya kalau budak kl nampak laut kan **padahal mummy dia sama jek. masa nak tunggu turn naik ferry punyer la macam nak amuk sebab lama sangat haha**

ini pun last minute punyer plan. malam raya baru RK booked hotel dekat sana. lawak ok. ingatkan dia main2 sekali bila tunjuk confirmation slip terus mata ala2 terbeliak jek. biar betul. RK kata alang2 kita balik ipoh, apa kata kita terus pergi penang. holiday. cantik sangat la tuh kan. lagipun during fasting month dia dah kerja teruk kan buat freelance so bila dah settel semua ni RK nak rest pulak before continue yang lain. harus la saya suka!
masa sampai tuh, kebetulan ada star cruise. berangan la kami nak naik benda alah tuh pulak. berangan jek naiknya tak tau bila. ada merisik khabar price dia. boleh tahan gak. gulp!
view daripada balcony bilik. sea view. sungguh teruja. tapi yang tak terujanya bilik ni jauh daripada orang. so kalau malam tuh macam seram sikit nak balik bilik. saya kan penakut :D

sampai2 jek terus order room service. lapar giler ok! walaupun before pergi penang kita orang dah singgah kat kuala kangsar and parit buntar untuk sesi menziarah but still kita orang kelaparan gak

hari tuh hanya sekadar melepak di dalam bilik sambil merehatkan badan. kata 3days kat sini kan. so petang kasi jalan2 jap kat pantai pastu malamnya pula pergi queens bay mall. nak beli pampers si kecik punyer la jauh merayapkan. hotel kita orang kat tanjung bunga punyer la jauh sampai ke sana. besar sungguh queens bay ni. dah macam midvalley lak rasanya

apa2 pun dinner kita orang membedal tako tao aja. sungguh tak adventure tau

ok...will update our 4th raya in penang soon...

p/s: perut sungguh senak sebab makan fried maggie for bfast. mood rajin dah mai. semlm masak kurma ayam untuk bekal hari ni fried maggie lak. bila weekend terasa nak masak lasagna la kalau free. KALAU FREE...hahaha

Friday, September 24, 2010

2nd raya

holla...

daripada malam lagi, b4 tidur kemain lagi RK dok pesan


'kol 7am kita gerak tau. jangan lambat.'

tapi tetap jugak terbabas. 7.30am baru terhegeh2 nak gerak. itu pun sebab dok pening nak bawak apa. kalau setakat nak dok ipoh jek ok lagi tapi disebabkan kita orang akan terus gerak ke penang, terus jadik blur jap. sampai lupa la nak bawak sunblock, swimming suit and float si kecik. terpaksa melabur lagi sekali bila sampai kat penang. hais!


tak ingat pukul berapa baru sampai ipoh. tapi rasanya b4 lunch dah sampai


nothing much dekat ipoh. mostly orang akan datang beraya at nani's house. nak berjalan keluar, nani & wancu tak sihat sangat


belah petang, apa lagi. mood meroyan dah mai. my sil ada buat cuppies for raya tapi disebabkan dia tak dapat datang masa birthday bash lil ballerina hari tuh, dia suruh celebrate lagi sekali **ni tak tau la kali yang ke berapa si kecik ni celebrate birthday dia tau**



nasib baik jumpa lilin sebatang. apa lagi riuh la rumah dok nyanyi birthday song. teruja ok si kecik tuh. aunty2 dia lagi la teruja **mummy dia teruja nak makan cheese cake jek :P**


lepas tuh kita orang sambung lagi meroyan ni. maklum la bila jumpa sils yang sekepala memang macam2 nak buat. my sil ajak main bunga api!

perghh lama giler ok tak main bunga api ni. lil ballerina lagi la. tak pernah main & tak pernah tengok pun

masing2 tak sabar nak tunggu malam haha


tengok tuh. muka serious jek tengok bunga api dia. dia nak pegang tak semua orang tak kasi. so terpaksa la letak kat pasu bunga tuh. itu kalau leka jek memang dia akan pegang bunga api tuh



ok. ini limited edition haha my sil & yours truly pulak nak main. lagi kelakar. kita orang punyer xcited mengalahkan lil ballerina pulak


sila jangan tanya kenapa saya pegang bunga api sampai macam tuh sekali. memang azali lagi penakut ok

