Wednesday, September 22, 2010

1st raya

...baru la nak update...

ini adalah permintaan aunty chacha dia yang nak sangat tengok lil ballerina pakai baju kurung

tadaaaaa


tengok tuh! habis keayuann dengan mulut ternganga bila ambik pic kan. ni kalau mak mentua tengok pun reject hahaha habaq mai sikit mak mentua mana nak reject? meh aku kasi tengok dulu anak dia :P **blom apa2 dah garang macam ibu mertuaku**


boleh kena heart attack nak ambik mood si kecik ni ambik pic. ikut suka hati dia jek nak bergambar macam mana kan. lantak la janji dia tak merengek pakai baju kurung


"lambat bebenor paksu ni nak kasi duit raya. ira nak check schedule jap la untuk hari ni."

time ni kelakar ok. my lil bro nak kasi duit raya kat dia tapi dok bukak2 semua sampul. takut tersalah kasi. lepas tuh dah jumpa sampul untuk si kecik ni, boleh pulak mood dia cranky. terus melalak bila paksu dia hulur duit raya. ingat paksu dia nak marah dia hahaha adoi

fyi, lil ballerina ni takut bebenor ngan paksu dia. asal paksu dia ada jek confirm lil ballerina akan jadi budak yang paling sopan di dunia

this year, 1st time bagi lil ballerina pakai baju kurung. punyer la excited mencari baju kurung dia. memang banyak tapi mummy dia pulak yang cerewet sangat. ada jual baju kebaya for 2years kid tapi saya tak berminat coz for me biarlah dia pakai baju yang menampakkan dia still toddler. no heels and no handbeg ok. pls laa...baru umur 2 tahun nak pakai macam budak 12 tahun. oh tidak!

1st raya seperti biasa adalah beraya di kl and bentong.

before sembahyang jumaat, me, RK and lil ballerina pergi beraya dulu dekat rumah sedara-mara side RK. pergi jumpa dulu his mom. meriah ok! sebab semuanya adik beradik my mil berkumpul kat jelatek.

then balik rumah, sembahyang jumaat lepas tuh terus gerak balik bentong lak. sampai sana macam lupa la nak ambik pic kan especially time saya pakai tudung litup balik rumah wan hahahaha terbeliak mata wan saya. mati2 dia ingat cucu dia yang sorang ni dah insaf kan. sekali bila pergi beraya rumah paklang terus terbang jek tudung cucu dia ni. but don't worry wan, cucumu ini akan bertudung tidak lama lagi. aminnnn

lepas dah settle semua beraya kat bentong terus rush balik kl. itu pun dah maghrib baru sampai rumah. apa lagi terus membongkang jek la kat rumah memandangkan esok nak balik ipoh lak dan seterusnya berholiday di penang on 3rd raya wink wink

serius 1st raya jek raya semua lemak2 yang hilang during fasting month sudah timbul kembali haha tak boleh tahan tengok nasi impit letak rendang ayam pastu kasi banjir dengan kuah kacang. perghhh nikmat ok! boleh dok ulang berhari2

1 comment:

~chacha~ said...

woooo chomellnya menantu aku tu..
rindu diaaaaaaaaaaa!!!