Tuesday, November 25, 2008

bikin aku naik angin jek

besos to everyone
hari ni office sunyi jek sebab tak ramai yang ada. so bila takde orang ni mula la phone office berduyun2 masuk kan. adala satu call ni..mintak no hp ada staff ni. so aku kasi la. then dia call jojo balik and tanya..
"tadi i sudah call itu no tapi takde orang jawab. kenapa dia tak jawab?"
aiishhh!!! soalan ko tuh buat aku marah la kan. mana la jojo tau kenapa dia tak jawab phone dia. ingat jojo ni tukang jaga hp orang ke? ni bleh bikin marah...tapi jojo jawab baik2 la kan walaupun cara dia tanya tuh menyakitkan hati. lepas tuh dia tanya apa ntah lagi jojo letak jek phone. malas nak layan sbbnya orang tuh call dah lebih 10 kali tau tanya benda yang sama. sabar la. person incharge tuh dah keluar buat benda yang dia request tuh. bawak bersabar la.
hugs and besos

Sunday, November 23, 2008

:D

besos to everyone

1st day dapat kereta. punyer la jakun kan. plastic pun tak buka lagi. muka tuh tak yah cakap la. comot betul and...KEMBANG!

driving. masa ni hantar my mom pergi ssf at sg buloh. malas nak turun. so apa lagi ambil gambar laaa...:D

tak tahu la apa jek yang lil bellerina cuba buat. asyikla angkat kaki dia kan. mentang2 la tempat dia dah luas kat depan kan. selalunya view dia macam ala2 tak luas jek

hugs and besos

hari terakhir

besos to everyone


pic ni jojo ambil masa nak hantar my 1st love ke used car. bunny drive kereta tuh. sepatutnya jojo yang drive tapi macam tetiba nak emo kan so jojo suruh bunny yang drive and jojo drive my dad's car jek. sedih wooo WALAUPUN it's just a car...

kereta itu bukan sekadar kereta saja. kereta itu penuh dengan kenangan yang tak mungkin jojo boleh lupa.

macam mana boleh jojo ada kereta tuh?

kereta tuh adalah pemberian my dad. walaupun kereta tuh takdela sehebat mana tapi ia cukup bermakna buat jojo. my dad belikan kereta tersebut kerana masa tuh jojo tengah frust giler2 dengan my 1st love. masa tuh jojo punyer frust jangan cakap la. miserable giler! sampaikan my mom boleh menangis sebab dia tengok jojo menangis every single day+hidup jojo bergantung pada ubat and doktor+jojo langsung tak nak berjumpa dengan sesiapa.

sampai la satu hari, my dad masuk bilik jojo [for info, my dad tak suka and tak pernah masuk bilik jojo coz dia tak suka tengok bila jojo yang penuh dengan posters and patung. semak fikiran. kata my dad la] and tanya apa yang jojo nak. and i said..i want my happiness back. so esoknya my dad suruh jojo pergi register driving class coz dia nak belikan jojo kereta sebaik saja jojo dapat lesen.

a month after jojo dapat lesen, akhirnya jojo dapat that car. jojo ingat lagi. jojo dapat kereta tuh december 2004. my dad pesan, pergi enjoy dengan kekawan. my dad kata dengan adanya kereta, senang jojo nak pergi mana2 tempat yang jojo nak pergi. yes! memang betul cakap my dad. kerana kereta tuh, jojo dapat lupakan my 1st love...

kawan yang pertama naik kereta tuh adalah myra. senang ajak dia keluar coz dia stay dekat sebelah rumah jojo jek:D asal hari cerah jek sure jojo akan call dia and ajak dia keluar. memang seronok giler. kita orang merayau like macam takde arah tujuan.

p/s: kereta jojo tuh pakai kaset. selalu kena ketawa dengan kekawankan. cakap my car tak moden. huh! and 1 more thing...apa yang jojo cerita ni bukan bermakna jojo still ingatkan my 1st love. ia sekadar cerita pasal kereta itu saja. takde masa tau nak ingat pasal my 1st love tuh. jojo dah buang jauh pun...

muaks BUNNY and LIL BALLERINA!