and last but not least...bunga api dah habis kita orang layan benda alah yang ada kat tangan lil ballerina tuh pulak. tak tau la apa ke namanya tapi cara mainnya adalah kena lastik ke langit. so bila benda alah tuh turun cantik jek macam heli yang bersinar. sambil tuh layan gosip jap. wajib :D

dah puas melepak kat luar, baru la nak masuk rumah. berpeluh2 tapi kental jek. nak pulak kawasan situ rajin main bunga api yang keluar bunga2 tuh. my sil said diorang ni macam lawan2. rumah sapa yang paling cantik sekali dia punyer bunga api bunga2 tuh. ada tanya berapa price bunga api macam tuh. kononnya nak beli la. skali my sil said, 1 bunga api tuh cost dia dalam rm30. perghh mahaiii la

kalau dah balik ipoh ni memang tak sah kalau tak makan laksa. ai balik ipoh tunggu part nak melantak jek :P lepas dah berpanas kat luar main bunga api, it's time to eat! laksa time! yummy!

p/s: my sil dah pesan. next time balik ipoh bawak 'swimming pool bergerak'. beli yang besar sikit so nanti ramai2 boleh berendam kat luar. RK dah geleng kepala bila dengar haha

Wednesday, September 22, 2010

1st raya

...baru la nak update...

ini adalah permintaan aunty chacha dia yang nak sangat tengok lil ballerina pakai baju kurung

tadaaaaa


tengok tuh! habis keayuann dengan mulut ternganga bila ambik pic kan. ni kalau mak mentua tengok pun reject hahaha habaq mai sikit mak mentua mana nak reject? meh aku kasi tengok dulu anak dia :P **blom apa2 dah garang macam ibu mertuaku**


boleh kena heart attack nak ambik mood si kecik ni ambik pic. ikut suka hati dia jek nak bergambar macam mana kan. lantak la janji dia tak merengek pakai baju kurung


"lambat bebenor paksu ni nak kasi duit raya. ira nak check schedule jap la untuk hari ni."

time ni kelakar ok. my lil bro nak kasi duit raya kat dia tapi dok bukak2 semua sampul. takut tersalah kasi. lepas tuh dah jumpa sampul untuk si kecik ni, boleh pulak mood dia cranky. terus melalak bila paksu dia hulur duit raya. ingat paksu dia nak marah dia hahaha adoi

fyi, lil ballerina ni takut bebenor ngan paksu dia. asal paksu dia ada jek confirm lil ballerina akan jadi budak yang paling sopan di dunia

this year, 1st time bagi lil ballerina pakai baju kurung. punyer la excited mencari baju kurung dia. memang banyak tapi mummy dia pulak yang cerewet sangat. ada jual baju kebaya for 2years kid tapi saya tak berminat coz for me biarlah dia pakai baju yang menampakkan dia still toddler. no heels and no handbeg ok. pls laa...baru umur 2 tahun nak pakai macam budak 12 tahun. oh tidak!

1st raya seperti biasa adalah beraya di kl and bentong.

before sembahyang jumaat, me, RK and lil ballerina pergi beraya dulu dekat rumah sedara-mara side RK. pergi jumpa dulu his mom. meriah ok! sebab semuanya adik beradik my mil berkumpul kat jelatek.

then balik rumah, sembahyang jumaat lepas tuh terus gerak balik bentong lak. sampai sana macam lupa la nak ambik pic kan especially time saya pakai tudung litup balik rumah wan hahahaha terbeliak mata wan saya. mati2 dia ingat cucu dia yang sorang ni dah insaf kan. sekali bila pergi beraya rumah paklang terus terbang jek tudung cucu dia ni. but don't worry wan, cucumu ini akan bertudung tidak lama lagi. aminnnn

lepas dah settle semua beraya kat bentong terus rush balik kl. itu pun dah maghrib baru sampai rumah. apa lagi terus membongkang jek la kat rumah memandangkan esok nak balik ipoh lak dan seterusnya berholiday di penang on 3rd raya wink wink

serius 1st raya jek raya semua lemak2 yang hilang during fasting month sudah timbul kembali haha tak boleh tahan tengok nasi impit letak rendang ayam pastu kasi banjir dengan kuah kacang. perghhh nikmat ok! boleh dok ulang berhari2

