Wednesday, October 28, 2009

can't wait...

this coming weekend!

RK pun cuti soo banyak benda nak kena buat. for time being bukan senang RK nak cuti on weekend. selagi takde orang leh cover bahagian news selagi tuh la dia kena coverkan:( hopefully cepat2 laa bos dia cari replacement.

saturday...

plan nak pergi shopping untuk lil ballerina. memandangkan si kecik itu sudah meningkat remaja, so banyak baju dia macam dah kecik jek kan. kasut pun nak kena beli. kata dah dapat 'kaki' kan. harus la asyik merayap jek kejenya. lepas tuh pacifier dia pun nak kena beli yang baru juga. tak tahu la dia buat apa sampai boleh koyak laaa...aiyoo...patutnya ada spare lagi 1 tapi dah dia hilangkan masa balik ipoh hari tuh so kenala beli yang baru.

nak kena beli present untuk lynn's wedding and present untuk baby boy juga. one of my college girls dah dapat baby. so i was planning nak tengok dia lepas dah settle beli barang.

malamnya pula nak dinner bersama gadis2 pujaan hati saya iaitu...

chacha and myra...

and..elly!

yeaaaaa...rindu bangat mau berjumpa ini gadis2. this pics was taken masa last kita orang lepak, i think ada la 3 bulan yang lepas kot...lama betul. masa ni memang enjoy habis. dah la melantak tak hengatt sebab masing2 kelaparan kan lepas tuh layan movie lak. memang enjoy la.

so this time myra dah set kan date and place untuk lepak lagi. hopefully jadi la kan.

sunday...

malam tuh kena pergi lynn's wedding at dewan perdana so siangnya itu adalah waktu saya mengemas rumah dan membasuh pakaian yang sudah menimbun and nak sama tinggi dengan batu caves sebelah rumah saya itu.

ni kalau saya postpone lagi nak laundry sure kena membebel dengan madam besar kalau dia datang rumah saya kan. hari tuh dia ada datang**semenjak saya ambik kan access card untuk dia, rajin pulak dia datang serbu kan:P**...masyaAllah perit telinga ok kena membebel. dia siap offer lagi nak basuhkan baju2 saya ni hahaha tuh perli namanya kan...

okla gtg. ada benda kerja yang perlu saya bereskan sikit walaupun mr ceo hari ni akan terbang ke indonesia:D

Tuesday, October 27, 2009

the hills season 4

akhirnya semalam habis juga saya tengok the hills season 3 walaupun banyak sangat 'drama' dalam season 3.




sekarang gigih pula nak habiskan tengok season 4. this season tak banyak episode macam season 3. this time cuma ada 20 episodes saja. fuhhh...lega

maknanya ada dua season lagi yang perlu saya tengok.

hmm lepas ni boleh la saya concentrate tengok gossip girl pulak:D

Thursday, October 22, 2009

facebook

actually banyak jek benda nak update tapi tuh la...M nyer besar sangat kan:D

patutnya time mr ceo takde ni la update blog tapi ke lain jadinya. sibuk mengadap games dekat fb. addicted ok!

haa cakap pasal fb ni, semalam RK ada bagitau yang office dia dah block fb. semuanya gara2 ada dua orang staff perempuan bergaduh sebab buat status dekat fb. siap bertumbuk lagi.

and me macam terus ketawa giler2 la. yelah mana tak ketawa, sebab status jek sampai sanggup la pergi serang and bertumbuk kan. RK kata havoc kejap la office dia hari tuh. last2 BOD dia buat decision untuk block fb untuk mengelakkan kejadian macam tuh berulang lagi. aiyooo...

tapi betul la. sometimes ada orang dekat fb jadikan fb tuh macam medan perang lak. buat status yang bukan2. ada yang siap mencarut lagi dekat si polan and si polan. or maybe menyindir someone. tak tau la apa motifnya kan.

hmmm scary ok bila dengar benda2 macam tuh berlaku.

p/s: janganla mr ceo block fb dekat sini kan. kang habis la games aii...:P

Friday, October 16, 2009

craving!

finally...

hari yang ditunggu sudah tiba...

its Friday!!!

hari ni ada pasar malam dekat pbc. so pagi ni dah plan dinner nak makan apa. siap ym RK tuh cakap malam ni nak pergi sana. apa lagi kalau bukan...


rojak buah dan juga keropok lekor! dan rasa2 macam nak tambah lagi satu iaitu laksa:D

yerr sekarang saya tengah addicted laksa. dulu saya tak suka makan laksa tapi semenjak bekerja dengan company yang kebanyakkan datang daripada utara (especially tina) yang suka la mengajak saya makan laksa@yayasan selangor dulu, membuatkan saya juga berkeinginan terhadap makanan itu.

owh ya, bila ada keropok lekor ni harus la kena makan bersama...


sos cili padi! keluaran agromas.

haa makan sos ni kena ada air sejuk plus ice.

layan ok makan dengan sos ni. actually baru jek lagi try this sos tapi dah berbotol2 RK belikan untuk saya. asal makan fries nak cicah ni, cekodok pun nak cicah ngan ni. macam addicted tuh.

so far sos ni macam takde jek jual dekat supermarket@tsg. cuma ada kat pasar jek.

aisshhh baru pukul 11am. lambat betul nak balik ni.

p/s: tetiba macam teringat laksa yang dibuat oleh wan liza, RK's auntie masa balik ipoh hari tuh. sedaaaaappp! kemain bertambah kan. macam tak pernah makan laksa lagaknya kan:P

Thursday, October 15, 2009

lil ballerina@playground

semalam saya ambil cuti. saja jek. nak pulak mr ceo suruh habiskan sisa2 cuti yang ada ni kan apa lagi ambik ikut suka bila nak.

kebetulan pula RK kena kerja shift malam. **err kebetulan ke? bukan dah plan nak cuti sbb RK kerja petang ke?**

memandangkan dah banyak kali asyik cancel jek plan kita orang nak bawak lil ballerina pergi playground, akhirnya semalam tercapai juga la impian kami kan:D

nasib baik lil ballerina bangun pukul 8am. lepas dah settle semua kita orang pun cabut ke...


taman tasik titiwangsa! yeaahaaaa

lamanya tak pergi sana. dulu2 masa zaman sekolah pergi sana sebab nak main roller blade. maklum jek la masa tuh tengah havoc main roller blade kan. **kalau pergi sana ramai jejaka and boleh cuci mata hahahaha padahal boleh jek main depan rumah tuh kan**

bila sampai sana mata kami macam ala2 terbeliak la kan. teruja tengok perubahan titiwangsa. dah cantik. playground dia punyer la besar and cantik. tak macam dulu dah. kagum sungguh.


jangan cakap kita orang jek kagum, lil ballerina lagi la. punyer la seronok sangat sampai kaki dia freeze jek. kata excited kan. haaa ambik punyer la luas nak berjalan.

1st yang kita orang main dalam buaian. serious memang saya dah lama teringin nak main buaian. nasib baikla buaian tuh boleh tampung kami berdua ni kan:D


tengok ni. bersungguh2 dia berjalan. siap kerut dahi.


muka orang tengah stress sebab RK asyik nak suh dia posing ambil pic. cuba tengok saya dekat belakang. masa tuh sama malas nak layan anak dengan ayah ni. boleh pening ok. baik saya layan mainan dekat sana hahahaha macam budak2



tetiba macam suka pics ini. rasa macam ada dekat london ketika musim luruh. waahh tetiba lak london. padahal malaysia jek:P

dekat sana sempat jugala kita orang bawak lil ballerina tengok pony! haaa tak berkelip pulak mata si kecik kan tengok pony tuh dok terlonjak2 depan dia. owh ya masa tuh that pony baru keluar daripada kandang dia and dibiarkan ikat dekat luar. sebabnya nak bagi pony tuh ambik angin. comel jek!

around 10am, kita orang pun gerak balik. tengok lil ballerina pun macam ala2 dah semput jek kan nak berjalan.

sampai rumah, lil ballerina pun pengsan...zzzZZzzzZZZzz...

for more piccas ada dekat fb. tak larat nak upload banyak.

p/s: ada impian untuk bawak lil ballerina bermain dengan pasir laut.

Tuesday, October 13, 2009

perut ketat!

semalam, ntah macam mana chairman's pa boleh terkeluar idea nak buat portluck during lunch hour.

dan kami pun bersetuju!

bab makan ni memang kami laju.

selain memenuhkan perut kami yang macam ular ni, kami juga ingin memberi peluang kepada our staff yang bukan berasal daripada malaysia tetapi philippines untuk merasa masakan kami yang tak seberapa ini. cewaahh

yerr...dia sungguh teruja melihat makanan yang kami masak. siap ada kuih raya lagi brought by admin exec. bling2 jek mata dia kan.

dah melantak bagai masih berani lagi turun ke bawah and beli buah-buahan tempatan. yummy!

luckly mr ceo dah balik awal hari ni. so takde masalah bagi saya untuk merehatkan perut sekejap:D

okla gtg. my admin exec panggil makan kuih raya hahaha

p/s: yeaaa esok saya cuti! indahnyaaa


adakah...

...saya bersikap kejam?

mengeluh sekejap.

yeaaahhh i know bunyinya macam kejam tapi...saya memang tak larat nak dengar masalah department lain...**personal prob yg kekawan saya cerita itu takpe. sebab prob tuh takdela berat mana kalau nak dibandingkan masalah office kan**

especially masalah accounts department. serious otak boleh senget ok kalau dengar masalah diorang. dah la saya ni memang tak suka no2 ni. so bila my acc exec bercerita or merungut mengenai acc yang sungguh memeningkan ini, boleh menyebabkan kepala saya kena migrain.

(from google)

tapi...kesian juga dengan my acc exec tuh. resposibilities dia agak berat jikalau dibandingkan dengan saya. hmmm...

tapi...ada tapi lagi ni...kalau dia cerita pun saya memang tak tahu nak tolong dia macam mana.

so macam mana?

nak tak nak kena la dengar juga...uwaaaaaaaaaaaa...

p/s: kena tengok wajah saya bila bdk acc dok cerita pasal acc. muka macam takde perasaan jek. kang angkat kaki kecik hati tapi kalau dilayan terjebak pula dengan masalah mereka. aiisshh...

