Sunday, February 22, 2009

terpengaruh

besos to everyone

ini semua kerana terjebak dengan rancangan 'warung kita' @astro.

masa tuh bunny kerja. tinggal jojo dengan lil ballerina. so bila dah tinggal berdua ni hanya tv je la peneman kita orang kan. ntah macam mana berminat pulak nak layan citer warung kita. punyer la best tempat2 yang diorang pergi tuh padahal tempat2 yang diorang pergi tuh tempat biasa jek. dah nama pun show tuh warung kita kan and off course la semuanya pasal warung2 yang ada kat malaysia ni.

tetiba macam diorang pergi layan char kuey teow dekat tmn bunga raya, setapak. aiseyyy...terliur pulak tengok diorang makan kan.

and jojo pun tersengih jek...apa lagi...ajak bunny pergi beli la lepas dia balik keje. punyer la semangatkan tunggu dia balik. luckly bunny layankan jek:D

masa sampai sana baru pukul 6 ptg tapi orang dah beratur panjang nak beli char kuey teow tuh kan. memula tuh kita orang macam dah malas nak beli tapi dah alang2 sampai ni beli jek la. dah teringin kan tak elok pulak tak beli:P

yang jadi mangsanya adalah bunny. dia yang kena beratur huhu kesian. wife dia yang nak makan dia pulak yang kena kan.

ini la hasilnya. tapi char kuey teow tuh dah ala2 kering. kalau makan kat situ sure layan. tapi tak sampai hati pulak nak makan dekat sana. takut lil ballerina tak selesa pulak. so kena la tapau jek.

p/s: tadi layan lagi warung kita. diorang pergi makan dekat tempat ikan bakar. perghh sedap la pulak.

hugs and besos


No comments: