Thursday, September 30, 2010

dad vs daughter

saya suka pic ni

inilah aktiviti dua beranak masa bulan puasa hari tuh. asal sampai rumah jek terus dua2 kabut masuk bilik. sorang on pc sorang on laptop. elok sangat la tuh kan

sometimes saya nampak si kecik tuh berdiri kat belakang monitor RK. nak tau dia buat apa?

berjoget lambak ok! dia pasang dvd barney terus dia berdansa kat situ. sakit jiwa mummy dia tengok. lama2 mau roboh gak meja tuh kan

yang pelik tuh boleh pulak RK concentrate buat kerja dia. hmm pelik sungguh. cuba kalau saya yang memekak kat sebelah tuh confirm kena halau keluar daripada bilik :P

3rd raya

hello penang!

orang lain sibuk beraya lagi tapi kita orang sibuk nak pergi holiday. pic masa naik feri. cuba tengok muka lil ballerina. excited giler! dah la elok jek naik ferry dia terus nak bukak baju. dia dok cakap "mummy nak bukak baju!" Poning ok! ini la masalahnya kalau budak kl nampak laut kan **padahal mummy dia sama jek. masa nak tunggu turn naik ferry punyer la macam nak amuk sebab lama sangat haha**

ini pun last minute punyer plan. malam raya baru RK booked hotel dekat sana. lawak ok. ingatkan dia main2 sekali bila tunjuk confirmation slip terus mata ala2 terbeliak jek. biar betul. RK kata alang2 kita balik ipoh, apa kata kita terus pergi penang. holiday. cantik sangat la tuh kan. lagipun during fasting month dia dah kerja teruk kan buat freelance so bila dah settel semua ni RK nak rest pulak before continue yang lain. harus la saya suka!
masa sampai tuh, kebetulan ada star cruise. berangan la kami nak naik benda alah tuh pulak. berangan jek naiknya tak tau bila. ada merisik khabar price dia. boleh tahan gak. gulp!
view daripada balcony bilik. sea view. sungguh teruja. tapi yang tak terujanya bilik ni jauh daripada orang. so kalau malam tuh macam seram sikit nak balik bilik. saya kan penakut :D

sampai2 jek terus order room service. lapar giler ok! walaupun before pergi penang kita orang dah singgah kat kuala kangsar and parit buntar untuk sesi menziarah but still kita orang kelaparan gak

hari tuh hanya sekadar melepak di dalam bilik sambil merehatkan badan. kata 3days kat sini kan. so petang kasi jalan2 jap kat pantai pastu malamnya pula pergi queens bay mall. nak beli pampers si kecik punyer la jauh merayapkan. hotel kita orang kat tanjung bunga punyer la jauh sampai ke sana. besar sungguh queens bay ni. dah macam midvalley lak rasanya

apa2 pun dinner kita orang membedal tako tao aja. sungguh tak adventure tau

ok...will update our 4th raya in penang soon...

p/s: perut sungguh senak sebab makan fried maggie for bfast. mood rajin dah mai. semlm masak kurma ayam untuk bekal hari ni fried maggie lak. bila weekend terasa nak masak lasagna la kalau free. KALAU FREE...hahaha

Friday, September 24, 2010

2nd raya

holla...

daripada malam lagi, b4 tidur kemain lagi RK dok pesan


'kol 7am kita gerak tau. jangan lambat.'

tapi tetap jugak terbabas. 7.30am baru terhegeh2 nak gerak. itu pun sebab dok pening nak bawak apa. kalau setakat nak dok ipoh jek ok lagi tapi disebabkan kita orang akan terus gerak ke penang, terus jadik blur jap. sampai lupa la nak bawak sunblock, swimming suit and float si kecik. terpaksa melabur lagi sekali bila sampai kat penang. hais!


tak ingat pukul berapa baru sampai ipoh. tapi rasanya b4 lunch dah sampai


nothing much dekat ipoh. mostly orang akan datang beraya at nani's house. nak berjalan keluar, nani & wancu tak sihat sangat


belah petang, apa lagi. mood meroyan dah mai. my sil ada buat cuppies for raya tapi disebabkan dia tak dapat datang masa birthday bash lil ballerina hari tuh, dia suruh celebrate lagi sekali **ni tak tau la kali yang ke berapa si kecik ni celebrate birthday dia tau**



nasib baik jumpa lilin sebatang. apa lagi riuh la rumah dok nyanyi birthday song. teruja ok si kecik tuh. aunty2 dia lagi la teruja **mummy dia teruja nak makan cheese cake jek :P**


lepas tuh kita orang sambung lagi meroyan ni. maklum la bila jumpa sils yang sekepala memang macam2 nak buat. my sil ajak main bunga api!

perghh lama giler ok tak main bunga api ni. lil ballerina lagi la. tak pernah main & tak pernah tengok pun

masing2 tak sabar nak tunggu malam haha


tengok tuh. muka serious jek tengok bunga api dia. dia nak pegang tak semua orang tak kasi. so terpaksa la letak kat pasu bunga tuh. itu kalau leka jek memang dia akan pegang bunga api tuh



ok. ini limited edition haha my sil & yours truly pulak nak main. lagi kelakar. kita orang punyer xcited mengalahkan lil ballerina pulak


sila jangan tanya kenapa saya pegang bunga api sampai macam tuh sekali. memang azali lagi penakut ok

and last but not least...bunga api dah habis kita orang layan benda alah yang ada kat tangan lil ballerina tuh pulak. tak tau la apa ke namanya tapi cara mainnya adalah kena lastik ke langit. so bila benda alah tuh turun cantik jek macam heli yang bersinar. sambil tuh layan gosip jap. wajib :D

dah puas melepak kat luar, baru la nak masuk rumah. berpeluh2 tapi kental jek. nak pulak kawasan situ rajin main bunga api yang keluar bunga2 tuh. my sil said diorang ni macam lawan2. rumah sapa yang paling cantik sekali dia punyer bunga api bunga2 tuh. ada tanya berapa price bunga api macam tuh. kononnya nak beli la. skali my sil said, 1 bunga api tuh cost dia dalam rm30. perghh mahaiii la

kalau dah balik ipoh ni memang tak sah kalau tak makan laksa. ai balik ipoh tunggu part nak melantak jek :P lepas dah berpanas kat luar main bunga api, it's time to eat! laksa time! yummy!

p/s: my sil dah pesan. next time balik ipoh bawak 'swimming pool bergerak'. beli yang besar sikit so nanti ramai2 boleh berendam kat luar. RK dah geleng kepala bila dengar haha

Wednesday, September 22, 2010

1st raya

...baru la nak update...

ini adalah permintaan aunty chacha dia yang nak sangat tengok lil ballerina pakai baju kurung

tadaaaaa


tengok tuh! habis keayuann dengan mulut ternganga bila ambik pic kan. ni kalau mak mentua tengok pun reject hahaha habaq mai sikit mak mentua mana nak reject? meh aku kasi tengok dulu anak dia :P **blom apa2 dah garang macam ibu mertuaku**


boleh kena heart attack nak ambik mood si kecik ni ambik pic. ikut suka hati dia jek nak bergambar macam mana kan. lantak la janji dia tak merengek pakai baju kurung


"lambat bebenor paksu ni nak kasi duit raya. ira nak check schedule jap la untuk hari ni."

time ni kelakar ok. my lil bro nak kasi duit raya kat dia tapi dok bukak2 semua sampul. takut tersalah kasi. lepas tuh dah jumpa sampul untuk si kecik ni, boleh pulak mood dia cranky. terus melalak bila paksu dia hulur duit raya. ingat paksu dia nak marah dia hahaha adoi

fyi, lil ballerina ni takut bebenor ngan paksu dia. asal paksu dia ada jek confirm lil ballerina akan jadi budak yang paling sopan di dunia

this year, 1st time bagi lil ballerina pakai baju kurung. punyer la excited mencari baju kurung dia. memang banyak tapi mummy dia pulak yang cerewet sangat. ada jual baju kebaya for 2years kid tapi saya tak berminat coz for me biarlah dia pakai baju yang menampakkan dia still toddler. no heels and no handbeg ok. pls laa...baru umur 2 tahun nak pakai macam budak 12 tahun. oh tidak!

1st raya seperti biasa adalah beraya di kl and bentong.

before sembahyang jumaat, me, RK and lil ballerina pergi beraya dulu dekat rumah sedara-mara side RK. pergi jumpa dulu his mom. meriah ok! sebab semuanya adik beradik my mil berkumpul kat jelatek.

then balik rumah, sembahyang jumaat lepas tuh terus gerak balik bentong lak. sampai sana macam lupa la nak ambik pic kan especially time saya pakai tudung litup balik rumah wan hahahaha terbeliak mata wan saya. mati2 dia ingat cucu dia yang sorang ni dah insaf kan. sekali bila pergi beraya rumah paklang terus terbang jek tudung cucu dia ni. but don't worry wan, cucumu ini akan bertudung tidak lama lagi. aminnnn

lepas dah settle semua beraya kat bentong terus rush balik kl. itu pun dah maghrib baru sampai rumah. apa lagi terus membongkang jek la kat rumah memandangkan esok nak balik ipoh lak dan seterusnya berholiday di penang on 3rd raya wink wink

serius 1st raya jek raya semua lemak2 yang hilang during fasting month sudah timbul kembali haha tak boleh tahan tengok nasi impit letak rendang ayam pastu kasi banjir dengan kuah kacang. perghhh nikmat ok! boleh dok ulang berhari2

Friday, September 3, 2010

meredah jam untuk pergi ke office adalah tidak elok untuk otak saya ok

6.30am dah kabut keluar rumah bcoz RK nak kena hantar freelance job dia kat someone. dekat area salak south ok. perghh punyer la jam nak pergi area sana. lepas dah hantar benda alah tuh nak kena redah jam lagi untuk hantar dia ke jalan tun razak pastu heading to sri hartamas

nasib baik la before 8.30am saya dah boleh sampai office

tapi macam kepala ni tiong2 la sebab tekanan tengok jam sana sini. agaknya macam mana la perasaan and mental orang yang kena redah jam hari2 ni...

owwhhh thank god today is friday. yeaaa!

and next week lak only 3 days working then cuti sampai 19 sept. phewww sungguh indah

Wednesday, September 1, 2010

next week nak raya dah?

kalau selalu macam ala2 lupa daratan dok dengar seoul fm but this time dah kembali mendengar local radio...sebabnya nak dengar lagu raya! yeahaaaa bunyi handphone kat sini dah macam2 lagu yang keluar. alaa meriahnya rasa

macam kejap jek this year puasa. cewah. and sampai ke hari ni alhamdullillah saya still puasa wink wink

tapi...

saya belum beli baju raya ni! next week dah nak raya. tolong!!! akan ku gigihkan juga redah mall weekend ni

nasib baik semalam jumpa baju kurung untuk lil ballerina. tuh pun takde plan sebenarnya. kebetulan beli groceries kat hsc jumpa bazaar yang jual baju kurung yang sungguh comel. hopefully akan jumpa lagi sepasang untuk si kecik. this year first time lil ballerina nak pakai baju kurung ok. so mummy and si kecik sungguh excited nak membeli. sepasang for balik bentong and sepasang lagi untuk balik ipoh. baru la adil dua2 kampung dapat tengok lil ballerina pakai baju kurung

on the otherhand, dapat called from chairman's pa. last monday, masa dia stop kat traffic light, kereta dia kena pecah tingkap and diorang ambik handbeg dia. habis semuanya diorang sapu. kebetulan pula masa tuh dia nak ambik handphone dia, sekali elok dia nak bukak beg, terus pencuri tuh pecah tingkap and grab. she said benda tuh berlaku macam kejap giler.

giler scary ok bila dengar cerita dia. until now dia still rasa trauma. asal ada motor stop sebelah kereta dia jek, terus dia mcm takut. after accident tuh terus dia drive pergi rumah chairman. dah terlampau takut and panik terus dia tak fikir apa2 dah

makin menjadi2 la diorang ni. nak plak nak raya ni kan. hmm...so to ladies out there, please be extra extra careful. walaupun brutal macam mana kita bila dah jadi macam ni mesti akan panik

minta dijauhkan la

p/s: sedang menantikan mr ceo. waahh selalunya tak kosa ok nak tunggu but this time harusla tunggu. nak plak nak raya ni. he promised nak kasi something hari ni. jeng jeng jeng sungguh excited