Tuesday, June 17, 2008

kucing

pic A 

pic B

besos to everyone...

dua blog dalam satu hari la kan. nampak cam takde keje jek jojo ni kan. ada keje tapi cam blank jap. bila dah blank mula meroyan semacam. actually jojo tengah dok belek handphone so ternampak la gambar2 yang diambil ntah bila kan. so apa lagi. kasi upload la...[mau lawan blog elly sebenarnya hehehe] 

**PIC A**
itu kucing kesayangan mama dan daddy saya. memang la teramat sayang diorang kat kucing ni tau. asyik la panggil si comel. tapi jojo slalu jek panggil kucing ni GEMUK!  eh bukan jojo tak suka kucing tau. jojo suka sebab kucing ni comel tapi jojo takut nak dekat ngan kucing. takut kena cakar kot hehehe...so kembali pada citer si comel aka gemuk ni...dia ni tak macam kucing lain [iyer ke..ntahla] dia ni cam pelik skit. makanan dia adalah ikan selar kuning yang fresh sahaja tau. pagi dua ekor malam dua ekor dia makan. maknanya 4 ekor la. itu belum masuk selingan lagi di waktu mama masak. kalau mama masak ayam for sure ada kepak untuk dia tau [macam2 sebenarnya mama kasi dia makan. janji yang fresh]  ish mewah makan. manala tak gemuk kucing tuh kan. walaupun kucing ni manja [dia manja ngan semua orang dalam rumah including bunny tapi bila ngan jojo dia cam jeling tajam la kan. agaknya sebab jojo asyik panggil dia gemuk la kan huhu] owh ya lupa plak nak bagitau. kucing ni mata dia sebelah jek tau. masa dia datang rumah kami dulu pun memang dia ada mata sebelah jek. kira cam oku la. mata lagi sebelah buta. tak tau pasal apa. unik tuh.

ada skali tuh kucing ni bleh plak hilang satu hari kan. tak balik2 sampai la ke tengah malam. on that day, kami semua ada wedding [malam]. daddy cam dah panggil2 dia keliling rumah suh makan. takut kita orang balik lambat kan. nanti lapar la plak dia. tapi tak muncul gak. daripada pagi daddy dok cari dia sebenarnya. tapi tak tau hilang ke mana.so masa kat wedding tuh...masa tengah makan...bleh la kan daddy ngan mama dok risaukan kucing dia. siap cakap lagik kalau kucing tuh dah takde sunyi la diorang. and then pikir lak kalau kena langgar sian dia takde sapa yang tolong. ish banyak sebenarnya andaian diorang ni cuma jojo tak larat nak tulis jek. lepas jek habis wedding and sampai ke rumah, kucing tuh still takde lagik tau. mama dah macam ala2 sebak. daddy maintain lagik [info: kucing ni tak pernah tak balik rumah]. esok paginya...bleh...kucing tuh muncul. haaaaa apa lagik..suka giler la mama ngan daddy. siap bagi dia makan. takut kebulur la kan. ish kucing ni. sempat lagik la jojo cakap ngan dia [masa tuh mama ngan daddy dah takde] "ko pun gemuk...kalau nak berdating ke, one nite stand ke pi hotel ke bagitau la dulu. ni tak main hilang jek. eden yang kena tau. ko jangan nak jadik bohsia tau" and kucing tuh bleh lak terkebil2 mata dia dok mata jojo kan hahahaha apa punyer bangang la jojo ni kan. ngan kucing pun leh nak warning2 kan. 

**apa2 pun jojo sayang si gemuk ni sebenarnya. teringin nak usap dia tapi TAKUTTTTT!!!**

**PIC B**
tak banyak citer pasal kucing ni. ini kucing kesayangan makchu ku. makchu ni sayang kucing. ni kucing dia yang latest. before this dia ada sekor kucing ni. dah mati. masa kucing dia mati boleh la kan makchu ni sampai tak lalu nak makan sebab sedih sangat. comel jek. 

kucing ni tidur suka peluk patung kuning tuh. comel jek jojo tengok. ingatkan manusia jek tidur nak benda peluk rupanya kucing pun nak peluk gak masa tidur kan

hugs and besos

No comments: