yeaahaaaa...jojo suka sangatnya bila bunny cakap dia dapat cuti on saturday kan. kalau orang yang tak tau pasal life kita orang sure pelik kan nape jek pasal cuti on saturday ni macam dapat apa jek kan. sebenarnya kerja bunny ni pakai shift. bab cuti memang payah la nak pulak lately ni team diorang tak cukup staff kan lagi la susah. so bila dapat cuti kali ni kita orang punyer la semangat. banyak benda gak plan nak buat tapi buat separuh jek dulu coz end of this month jojo and bunny akan bercuti panjang. yeaaahaaaa lagi!
1stly yang kita orang buat ada la aktiviti mengemas rumah. rasanya macam dah lama jek kita orang tak kemas2 ni :P bongkar dah rahsia. betul! sebabnya kita orang jarang ada dekat rumah. most of the time kita orang banyak spend dekat luar. pagi jek kita orang dah pergi kerja. lil ballerina, kita orang hantar dia dekat rumah my mom. lepas kerja jojo lepak jap rumah my mom. siap boleh dinner lagi kat sana [memang selalu dinner kat sana pun :P]. so bila bunny agak2 nak sampai rumah jek baru la jojo balik rumah.
taadaaaa! ini la living hall kita orang. simple jek. belum banyak perhiasan lagi [sebenarnya jojo tak reti sangat nak berhias bagai ni. so apa yang ada tuh jojo main letak je la]. masa ni baru lepas kemas part living hall ni. kalau tengok yang before this...masyaAllah...scary tau! dengan jarang bersapunya, jarang mop pastu kat area tv tuh boleh la kan bersepah2 dvd kita orang. tapi sekarang tidak lagi. semua dvd tuh jojo dah letak kat rak belakang sofa tuh. rak tuh jojo ambil dekat rumah my mom hahahaha main angkut jek kan.
so inilah hasilnya.
punyer la dah berzaman kan jojo beli cermin ni tapi baru sekarang kasi letak. minta ampun la wayar2 tuh menyemak jap kat kerusi tuh. tuh wayar streamyx. kalau nak tau meja makan tuh macam dah jadi workstation bunny la pulak kan. padahal ada jek workstation dia dalam bilik tuh tapi saja jek tau nak buat dekat situ. bila jojo bising2 pasal meja makan semak, senang jek dia jawab. dia nak buat kerja sambil tengok tv. dalam bilik tuh tv dia kecil jek nak tv besar [sebenarnya dia nak layan bola kan]. tension jek.
simple jek kan? itu la home sweet home kita orang. walaupun ruang dia takde la besar mana pun and nampak macam kosong jek tapi kita orang happy sangat stay dekat situ. environment dia sungguh menenangkan dan takde la scary sangat for me and lil ballerina bila bunny kena shift malam kan.
hugs and besos
simple jek kan? itu la home sweet home kita orang. walaupun ruang dia takde la besar mana pun and nampak macam kosong jek tapi kita orang happy sangat stay dekat situ. environment dia sungguh menenangkan dan takde la scary sangat for me and lil ballerina bila bunny kena shift malam kan.
hugs and besos
No comments:
Post a Comment