Friday, September 3, 2010

meredah jam untuk pergi ke office adalah tidak elok untuk otak saya ok

6.30am dah kabut keluar rumah bcoz RK nak kena hantar freelance job dia kat someone. dekat area salak south ok. perghh punyer la jam nak pergi area sana. lepas dah hantar benda alah tuh nak kena redah jam lagi untuk hantar dia ke jalan tun razak pastu heading to sri hartamas

nasib baik la before 8.30am saya dah boleh sampai office

tapi macam kepala ni tiong2 la sebab tekanan tengok jam sana sini. agaknya macam mana la perasaan and mental orang yang kena redah jam hari2 ni...

owwhhh thank god today is friday. yeaaa!

and next week lak only 3 days working then cuti sampai 19 sept. phewww sungguh indah

Wednesday, September 1, 2010

next week nak raya dah?

kalau selalu macam ala2 lupa daratan dok dengar seoul fm but this time dah kembali mendengar local radio...sebabnya nak dengar lagu raya! yeahaaaa bunyi handphone kat sini dah macam2 lagu yang keluar. alaa meriahnya rasa

macam kejap jek this year puasa. cewah. and sampai ke hari ni alhamdullillah saya still puasa wink wink

tapi...

saya belum beli baju raya ni! next week dah nak raya. tolong!!! akan ku gigihkan juga redah mall weekend ni

nasib baik semalam jumpa baju kurung untuk lil ballerina. tuh pun takde plan sebenarnya. kebetulan beli groceries kat hsc jumpa bazaar yang jual baju kurung yang sungguh comel. hopefully akan jumpa lagi sepasang untuk si kecik. this year first time lil ballerina nak pakai baju kurung ok. so mummy and si kecik sungguh excited nak membeli. sepasang for balik bentong and sepasang lagi untuk balik ipoh. baru la adil dua2 kampung dapat tengok lil ballerina pakai baju kurung

on the otherhand, dapat called from chairman's pa. last monday, masa dia stop kat traffic light, kereta dia kena pecah tingkap and diorang ambik handbeg dia. habis semuanya diorang sapu. kebetulan pula masa tuh dia nak ambik handphone dia, sekali elok dia nak bukak beg, terus pencuri tuh pecah tingkap and grab. she said benda tuh berlaku macam kejap giler.

giler scary ok bila dengar cerita dia. until now dia still rasa trauma. asal ada motor stop sebelah kereta dia jek, terus dia mcm takut. after accident tuh terus dia drive pergi rumah chairman. dah terlampau takut and panik terus dia tak fikir apa2 dah

makin menjadi2 la diorang ni. nak plak nak raya ni kan. hmm...so to ladies out there, please be extra extra careful. walaupun brutal macam mana kita bila dah jadi macam ni mesti akan panik

minta dijauhkan la

p/s: sedang menantikan mr ceo. waahh selalunya tak kosa ok nak tunggu but this time harusla tunggu. nak plak nak raya ni. he promised nak kasi something hari ni. jeng jeng jeng sungguh excited

Wednesday, August 25, 2010

speechless

rasa macam nak menangis jek bila baca paper pasal budak yang kena sembelih dengan bapa dia sendiri...

yang paling sedih bila mak dia sendiri tengok macam mana si bapa sembelih anak dia...

damn!

miss my lil ballerina yang nakal itu :(

p/s: rasa paranoid lak bila nak baca paper. macam2 jadi

Friday, August 13, 2010

yummy!

yippie!

esok sudah cuti! yeaahaaaa

ada baca blog someone. dia beli tauhu anora semalam. adoiii meleleh lak air liur ni bila baca

tak boleh jadi ni. mau ke sana la esok. gigih walaupun jauh


darling tauhu! nanti ai datang beli ok

lagi setengah jam mau balik. mau racing ke RK's office and take a nap for awhile sementara nak tunggu dia keluar. ngantuk bangat ni

image from here

uwaaaaa

...betul la cakap kak nona...

she loves my netbook!






netbook tuh dia buat kepit kat armpit jek. mentang2 la cinoknet

p/s: rasanya makin menjadi2 lak layan lagu korea & jepun ni. bernanah la telinga jiran sebelah ni yang lebih ke arah pop yeh2 80an. bulan puasa bang tak baik marah2 ok :D mr ceo takde ni mari la lawan lagu sapa paling best hahaha