hugs and besos

Friday, November 21, 2008

my 2nd love

besos to everyone


yeaahaaa...jojo sudah 'menemui' cinta kedua jojo:D punyer la semangat jojo bangun pagi, kemas rumah, basuh kain and mandi sambil menunggu call daripada salesperson:D dan bila salesperson tuh sms jek bunny...dengan sepantas kilat kita orang drop kejap lil ballerina at mom's and after that terus ke selayang.

leganya dah dapat my 2nd love ni.

hugs and besos

Wednesday, November 19, 2008

besos to everyone

sungguh seronok kerana:


  • akhirnya settle juga pasal job advertisement ni. tadi dah deal dengan orang nst untuk advertise esok, jumaat and sabtu. jobstreet pun settle. jojo dah pun create and advertisekan advertisement tuh. sekarang ni jojo just tunggu resume candidates yang berminat. mari2...

  • my ceo aka my boss akan ke kedah petang ni. esok petang baru dia balik. rileks sikit la otak jojo ni sampai petang esok:D

  • my cuti dah approved! tapi sempat lagi la kena sindir kan. my boss tanya, "Yan nak cuti ni sebab sakit lagi ke?" mentang2 la jumaat lepas jojo ambil mc kan. tapi xpe. janji dia kasi lepas walaupun terpaksa bagitau dia hal yang sebenar [sebenarnya jojo malas nak bagitau dia. tak suka dia tau jojo nak buat apa ambil cuti ni].

tadi sempat juga la jojo chat dengan khalil while my boss tengah meeting. kesian dia. dah 7 bulan dia break dengan gf dia yang dia dah couple 8 tahun and sekarang dia tak boleh nak accept yang gf dia dah tinggalkan dia+berubah and pergi pada orang lain. hmm jojo pun tak tahu la nak advise si khalil ni macam mana kan. khalil ni memang dah tak boleh nak ditolongkan lagi. penat dah jojo cakap macam2 even kakak gf dia pun dah suruh lepaskan gf dia tapi dia still TAK NAK lepaskan gf dia tuh. macam mana jek ni? nasib baik gf dia ada dekat australia. kalau dekat ni maunya dia terpacak depan gate hari2 kan. actually gf dia ni bestfriend jojo. khalil ada suruh jojo pujuk gf dia ni tapi jojo tak nak la masuk campur. jojo kenal sangat bestfriend jojo yang sorang ni. kalau dia tak cerita problem dia dekat jojo or selagi dia tak bukak cerita pasal love life dia selagi tuh la jojo tak kan bukak mulut. my bestfriend ni kalau tak cerita tuh maknanya dia belum ready lagi nak share problem dia dengan sesiapa pun. itu style dia. sorry khalil...


owh yaa..last night ada drama sikit berlaku antara lil ballerina dengan bunny. jojo yang tengah berkemas dekat dapur boleh la terus lari ke hall bila dengar lil ballerina menangis beria2. lil ballerina ni kalau tak bersebab dia tak kan nangis sampai macam tuh sekali. rupanya masa bunny tengah susukan dia, bunny terketawa kuat masa tengok tv. apa lagi lil ballerina yang tengah layan sedap susu tuh terkejut giler laa. terus dia menangis sekuat hati dia. sampaikan bunny pujuk berkali2 pun dia tak nak juga. siap menjeling lagi dekat dad dia. so terpaksa la jojo pujuk lil ballerina. lama juga la dia merajuk dengan bunny. sampaikan bunny usik pipi dia pun dia menjerit kuat. aiyooooo...

hugs and besos

Tuesday, November 18, 2008

Ressa Herlambang

besos to everyone



..."menyesal"...

hugs and besos

bz...........

besos to everyone
bz bz bz...
  • jojo kena settle semua hal yang berkaitan dengan my previous car coz this coming friday jojo dah boleh ambil my new car [sepatutnya khamis tapi boleh la kan salesman tuh ada hal. ish dia tak tahu ke yang jojo ni asyik la kecut perut drive kereta yang ada sekarang ni].
  • lepas jek bos balik daripada jakarta terus dia kasi kerja yang menggunung pada jojo. jojo terpaksa 'slow' kan sikit untuk settle kerja2 tuh coz ada di antara kerja tersebut memerlukan jojo ke putrajaya. maybe next week la jojo pergi. kalau nak pergi dalam this week memang jojo boleh tersangkut la tengah jalan. tak nak!!!
  • my boss nak cari staff baru. EVENT EXECUTIVE. memerlukan segera. kalau boleh start kerja by next week. aiyaaa camner jek. jojo baru nak advertise. boleh jek sebenarnya jojo start advertise esok tapi macam hari ni boss tak masuk office lagi kan. nak minta dia sign kan cheque for payment lagi. kalau thru internet senang jek tapi thru paper? kena tunggu hari mana yang free. hmmm...kepada sesiapa yang berminat boleh la email terus kepada jojo or syruzcorp@gmail.com
  • to khalil, nanti aku tolong ko settle problem ko ok? sorry sesangat tak dapat nak layan ko dekat YM. ko just tunggu jek ur gf tuh habis exam then baru la ko kacau dia. aku pun tak berani nak kacau *****. sabar je la k. kalau ada jodoh tak kan ke mana.

hugs and besos

Thursday, November 13, 2008

goodbye

besos to everyone

..."goodbye my lover...goodbye my friend..."

at last, my nervous dah hilang. peeuwww...lega rasanya bila salesperson tuh called jojo pagi tadi. kata my loan dah approved. dua bank pulak tuh. so dia suruh pilih mana yang jojo nak. mana bank nak pilih tuh i need bunny's approval dulu coz he's the one yang nak bayar nantikan:D

hari ni jojo plan nak ambil halfday coz nak kena sign agreement semua tuh. my previous car pun dah nak kena hantar juga. uwaaaa sedih pulak bila masuk bab kereta kesayangan jojo tuh kan. tapi takpela...:( [my bos bz pulak meeting dekat luar. camner jek nak mintak approval ni?].

p/s: mcm bercinta dengan kereta pulak rasanya. my 1st car tuh. kira cam 1st love jugak la kan...

hugs and besos

Tuesday, November 11, 2008

besos to everyone

aarrghh kenapa hati jojo ni berdebar2 ek? since banker call terus jek macam tak tenteram kan. padahal semua info yang jojo kasi semuanya betul. takde tipu2 pun. tapi ntah la. agaknya jojo ni paranoid sangat kot. yelah mana jek tak risau esok or lusa maybe kereta kesayangan jojo tuh dah nak kena ambil. uwaaaaaaa sedih....

hari ni kalau lift dekat rumah jojo tak berfungsi lagi, memang jojo decide nak overnite dekat mom's jek. tak sanggup wooo nak panjat tangga tuh sampai tingkat 9 macam semalam. ingatkan bila suruh bunny dukung lil ballerina and jojo just angkat beg baby jek, jojo ok. sekali TIDAK! boleh la kan sampai jek 5th floor jojo dah macam nak merangkak jek. bunny and lil ballerina dah jauh naik ke atas. siap boleh dengar suara lil ballerina borak ngan dad dia lagi. masuk jek rumah terus nak landing sebelah lil ballerina sekali kena marah dengan bunny daaa...dia kata tak boleh terus duduk and baring. iyer ke? jojo rasa macam nak nangis jek bila dia suruh jojo berdiri kejap. lutut jojo dah terketar dibuatnya.

dah malam sikit around 8.30pm, tetiba jojo teringin nak makan mcflurry mcd yang baru tuh. apa hotfudge ntah nama dia. ingat nak pergi beli sekali baru teringat yang lift rumah jojo tuh still tak boleh pakai lagi. nak cari nahas agaknya nak turun and panjat lagi sekali. tapi nasib baik bunny kesiankan jojo yang sungguh teringin nak makan mcflurry tuh. dia sanggup turun pergi beli and again..kasi panjat itu tangga. thanks bunny! [sebenarnya dia ada agenda lain. dia nak pergi beli rokok. kalau bukan sebab rokok dia dah habis rasanya mau ke dia nak layan craving jojo yang bukan2 ni? hehehe].

omg! kenapa ni? berdebar tak habis lagi ni???? letih la macam ni...

p/s: jojo paksa elly menjadi head of hr & admin bila banker call nanti hahaha jgn ditanya kenapa. elly..nanti aku tolong kau balik ok. janji!

hugs and besos

empty

besos to everyone

everytime jojo baca blog orang sure ada yang letak video clip kan. so hari ini jojo nak kasi test sikit. ini pun belajar daripada elle. punyer la buta blog jojo ni kan:D



suka lagu ni. macam ala2 sayu jek. sesuai dengan situation jojo yang akan berpisah dengan my lovely car. eh tapi apa jek kena mengena lagu ni dengan kereta jojo? suka hati laaa kan...

p/s: selama jojo blogging ni elle adalah tempat rujukan jojo hehehe thanks elle!

hugs and besos

Monday, November 10, 2008

......

besos to everyone

my 1st sis dah fly balik ke manchester last friday. jojo tak dapat hantar dia kat klia coz lil ballerina tak sihat sangat after dia kena 'cucuk' khamis tuh. ntah bila la jojo boleh jumpa my 1st lagi kan. sad:(

hari ni boleh la kan lift rumah jojo rosak. dua2 pulak tuh. tak pasal2 jojo kena turun tangga sambil mendukung lil ballerina. nasib baik tingkat 9 kalau 19?? mau pulak jojo pengsan kan. ni pun dah terasa sakit2 bahu. isshh...hopefully bila jojo balik keje nanti lift tuh elok laa. kalau tak mau pulak jojo nak overnight at mom's jek. tak sanggup jojo nak panjat tangga tuh. yang lil ballerina punyer la suka kan sambil sengih2.

hari ini juga bunny call and bagitau yang used car nak ambil kereta jojo hari ni or esok. dah la kereta yang bunny order tuh sebulan baru dapat. omg!!! macam mana jek jojo nak pergi kerja ni?? dah la public transport takde dekat sini. aiyaaaa...terus jojo call my mom cakap yang jojo nak pinjam kereta dia. tetiba jojo rasa sayu pulak nak let go kereta kesayangan jojo tuh. my 1st car la katakan. sure sedih punyer. nak pulak banyak memories kan. uwaaaaa sedih niii...

macam takde mood jek nak buat kerja ni..mengenangkan perpisahan jojo dengan my lovely kereta:(

hugs and besos

Saturday, November 8, 2008

family dinner@PanPacHotel

besos to everyone

wednesday::5 nov 2008

i had a great nite dinner together with my family. bukan senang tau kita orang satu family nak gathering macam ni coz my 1st sis and her hubby sememang jarang balik ke malaysia. so bila diorang balik ke sini, macam meriah la family MY. and off course..my dad adalah orang yang paling happy sekali bila dapat jumpa dengan semua anak dia and in laws:D

bila dah berkumpul macam ni, mula la macam2 gossips and talks yang keluar. kalau bab menyakat tuh jangan cerita la. my 2nd BIL memang suka menyakat semua orang especially my lil bro. itu wajib!




my 2nd sis. abit crazy sikit:D memang habit dia macam tuh. selamba. itu nasib baik her hubby ambik pic dia. kalau tak maunya my BIL tuh join sekali kan. silap hari bulan diorang pulak yang perform dekat situ kan.










me! jojo pun nak jugak bergambar dengan diorang ni. cuma jojo malas nak berdiri sebelah diorang jek:D











omg! cuba la lihat saya. sungguh la membesar dengan sihat kan. i'm bigger than my BIL! lupa pulak nak tarik nafas kan before ambik pic tuh [ada perbezaan ke kalau tarik nafas huhuhu]









kalau orang lain makan main course dulu tapi jojo suka makan desserts dulu haha









my 1st BIL sungguh la terkejut dengan pemakanan jojo kan. dia kata orang baru sekali ambik jojo dah berkali2 menyental makanan dekat situ kan. siap boleh lawan makan dengan my 2nd BIL tuh hahaha sorry la...bab buffet ni memang jojo suka sangat. dulu masa berdua jek dengan bunny, memang kerja kami menyental buffet sahaja. macam2 hotel la kami try kan. tapi sekarang bila dah ada lil ballerina, kami lagi suka buffet di rumah saja:D

okla...for more pics, just bukak my friendster and facebook.

hugs and besos

Wednesday, November 5, 2008

tagged lagi...

besos to everyone

thanks elly. memang sudah lama ku tunggu soalan sebegini:D

WHAT IF YOUR EX SAY THIS TO YOU?

1. Hi how are ya?
=apasal sibuk nak tau?

2. Hey! You wanna go to the mall?!
=sapa nak pegi dengan ko?

3. I LOVE U..
=dulu boleh la ko cakap macam tuh. sekarang ni TALK TO MY BUTT OK!

4. Do u want some cookies?
=tengok muka ko jek terus aku takde selera

5. Can we take a picture??
=nak buat apa? bukan gambar aku banyak kat ko ke? pulangkan balik boleh tak?

6. Here is my gift to you...
=terus campak dalam tong sampah

7. Let us just be textmates
=takde masa. buang kredit aku jek

8.Do you want me to buy you an ipod?
=ipod??? hey hello...laki aku boleh belikan laaa

9. Lets sit together in the bus
=bus??? mana sport car ko yang ko banggakan sangat tuh? dah jadi besi buruk ke

10. Hi baby
=i'm not ur baby ok!

11. Your still handsome/beautiful!
=baru tau ke? tuh la sapa suh tinggalkan aku dulu kan. menyesal la tuh. padan muka!

12. I still LOVE you!
=laaa tau ke LOVE tuh apa? ingat kan tak tau...

13. Can I visit your house?
=ada aku jemput ko datang ke?

14. Do you love me?
=dulu la. sekarang ni I LOVE RK SOOOO MUCH OK. he's much much better than u.

seronok giler tau jawab soalan ni...so pada sesapa yang nak jawab soalan ni..silalah. jangan malu2...

hugs and besos

Tuesday, November 4, 2008

tagged!

besos to everyone

RULE #1 People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any 1 questions that they dislike with a new question formulated by themselvesRULE #2 Tag 5 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tagged by and continue this game by sending it to other people.

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
=tumbuk muka dia! pastu bla jek and pergi shopping!!!

2. If you can have a dream to come true, what would it be?
=hmmm ada banyak. nak kena fikir jap...

3. Whose butt would you like to kick?
=******. ish cannot say la that name. kang dia lari lak bila tau jojo nak kick his butt. he's such a coward tau.

4. What would you do with a billion dollars?
=waaaaa...banyak giler nak buat tau. sampai esok pagi pun tak habis nak cakap. sanggup ke?

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
=semestinya...being loved by someone!


7. How long do you intend to wait for someone you really love?
=boleh tak kalau tak nak tunggu? tak suka la nak tunggu2 ni. ingat ni bus stand ke nak tunggu2?


8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
=next!


9. What do you pray each day for your loved one?
=naik gaji! boleh la bunny belikan honda crv for me hahahaha


10. What bother u the most?
=orang yang sibuk2 nak tengok ada xcident tapi tak tolong pun. pastu disebabkan sikap penyibuk diorang tuh jalan jadik jem. tak ke bangang namanya tuh

11. How would you see yourself in ten years time?
=hmm jadi business partner kimora lee simmons kot hahaha

12. What do you really want at the moment of responding to this tag?
=i need a holiday!!!

13. What kind of person do you think the person who tagged you is?
=elly...funny+crazy 24/7+teman semakan jojo yang sporting+enjoy+comel+selamba dia jek nak buat apa pun. ada dia kisah?+and more la...banyak tau. kalau nak describe dia ni sampai tahun depan pun tak habis. kalau nak tau jugak jadi la kawan dia.

14. Would you rather be single and rich or married but poor?
=single and rich laaa...

15. What’s the first thing you do when you wake up?
=give a kiss to my lil ballerina. wajib tuh.

16. What’s the character must have in your partner?
=apa yang ada pada bunny:D [apa lagi bunny kasi up la saya punyer gaji hahahaha]

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
=cari yang lain sudah...wink wink:D

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
=tengok mood la

19. Do you prefer being single or having a relationship?
=before married...suka single2 ni. senang nak scandal ramai2 ni hahaha. tak percaya? tanya elly and chacha:D

20) Would you leave your family behind just to chase your dreams?
=tak kan la nak kejar cita2 sampai tinggal family kot..agak2 la kan. for me..nak tinggalkan lil ballerina kejap pun rasa macam nak nangis tau...

People I want to tag:
=everyone who reads my blog.

hugs and besos

my anniversary

besos to everyone


yipieee...hari ni 1 TAHUN anniversary jojo and bunny!!! sekejap jek dah masuk setahun. terasa macam baru jek kawin hahahaha


owh..hari ini juga lil ballerina sudah pun berusia 3 bulan. waaaa...tak lama lagi dia dah 13 tahun pastu 23 tahun pastu dia akan cakap, "mummy...ira nak kawin..." uwaaaaaaa sayu jek dengar kan...[apahal jek syahdu sangat ni. kalau chacha or elly dengar ni sure jojo akan kena sepak:D].


ingat kan jojo nak request something la kat bunny. jojo nak cakap..."abang..saya nak gelang emas besar. lagi besar daripada jiran sebelah. boleh tak?" hahahaha giler aaa..panggil abang pulak tuh. dah la tak suka emas tetiba nak mintak gelang emas besar daripada jiran sebelah yang semenjak pindah jojo tak pernah pun nampak muka diorang. agaknya kalau cakap macam tuh kat bunny maunya dia bantai gelak besar kan.


hopefully our marriage berkekalan sampai bila2. amin...


hugs and besos

Monday, November 3, 2008

yusman & ziza's reception

besos to everyone



2 nov 2008-reception at ziza's house. kali ni my parents and bro pun ikut sekali. memang meriah la. tapi kali ni jojo tak ambik gambar banyak pun. battery camera boleh pulak dah weak kan. padahal pagi tuh beria nak pergi charge battery tuh sekali boleh lupa kan plus jojo and bunny kena gerak awal. langsung tak sempat tengok diorang bersanding coz lil ballerina sudah mengamuk kepanasan. itu pun nasib baik tak pakaikan dia gaun. just pakai jumper jek.

on the way nak balik tuh, abuya [my FIL] called suruh pergi ke hospital pantai melawat tok din. actually jojo tak jumpa lagi side tok din ni. so ni kira 1st time la jojo jumpa. lil ballerina ni boleh la kan sampai jek dekat sana terus tidur. orang dah la nak tengok dia kan.

disebabkan sudah 2 hari jojo dok memangku lil ballerina jek kan, lengan jojo pun sudah jadik kebas [kebas ke ayat dia?]. terpaksa la sapu minyak angin kan. tuh laa lain kali bawak stroller. berlagak nak dukung dia jek. macam ringan sangat kan hehe

hugs and besos

p/s i was tagged by elle and wan. nanti la aku buat ek. idea nak menjawab tuh belum mai lagik aaa hahaha

yusman & ziza

besos to everyone
akhirnya bersatu jugak diorang ni. bukan senang tau diorang ni nak plan untuk kahwin walaupun diorang dah berkawan for almost 9 years.

1 nov 2008-akad nikah di adakan di salah sebuah masjid di shah alam. memula tuh kami ingat kami dah lambat coz around 10.30am masjid tuh macam sunyikan. setahu kami nikah pukul 10.00am. rupanya lambat sikit. around 11.00am baru diorang sampai. pergh lega...so apa lagi, bunny pun segera drive ke rumah ziza.

this pic was taken masa nak gerak ke masjid. sempat lagi tuh nak posing. owh ini la azizah aka ziza. teman makanku:D kita orang ni asal lepak sama jek sure makan dulu. kiranya makan tuh lagi penting la hehe
inilah yusman. jojo dah lama kawan dengan dia ni. almaklum je la kan. dia ni senior jojo dekat hillcrest. yang best tuh selama kawan dengan yusman masa zaman sekolah dulu tak pernah pulak jumpa dengan bunny kan. padahal bunny pun satu sekolah yang sama gak. bila diorang dah habis belajar dekat uitm baru la jojo kenal bunny:D kelakar jek. masa pic ni di ambil, yusman tengah nervous giler2 tau. sampai2 jek masjid terus smoke. lama pulak tuh dia dekat luar.

yang best masa ni, boleh pulak tok kadi bagi ceramah kan. punyer la lama. kawan dah nervous giler duduk mengadap tok kadi. yang makcik2 dekat belakang dah start merungut sebab kaki diorang sakit. lil ballerina pula boleh la kan tertidur pastu bangun pastu tidur balik. dah ceramah, tok kadi tuh tanya soalan pulak. yusman ni boleh la kan buat lawak nak menjawab [dia ni memang suka buat lawak bangang tau. asal lepak dengan dia jek sure sakit perut. jojo tak boleh jumpa dia ni. asal tengok muka dia jek jojo dah boleh ketawa].

