Wednesday, December 17, 2008

kenapa jadi begini?

besos to everyone





semalam jojo ada ber-email2 dengan chacha. bercerita mengenai salah seorang rakan baik kami yang baru saja berkahwin tetapi si suami sudah pun menunjukkan belangnya dengan menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

kami sebenarnya sungguh kasihan pada rakan kami ini kerana dia sangkakan sang suami keluar pergi bekerja walaupun di hujung minggu tetapi rupanya berjoli dengan wanita lain.

sebenarnya sang suami ini sudah lama menjalinkan hubungan dengan wanita ini, sebelum mereka berkahwin lagi. tapi si isteri tabahkan hati juga untuk meneruskan perkahwinan tersebut walaupun dia sedar akan kemungkinan yang bakal dia hadapi kelak.

isteri, telah banyak berkorban. dia terpaksa meneruskan perkahwinan mereka kerana tidak mahu memalukan keluarganya yang telah menjemput sanak saudara dan rakan taulan ke majlis perkahwinan anak perempuan sulung mereka. sudah tentu mereka teruja kan tapi bukan rakan kami. dalam diam dia terpaksa mengguna hampir kesemua duitnya untuk membeli segala barang perkahwinan dan juga kenduri.

jojo tidak akan lupa saat mereka dinikahi di masjid. kesemua pihak perempuan berpakaian sungguh cantik tetapi sebalik pula berlaku di pihak lelaki, mereka hanya datang memakai t-shirt dan berseluar jeans saja. omg! masa tuh jojo dapat lihat kesedihan yang terpancar di wajah rakan kami itu.

sebaik saja majlis akad nikah selesai, mereka semua terus balik ke rumah tanpa bergambar bersama keluarga.

kenapa jadi begitu?

sang suami telah memberitahu keluarganya bahawa dia tidak mahu berkahwin dengan isterinya kerana isterinya mempunyai lelaki lain. apa lagi mengamuk la si mak kepada lelaki itu. kata yang bukan2 pada rakan kami sehingga ingin membatalkan majlis perkahwinan tersebut di saat akhir.
tapi rakan kami sanggup menebalkan mukanya bersemuka dengan keluarga bakal mentua supaya meneruskan juga majlis tersebut walaupun dalam hatinya sangat terluka dengan kenyataan tersebut.

sebenarnya panjang ceritanya tetapi jojo hanya ceritakan mana yang penting saja.

semasa hari persandingan mereka, jojo tiba2 rasa macam sebak semacam jek nak pulak melihat wajah rakan kami yang tersenyum walaupun hatinya sudah remuk untuk bersama suami. tapi apakan daya...itu keputusan dia. jojo terima.

sehingga ke hari ini, rakan kami hanya mampu merintih suara hatinya kepada kami. dia seolah2 tidak berdaya lagi untuk berbuat apa2. hanya dia mampu lakukan adalah berdoa kepada Yang Maha Esa...

p/s: jojo sedih sangat dengan dia sebab diorang dah couple for almost 9 years. kenapa boleh jadik macam ni :( itulah di namakan takdir. apa2 pun hopefully rakan kami itu tabah

hugs and besos

No comments: