Friday, September 24, 2010

2nd raya

holla...

daripada malam lagi, b4 tidur kemain lagi RK dok pesan


'kol 7am kita gerak tau. jangan lambat.'

tapi tetap jugak terbabas. 7.30am baru terhegeh2 nak gerak. itu pun sebab dok pening nak bawak apa. kalau setakat nak dok ipoh jek ok lagi tapi disebabkan kita orang akan terus gerak ke penang, terus jadik blur jap. sampai lupa la nak bawak sunblock, swimming suit and float si kecik. terpaksa melabur lagi sekali bila sampai kat penang. hais!


tak ingat pukul berapa baru sampai ipoh. tapi rasanya b4 lunch dah sampai


nothing much dekat ipoh. mostly orang akan datang beraya at nani's house. nak berjalan keluar, nani & wancu tak sihat sangat


belah petang, apa lagi. mood meroyan dah mai. my sil ada buat cuppies for raya tapi disebabkan dia tak dapat datang masa birthday bash lil ballerina hari tuh, dia suruh celebrate lagi sekali **ni tak tau la kali yang ke berapa si kecik ni celebrate birthday dia tau**



nasib baik jumpa lilin sebatang. apa lagi riuh la rumah dok nyanyi birthday song. teruja ok si kecik tuh. aunty2 dia lagi la teruja **mummy dia teruja nak makan cheese cake jek :P**


lepas tuh kita orang sambung lagi meroyan ni. maklum la bila jumpa sils yang sekepala memang macam2 nak buat. my sil ajak main bunga api!

perghh lama giler ok tak main bunga api ni. lil ballerina lagi la. tak pernah main & tak pernah tengok pun

masing2 tak sabar nak tunggu malam haha


tengok tuh. muka serious jek tengok bunga api dia. dia nak pegang tak semua orang tak kasi. so terpaksa la letak kat pasu bunga tuh. itu kalau leka jek memang dia akan pegang bunga api tuh



ok. ini limited edition haha my sil & yours truly pulak nak main. lagi kelakar. kita orang punyer xcited mengalahkan lil ballerina pulak


sila jangan tanya kenapa saya pegang bunga api sampai macam tuh sekali. memang azali lagi penakut ok

and last but not least...bunga api dah habis kita orang layan benda alah yang ada kat tangan lil ballerina tuh pulak. tak tau la apa ke namanya tapi cara mainnya adalah kena lastik ke langit. so bila benda alah tuh turun cantik jek macam heli yang bersinar. sambil tuh layan gosip jap. wajib :D

dah puas melepak kat luar, baru la nak masuk rumah. berpeluh2 tapi kental jek. nak pulak kawasan situ rajin main bunga api yang keluar bunga2 tuh. my sil said diorang ni macam lawan2. rumah sapa yang paling cantik sekali dia punyer bunga api bunga2 tuh. ada tanya berapa price bunga api macam tuh. kononnya nak beli la. skali my sil said, 1 bunga api tuh cost dia dalam rm30. perghh mahaiii la

kalau dah balik ipoh ni memang tak sah kalau tak makan laksa. ai balik ipoh tunggu part nak melantak jek :P lepas dah berpanas kat luar main bunga api, it's time to eat! laksa time! yummy!

p/s: my sil dah pesan. next time balik ipoh bawak 'swimming pool bergerak'. beli yang besar sikit so nanti ramai2 boleh berendam kat luar. RK dah geleng kepala bila dengar haha

No comments: