Tuesday, September 29, 2009

dear friend

lagu ini untuk my lovely bestfriends - elly, chacha, myra and linda kerana saya rindu bangaaatt sama kamu semua. muaks!

yang lain pun saya rindu jugak cuma diorang takde blog jek:D



Dear Friend, what's on your mind
You don�t laugh the way you used to
But I've noticed how you cry
Dear friend, I feel so helpless
I see you sit in silence
As you face new pain each day
I feel there�s nothing I can do
I know you don�t feel pretty
Even though you are
But it wasn�t your beauty
That found room in my heart

Dear friend, you are so precious Dear Friend

Dear friend, I'm here for you
I know that you don�t talk too much
But we can share this day anew
Dear Friend, please don�t feel like you're alone
There is someone who is praying
Praying for your peace of mind
Hoping joy is what you'll find
I know you don�t feel weak
Even though you are
But it wasn�t your strength
That found room in my heart
Dear friend, you are so precious, Dear Friend

p/s: geng gagak itam...bila mau bergossip lagi ni?

Thursday, September 24, 2009

selamat hari raya

errr...macam lambat la kan nak wish tapi...its ok. yang penting raya sebulan kannn:D

selamat hari raya from me, RK & lil ballerina
maaf zahir dan batin
muaks!

later saya cerita pasal raya okay. saya agak sibuk hari ni memandangkan RK dah start keje so banyak benda nak kena buat.

sebenarnya saya sedang sibuk untuk menjadi isteri mithali ni hahahahaha bila lagi kan? waktu cuti lama ni laa nak mempraktik kan diri menjadi surirumah yang berjaya. cewaaahhh berjaya la sangat kan..

okla RK pun nak balik keje ni. lauk for dinner dah settle. sekarang ni saya mahu buat minum petang. wink wink!

bye peeps!

Thursday, September 17, 2009

bila nak balik ni?

uaaarrghhhhhh lagi 1 jam mau balik!!!

bosannn ok!

time ni saya tengah kesorangan di dalam office. staff yang lain ada keje luar. mr ceo pulak baru jek keluar dengan kawan dia.

bila dah dok sorang ni pandai lak mata ni terkebil2 nak tido kan. aiyooo...jgn tido. kang mamai lak nak drive. dah la aii nak kena masuk kl ni. hopefully lengang la macam pagi tadi:D

bila mengenangkan esok dah start cuti..gagahkan juga la untuk 1 jam yang akan datang ni. weehoooo syiokkknyerr. cuti! cuti! cuti!

esok RK keje. ingat nak stay kat rumah jek. memula plan nak lepak at my mom's place tapi mengenangkan 2nd raya saya mau chow ke ipoh, so batalkan saja niat untuk melihat my mom masak rendang. lihat jekkk hahahaha baju berlambak ok nak kena basuh. kang balik ipoh takde baju lak. baju raya lagi nak kena gosok and...nak buat cookies skit. semuanya nak buat esok kan. pengsan laaa...

owh ya...just for info jek...1st raya, lepas jek sembahyang raya, saya akan follow my family ke bentong. itu wajib. meriah ok kat sana. **jangan lupa bawak tudung** hahahaha tengah hari RK kena dah rush balik kl coz dia kena keje night shift. saya and lil ballerina akan sambung beraya. yeaahaaaaaa

2nd and 3rd raya saya akan berada di ipoh. 1st time ni nak beraya kat sana. sepatutnya last year tapi my BIL baru jek dapat baby so semua orang ipoh turun kl. **aii ni nervous**

raya ke4...saya sudah berada di kl. RK pun dah kena keje. kesian dia. dia baru keje kat sana so susah dapat cuti.

that's all untuk jadual hari raya...buat masa ini. bukan leh caya ni. tetiba boleh jek tukar plan kan.

p/s: seharian dok layan lagu raya@hotfm

Wednesday, September 16, 2009

sangat gembira

yeaahoooooo

tengah menari makyong ni:D

apa2 pun tq tq tq to mr ceo sebab bagi extra cuti...lagi.

actually semalam dia dah approved untuk bagi cuti seminggu next week. then bila dia tengok hari ni ramai la pulak nak apply cuti untuk jumaat ni, dia pun cakap...