dah lepas semua tuh baru la akad. dua kali la yusman kena lafaz sebab yang 1st tuh dia macam tersekat nafas dia. maunya tak nervous kan bila semua mata dok pandang dia jek.


lepas jek akad nikah di masjid, semua jemputan terus ke rumah ziza. tapi jojo and bunny terpaksa minta diri awal coz bunny ada training at sri pentas walaupun hari tersebut dia off kan. so takdela bergambar sangat dengan diorang ni:(
hugs and besos

Saturday, November 1, 2008

kajol junior

besos to everyone



this lil girl nama dia sabrine [camni ke eja ni..]. she's shida's baby. punyer la lama tak jumpa dia kan. tak silap jojo last jojo jumpa dia masa dia baru kawin. lepas tuh dah tak jumpa coz dia ikut hubby dia ke penang. hubby dia doktor so sekarang ni dah ada klinik sendiri di kl. so bila dapat tau dia dah pindah ke kl, punyer laa excited nak jumpa dia kan. kebetulan pulak myra buat buat open house kan. ajak la dia sekali.

this girl memang adorable tau. cakap melayu tak faham sangat kena speaking jek. comel jek. pastu nak ambik pic dia kena senyap2 tau coz dia ni asal dengar orang nak ambik pic dia sure dia akan melalak macam orang nak dera dia. kelakar tuh. 1st time jojo tengok budak tak suka ambik pic. selalunya budak asal dengar jek orang nak ambik pic dia punyer la posing sakan kan. macam lil ballerina:D

suddenly macam teringat la pulak satu story yang ada kaitan dengan shida ni. shida ni memang jenis student yang selamba la. dalam kelas dia duduk paling depan sekali, betul2 depan meja cikgu. hobi dia ialah suka tidur dalam kelas. ada sekali tuh dia boleh la kan layan tidur dalam kelas cikgu faridah, cikgu sastera. ya ampun...cikgu tuh cikgu yang paling digeruni dekat hillcrest tau. selamba dia jek membuta. myra yang duduk dekat belakang dia punyer la dok cuit dia langsung dia tak heran tau. tapi yang peliknya, cikgu faridah ni takde la pulak nak sergah dia. tak kan dia tak nampak kot? ke dia malas nak layan? hehehe apa2 pun i'm happy for her now.

hugs and besos

chacha's birthday

besos to everyone

sepatutnya this blog keluar awal coz kita orang celebrate birthday chacha masa bulan puasa merangkap berbuka puasa bersama. for this year jojo cuma sempat berbuka puasa bersama kekawan sekali jek. almaklum je la kan dah ada 'tanggungjawab' gitu kan. macam last year boleh di kira dengan jari kan berapa kali jek berbuka dekat rumah. selebihnya berbuka dekat luar dengan kekawan:D
cuppies from elly. this girl memang giler kan cuppies. makannya tidak. suka beli jek. tapi kita orang macam tak sampai hati jek nak makan sebab cute sangat kan. boleh? eh lupa pulak nak bagitau kan. kita orang celebrate dekat tgi@the curve. memang happening la kalau sapa2 celebrate birthday dekat situ coz birthday girl/boy akan didera oleh staffs. memula tuh chacha dipaksa berdiri atas kerusi and then nyanyi satu lagu. boleh la kan si chacha ni layan lagu raya. after that barula diorang nyanyi untuk chacha but still chacha kena berdiri atas kerusi lagi kan. jenuh gak kena dera. dah la ramai orang dekat situ tambah pulak diorang nyanyi macam satu the curve boleh dengar kan. kesian chacha hehehe yang paling havoc sekali...sempat lagik staffs tgi ni kenakan chacha lagik kan. diorang boleh letak cream atas kepala chacha. dah la si chacha ni minah salon. sanggup habis duit untuk rambut dia. diorang boleh la kan buat macam tuh. tengok...wan ni memang notty tau. suka la nak sakat si chacha. habis dia gomol cream tuh atas kepala chacha kan.
banyak jek gambar masa ni tapi macam tak larat la pulak nak upload banyak2 kan. so kalau nak tengok more pics lagi just tengok at my friendster and facebook ok...

hugs and besos