Sunday, February 22, 2009

terpengaruh

besos to everyone

ini semua kerana terjebak dengan rancangan 'warung kita' @astro.

masa tuh bunny kerja. tinggal jojo dengan lil ballerina. so bila dah tinggal berdua ni hanya tv je la peneman kita orang kan. ntah macam mana berminat pulak nak layan citer warung kita. punyer la best tempat2 yang diorang pergi tuh padahal tempat2 yang diorang pergi tuh tempat biasa jek. dah nama pun show tuh warung kita kan and off course la semuanya pasal warung2 yang ada kat malaysia ni.

tetiba macam diorang pergi layan char kuey teow dekat tmn bunga raya, setapak. aiseyyy...terliur pulak tengok diorang makan kan.

and jojo pun tersengih jek...apa lagi...ajak bunny pergi beli la lepas dia balik keje. punyer la semangatkan tunggu dia balik. luckly bunny layankan jek:D

masa sampai sana baru pukul 6 ptg tapi orang dah beratur panjang nak beli char kuey teow tuh kan. memula tuh kita orang macam dah malas nak beli tapi dah alang2 sampai ni beli jek la. dah teringin kan tak elok pulak tak beli:P

yang jadi mangsanya adalah bunny. dia yang kena beratur huhu kesian. wife dia yang nak makan dia pulak yang kena kan.

ini la hasilnya. tapi char kuey teow tuh dah ala2 kering. kalau makan kat situ sure layan. tapi tak sampai hati pulak nak makan dekat sana. takut lil ballerina tak selesa pulak. so kena la tapau jek.

p/s: tadi layan lagi warung kita. diorang pergi makan dekat tempat ikan bakar. perghh sedap la pulak.

hugs and besos


Saturday, February 14, 2009

Panduan Bagaimana Menyayangi Seseorang

besos to everyone

masa jojo tengah dok ber-surfing ni boleh pulak terbaca satu article ni. memandangkan hari ni merupakan hari berkasih sayang tak salah rasanya bagi tips ni pada sesapa saja yang sedang cuba untuk menyayangi seseorang. yang bakal nak menyayangi seseorang pun boleh la jugak.

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan.
Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya.
Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati.
Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia.
Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia.
Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Sangka baik padanya.
Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya.
Kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. Berikan kepercayaan anda padanya.
Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan.
Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda.
Memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

INFO: PAKARHOWTO.COM

hugs and besos




Monday, February 9, 2009

fish spa

besos to everyone

actually since semalam lagi me and my mom dah dok borak pasal fish spa ni. my mom cakap takut la geli la and i said best apa. kaki pun jadik cantik. tengok la kaki kita dah tua semacam jek. kaki tua? ntah la tuh ayat yang terkeluar masa tuh kan:D

tibe2 bolah la kan my mom call hari ni dalam pukul 3pm cakap nak belanja buat fish spa. apa lagik kelam kabut jojo masa tuh jojo coz baru nak masak for lunch. err pukul 3pm baru nak masak lunch? last minute nak masak. sebenarnya ikut plan nak beli jek ntah macam mana boleh pulak terajin nak masak kan. apa lagi aii kena sedas dengan my mom. dia kata jojo dera suami. erk??

kita orang pergi fish spa dekat JJ wangsa maju. masa sampai tuh my mom dah semangat nak buat tapi jojo macam seram la pulak kan. so jojo suruh my mom buat sorang jek tapi boleh la kan dia dah bayar sekali untuk dua org. so nak tak nak kena la celupkan kaki tuh.

seriously, jojo menjerit bila ikan2 tuh menyerbu kat kaki jojo. geli! jojo ni memang tak tahan geli. tengok la punyer semangat ikan2 tuh menyental kaki jojo. dalam banyak2 kaki dekat situ kaki jojo yang paling banyak ikan. perghhh malu tuh. nampak sangat kaki jojo sungguh tidak elok kan.

dalam banyak2 ikan boleh la pulak kan ada seekor ikan tuh punyer la besar. bila dia datang jek jojo tendang2 dia. tak nak dia makan kaki jojo. sure sakit punyer sebab mulut dia besar kan.

apa2 pun jojo rasa macam kelakar la pulak kan sebab takut dengan ikan kecil.

lepas ni jojo nak suruh bunny pulak celupkan kaki dia. tadi ajak dia buat sekali tapi dia mengelat. takut la tuh:D

hugs and besos





Saturday, February 7, 2009

bila dia...

besos to everyone

bila dia lapar...


bila dia senang hati...


bila dia nakal...

bila dia mengantuk...


hugs and besos

Sunday, February 1, 2009

...

besos to everyone

bila mereka bersama...


hugs and besos

addicted!

besos to everyone

game ni dah jadi bestfriend jojo bila lil ballerina tidur or dah tak tahu nak buat apa dekat rumah. macam addicted giler. kekadang tuh macam tak sabar pulak nak tunggu lil ballerina tidur. sebab boleh layan game ni.

actually since pregnant lagi dah addicted ngan game ni. masa pregnant lagi dasyat. mentang2 la tak boleh buat kerja sangat dekat rumah asyik la melayan game ni. kat rumah sendiri layan game ni kat rumah mama pun layan gak game ni. maklum la masa jojo pregnant semua orang dok manjakan jojo kan so apa lagi...dok ngadap benda alah ni la.

ini la game THE SIMS 2.





itu la jajahan jojo setakat ini. masa pregnant dah banyak sebenarnya jajahan jojo tapi since dalam pantang tuh bunny boleh pulak nak upgrade laptop ni kan so kena la buat balik jajahan baru. bukan senang nak buat balik jajahan baru ni. penat laa nak decorate rumah baru ni:D

dalam banyak2 jajahan jojo ada satu family ni nama THE BOO FAMILY.



the boo family ni adalah ELLY and NIESA!!! hahahaha jangan marah aaa...tak tahu nak letak nama sapa dahh...

okla nak sambung main the sims 2 balik. hari ni bunny off day. so boleh la jojo layan jap game ni and bunny pulak melayan lil ballerina:P

hugs and besos