Friday, November 19, 2010

scary!

ada baca kat blog someone pasal dia kena amukan dengan mat rempits. habis kereta dia. naik bulu roma bila baca. nasib baik dia takde apa2. alhamdullilah

tiba2 macam teringat masa zaman saya muda2 dulu. cewah!

masa zaman belum kahwin daa. biasa la asal habis kerja jek bukan reti nak balik rumah. ada jek tempat nak merayap kan

just wanna share with u guys

-babak pertama-

masa tuh saya from bangsar. so nak heading to gombak harus la ambik jalan depan bsc and kiara. masa tuh pukul 11pm kot

elok jek saya stop kat traffic light menghala ke kiara, ada satu kereta ni stop sebelah saya. sama jenis kereta. masa tuh saya pakai kereta ikan kelisa saya

at fist macam toleh2 mcm tuh jek la. hmmm sempat lagi cakap cute bila tengok bebudak lelaki kat kereta sebelah

sekali boleh la diorang kejar kereta saya. siap highbeam, honk and segala bagai la

cuak ok! walaupun cute tapi just imagine bila diorang dapat...

TAKUTNYA!!!!

serius saya pecut sampai pedal boleh rasa kat lantai ok!

luckly la situ adalah tempat saya mencari makan. harus la keluar masuk simpang untuk mengelak diorang

akhirnya diorang hilang jugak

fuhhh balik dalam keadaan terketar2 ok

-babak kedua-

tempat yang sama juga. traffic light yang nak menghala ke kiara. berhantu seh gamaknya tempat tuh. maybe sebab sunyi. or maybe sebab ada orang tak reti nak balik rumah walaupun masa tuh dah nak tengah malam kan

ada satu motor ni stop sebelah saya

saya jeling2 jek sebab this time tak berani nak tengok lebih2

ok lega sikit sebab this guy bawak gf dia. tapi gf dia mak aiii seksi ok! ko naik motor tengah malam pakai baju macam tuh apa kes? tak sejuk ke

ok fine masa tuh saya membebel sorang2 ok tengok minah tuh

elok jek lampu hijau, motor tuh bla dulu. kata motor harus la speeding dulu kan. elok saya nak tekan pedal, ada beberapa bijik motor lalu kiri kanan saya

ok time ni saya menggigil

tapi tak lama la sebab lepas tuh diorang speeding. fuhhh

rupanya...diorang pergi kacau motor yang ada couple tadi tuh. diorang dok tarik2 baju minah tuh. at first ingat geng2 diorang tapi lain macam jek tengok. makin lama macam baju that girl dah koyak ok

oh my god! saya panik lagik ok

disebabkan panik saya tekan minyak sekuat hati. tapi sempat lagik la tengok thru cermin. diorang makin galak

yang sempat saya buat ialah berdoa jek supaya ada kereta lain yang gagah perkasa lalu di tempat tuh. saya takut giler ok!

-babak ketiga-

balik waktu yang sama jugak. selagi jarum tuh tak cecah angka 12 payah bebenor nak balik kan. konon young & dangerous laa

sekali dapat call...

belum jawab apa2 dah kena sergah

"ko ni nak jadik gangster ke? dah tengah malam tak reti nak balik! balik skang!"

ayahanda dah sound tepek daaaa

dan disebabkan jeritan tersebut, terus jarang balik lewat. baru reti nak takut dengan ayahanda sendiri hahahahahaha

oh ya...rupanya sesapa yang balik lewat tuh dikira sebagai gangster

kepada cha & elly...korang adalah gangster ok :P

1 comment:

NiRa said...

jap jap...nak tune skit....
HaHaHAHAHAHAHAHAHAAAA