"saya bagi cuti jumaat ni dekat semua orang la..."

terus macam tangan saya menggigil sebab kesukaan hahahaha sampai menggigil la kan. tak sabar sebenarnya nak kabarkan pada yang lain. at least save dah cuti mereka and me also:D

kawan baru

ni kes terpengaruh tengok lately ni banyak bebenor kereta letak benda alah ni kan. so saya pun macam terjebak sama la.

semalam masa singgah dekat kedai ubat cina, ada pulak benda ni jual kan. RK memang tau saya suka dengan benda2 macam ni so dia pun belikan la.

anak saya bila nampak jek benda ni dalam plastic beg terus suka! ingat mainan dia. tapi bila saya cakap ni mainan mummy terus muka cebik. jealous la tuh hahahaha

bila dah letak dekat situ lil ballerina macam nak ambik la walaupun tak sampai. muka bersungguh2 ni. siap tunjuk suh saya ambik kan. memang la saya tak akan kasi dia la kan. kang ada pulak butterfly tuh dalam mulut dia.

sehingga ke hari ini lil ballerina masih lagi mencuba untuk ambik benda tuh. nak jugak.

Monday, September 14, 2009

i'm broke!

dah habis duit ni baru puas hati kannn

duit raya yang mr ceo kasi sudah pun saya habiskan. last sekali saya beli baju raya saya. and juga tudung! waaaaaahhh ada reason ok kenapa saya beli tudung. itu pun nak gak cari tudung macam ala2 siti nurhaliza kan. nak gakk nampak jambul ni haa adushhh

1st raya saya akan balik ke bentong. haaa masa ni la gunanya tudung. sebab...nak kena jumpa wan saya. wan saya akan bersyarah panjang jikalau dia tengok cucu2 dia tak pakai tudung ni kan.

memories...

last raya, my 2nd sis balik raya and dia lupa nak pakai tudung. ambikk...berjela2 ok kena. bila my sis keluar jek daripada bilik, kita orang semua bantai gelak. tuh la main aci redah jek kan. kan dah cair taik telinga tuh.

me? cam biasa pandai mengelat. my wan tak boleh nak bergerak sangat sebab kaki dia sakit. so dia akan stay jek kat dalam bilik dia. so masa orang tengah ramai2 salam dia saya pun menyelit sama and sepantas kilat saya akan keluar daripada bilik dia lepas salam. hahahaha masa tuh saya boleh lupa la kan nak bawak shawl saya.

ada sekali tuh tak ingat la raya tahun bila, saya pakai shawl. off course la nampak jambul aii ni kan. lepas dah salam2 tuh, wan saya tanya my aunty, "pesen apa jek si yan tuh pakai tudung?" hahahahaha

owh ya before saya nak balik bentong tuh, memang my aunty akan pesan suh bawak tudung. sebab wan saya dah cakap awal2 dekat my aunt yang dia nak 'sound' saya kenapa sampai sekarang saya still tak pakai tudung lagi.

ehh saya tak kejam sangat tapi ada cousin saya yang sorang ni lagi kejam ok sampai kita orang ni boleh terbeliak biji mata ni haaa...

sebabnya...dia pakai tudung yang macam ustazah selalu pakai tuh ok. maunya tak terkejut. padahal sama jek 2x5 dengan saya ni. cit!

tapi...lepas jek keluar bilik wan saya, amboi... semua tudung dah terbang ok. apa nak jadik la ngan kami semua ni:D

don't worry, insyaAllah satu hari nanti...confident ni sebab saya tau hari2 wan saya doakan kami ni supaya betul2 pakai tudung. bukannya sebab takut kena leter. actually, dia tau jek kita orang ni buka tudung tuh lepas jek keluar daripada bilik dia. nampak sangat tudung tuh macam tak match jek dengan baju kita orang kan huhu

my dad pula sure akan cakap bila tengok perangai kita orang, "korang ni keje menipu jek orang tua tuh kan...dibuatnya masa korang tengah makan dekat hall and tetiba dia boleh berjalan keluar daripada bilik dia..camner? haaa baru padan muka kena leter sampai besok pagi kan."

adushhhhhhh

bila ingat balik pasal ni memang boleh tergelak la. sometimes me and my kakak akan cerita pasal tudung ni. kelakar ok! dah besar panjang buat perangai macam ni. ishh


Saturday, September 12, 2009

Raisin Hunny Muffin

hari ni semangat saya berkobar2 nak masak muffin, cookies and for iftar, roti jala with chicken curry:D

muffin dah masak.

taadaaaaaaaaaa

raisin hunny muffin!

ok..sebenarnya before nak masak muffin ni, off course ada bahan2 dia yang saya nak kena beli. so saya pun decided nak pergi beli barang dekat kedai yang selalu saya pergi.

bila saya masuk jek kedai tuh, MasyaAllah...punyer la ramai makcik2 and kakak2 beli barang. pakcik2 pun ada gak. yang best tuh diorang grab barang macam kedai tuh akan tutup 5 minit lagi and tak kan bukak dah. berebut ok! sampai kan saya ni dilanggar2 jek. agak2 la makcik ooii dengan handbeg nyerr besar gabak kena muka saya ni. langsung takde nak sorry2 ni. ok fine. tak kecik hati pun.

tuh belum lagi bab yang beli barang pastu tak reti nak duduk tepi2 sikit kan. nak gak berdiri tengah jalan. dah la kedai tuh sekangkang kera jek. ok fine. tak kisah.

time beratur nak bayar. dah la panjang ni nak kena beratur. siap main cop2 lagi ni. letak jek bakul kan. lepas tuh ada orang nak lalu belakang saya. mesti la saya nak kena undur lagi. ni....nasib baik tak terlentang ke belakang ok. ntah manusia mana letak bakul yang sarat dengan tepung betul2 belakang saya sampai saya tak boleh nak bergerak. dah tak boleh nak bergerak ni yang makcik nak lalu depan saya ni pun tak boleh nak sabar kejap. tolak jek la saya ni kan. adoiiiii makcik!!! nak buat kuih raya pun sabar2 laaa...cuba kalau saya yang tolak dia. amboiiiii kemain terjenggil biji mata dia kan marahkan saya. sure cakap "tak guna betul budak2 zaman sekarang ni".

saya ni dok dalam kedai tuh kena banyak mengucap sambil urut dada ok.

saya dah serik nak pergi kedai tuh siang2 hari. saya nak pergi waktu malam pulak. hopefully takde la sesesak macam tadi kan.

okla. gtg! nak masak roti jala and chicken curry. lepas berbuka, kalau larat nak masak cookies.

p/s: last nite, RK nak feeling jadi macam jamie oliver. semangat dia study pasal chicken muffin yang dia nak buat tuh. saya nak ambik gambar tapi dia tak kasi. dia malu! hahahahahaha fyi RK memang suka masak juga. cuma saya jek jarang nak kasi green lite sebab kalau dia masak sure dapur saya terbalik. akak jugak nak kena bersihkan:P






Sunday, September 6, 2009

chocolate pudding

taadaaaaaa

chocolate pudding!

punyer la semangat hari ni nak try resepi baru. surfing punyer surfing jumpa yang ni. tapi ni choc pudding yang simple jek.

patutnya nama dia snow choc pudding tapi disebabkan malas nak mencari white choc so letak jek la benda lain. heart shape:D sesuka jek tukar resepi orang kan.

actually, niat di hati nak try sangat melting chocolate pudding. macam best jek kan bila tengok kat tv. so coming soon...saya akan mencuba resepi melting choc pudding. baru jumpa resepi dia yang agak best ni.

Friday, September 4, 2009

princess

last night RK keluar untuk beli barang. sempat la dia belikan something untuk lil ballerina. habis tuh aiii ni macam mana?????

sediihhhhhh...

nak tau dia beli apa?

ni haaa...

siap ada subang ok. habis semua benda saya pakaikan dekat lil ballerina. dia pun diam jek kan.

and last but not least..


mummy dia pun nak feeling jadik princess hahahahahaha princess yang comot!

lepas ni berangan pula nak main barbie doll dengan lil ballerina

lalalalalalalala

my 1st muffin

yeaahaaaaaaaa

saya baru beli oven last week. punyer la excited nak try macam2 kan.


kebetulan last monday kakak saya nak datang berbuka sama. so pagi tuh punyer la semangat fikir nak buat something for my sis.

apa lagi...surfing la cari resepi. jumpa!

choc chip muffin by nigella.

tengok dia buat macam terliur jek kan dekat tv.

my sis cakap ni mesti choc chip kat kedai dah habis kena borong kan hehehe

yerr saya telah meletakkan choc chip di dalam muffin dengan kuantiti yang sungguh melampau. kata excited. mesti la main letak jek kan.

ada dua jenis muffin saya buat. 1 choc chip and 1 lagi white choc.

owh ya my mom kasi kekawan dia muffin ni and tetiba macam ada orang nak order.

aiyooo...camner jek? saya belum buat kira2 lagi nak jual brapa 1 muffin. even my officemate pun nak order gak coz dia nak bawak balik philipines.

esok RK kena kerja shift malam. tengah fikir nak stay kat rumah my mom ke rumah sendiri ni? hmmm...

eh lupa lak. esok saya nak try buat roti jala. kalau kerajinan laaa. RK pulak nak suruh saya buat lasagna. amboii...order saja...eh tak baik melawan. kang kena sengat lagi. takuuuut....

kena buat something yang senang RK nak berbuka dekat office.


Thursday, September 3, 2009

:(

bad day for me...:((

elok jek saya nak keluar rumah...
elok jek saya pakai selipar jepun saya tuh...

masa tuh la ada binatang sengat kaki saya!!!

uwaaaaaaaaaa sakit sangat ok

memula kena gigit tuh rasa macam gigit semut apa jek. sekali bila dibiarkan makin sakit pulak. saya pun terus pijak kaki sendiri sekuat hati dan berlari masuk ke rumah. sebab masa tuh tengah dukung lil ballerina. dia pun macam ala2 nak jatuh jek.

tapi memang sakit giler. bayangkan saya boleh terjelepuk macam ni ke eja dia atas lantai. siap boleh nangis lagi ok. nangis sebab kaki masa tuh rasa sakit sangat, siap ada darah keluar and bila pijak lantai macam tak rasa apa2

RK pula panik2 tanya binatang apa yang gigit. mana laa aiii tau...coz masa tuh tengah dukung lil ballerina pastu keadaan kat luar agak malap masa tuh. pukul 7am. lampu2 dekat korindor dah auto switch off.

tapi seingat saya masa tuh saya ada rasa jari2 halus atas kaki saya. macam kaki spider kot. erk?? spider????? besar tuh..i hate spider!!!

memula ingat still boleh drive and pergi kerja lagi tapi bila sampai at my mom's place, jari2 kaki kanan saya dah start membengkak and berdenyut. rasa2 macam dah jalan senget pastu sure takleh nak tekan pedal ni.

puas jugak la meraya cari klinik 24 jam. nasib baik ada. itu pun kena keluar daripada tsg. masa nak tunggu giliran..mak aii punyer la lama. sebab ramai patient lak pagi tuh. almost 1 hour baru jumpa doc. masa tuh kaki saya dah memang membengkak giler. doc tengok pun terkejut.

disebabkan saya tak tau binatang apa yang sengat saya ni, doc just bagi saya injection supaya poison dia tak merebak ke atas. bukan 1 injection ok tapi 2! menggigil gak laa tengok jarum dia.

the doc said kalau kaki saya still membengkak and rasa kebas, saya kena straight away rujuk ke hospital.

alhamdulillah kaki saya macam dah surut sikit after a few hours. fuhhh...masak gak nak kena pergi hospital. kang dia cungkil lak kaki aku ni kannn. takuuuutt!

lepas tuh boleh pulak masa sahur RK buat tanya soalan ala2 seram kan...

"eh awak selalu kejut saya pakai kaki kan?"

masa tuh saya tengah baring dekat sofa. RK makan dekat sebelah. saya just angguk jek la.

"ntah2 kaki awak tuh kena sengat sebab buat suami macam tuh tak?"

mata saya terus terbeliak.

"kaki mana awak selalu kejutkan saya tuh?"

me

"kanan"

RK

"awak selalu pakai kaki apa?"

me dah sesak nafas ni. "kanan"

RK dah gelak2. "tuh laaa buat lagi macam tuh kat suami. saya memang tak kisah tapi Tuhan marah tau. kan dah bayar cash."

gulp! tak kelakar tau.

uwaaaaaaaaaaaa...tuh la lain kali main kaki2 jek kejutkan suami. malas. sebab lil ballerina dah tido tengah2 so nak kejutkan bangun sahur main sepak2 kaki jek la. haa padan muka.

baik la lepas ni saya tak kan malas guna tangan untuk kejutkan suami. ingat!