**ini sekadar luahan perasaan plus macam teringin nak update blog**

Monday, October 5, 2009

...

this pic was taken last nite.

ada budak kecik yang dah takde keje nak buat selain nak dengar mummy dia terpekik tengah2 malam.

serios sakit jantung ok tengok anak saya keluarkan semua kain2 dalam bakul tuh semata2 dia nak masuk dalam tuh.

nak tau sapa yang ajar dia?

DAD dia!

RK memang suka tau nak ajar yang bukan2 dekat si kecik ni. mata saya ni dah habis terjegil and terbeliak tengok mereka berdua tapi ada diorang heran??

langsung tidak!

aishhh...

walaupun sakit jiwa tapi mereka berdua inilah yang membuatkan saya suka duduk di rumah. love u la!


ketagihan

...pada game@fb!

ni bukan sikit2 pun addicted tapi agak melampau gak la kan. bukak fb semata2 nak layan game tuh. kejap pun jadi la kan.

game yang saya maksudkan adalah...


fish world...game ni comel. kena bagi ikan makan and cuci tank bila dah berlumut. lepas tuh sound dia macam ala2 dekat lautan dalam gitu kan. nak bela ikan betul2 tak dapat tuh yang bela ikan dekat pc jek la


farmville...ni pun semangat berladang yang over. bersungguh2 ni menanam. pastu siap ada bela lembu la, ayam, itik, kambing, anak gajah and oink oink pun ada. konon2 macam peladang berjaya la ni.

jadi ini la kerja saya di ofis and rumah jikalau tidak sibuk. sibuk pun tetap curik masa nak main game ni:D

sekian terima kasih.

chacha's open house

hajat dihati nak update pasal raya@ipoh tapi macam kelupaan la pulak letak dekat mana semua piccas. later la...

last saturday, niesa aka chacha ada buat open house. start pukul 2pm tapi disebabkan gelojoh yang melampau:D acah jek tuh sebenarnya RK ada shift petang so kenala datang awal. pukul 1pm dah sibuk semekom rumah dia. ingatkan kami yang awal rupanya ada officemates chacha yang datang awal gak. fuhh lega...

ibu mithali:P chacha asal hari raya jek sure tetiba 'anak' dia muncul.

tapi baby ni memang comel betul. pipi dia macam nak gigit jek. serious! baby ni baru 2++months. tapi size dia macam nak sama besar dengan lil ballerina. lil ballerina tuh makan kemain lagi tapi yang bertambah perut saja ok. ikut sapa la tuh:P wink wink.

tak banyak sangat ambil pic. kata antara orang terawal kan. kang balik2 muka kami jek sure yang tukang ambil pic ni pun kebosanan kan.

owh ya..masa ni ada sorang officemate chacha bawak anak. lelaki. nak tau apa jadi antara that lil boy dengan lil ballerina?

makan bersuap ok! amboiii...mummy nak makan bersuap pun kena tunggu masa kawin ok. makan beradap. ni baru 1++ year dah ada bf suapkan.

yang best part tuh ada la sekali that lil boy macam missed nak masukkan cookies kat mulut lil ballerina. boleh la lil ballerina menangis. aiyooo...pandai pulak merajuk kan. lepas tuh ada part pulak yang that lil boy nak suapkan cookies kat mulut lil ballerina tapi bila sampai jek kat mulut terus that lil boy kasi pusing tangan dia and ngaapp masuk mulut dia. main aci2 lak kan.

lepas dah lepak2 tuh, maka macam biasala kan mau gerak. tak kan la nak lepak rumah orang sampai malam kan. boleh...lil ballerina menangis. aikk! pelik ni. adakah menangis sebab suka lepak rumah aunty chacha ke or menangis sebab kena berpisah dengan bf? hmm...

Thursday, October 1, 2009

cucu owh cucu

dulu masa lil ballerina kecil, dia yang kena dok dalam stroller.

sekarang tidak lagi...


agaknya kalau teddy bear tuh hidup sure dah mati kekejangan sakit jantung. korang kena tengok macam mana dia tolak stroller tuh. scary! rasa2 dia geram tak boleh nak lalu dia angkat jek benda alah tuh. rasa2 dia nak lalu masa orang tengah terlentang tido depan tv dia boleh jek angkat and jalan atas badan kita. perghh ganas tau.

ada sekali tuh saya masuk toilet. elok pusing nak tutup pintu stroller dia dah ada dalam toilet. yarabbi...biar benar si kecik ni kan. asal boleh jek dia nak kasi jalan. tuh satu hal la. ni nak tido malam pun nak bawak sekali stroller tuh. kalau dah letak stroller sebelah dia habis tuh mummynya nak tido mana lak? last2 RK kena kasi lipat itu stroller and sorok dalam cabinet.

buat masa ni dia still lagi addicted dengan stroller ni. tunggu la bila dia dah jemu nanti jenuh la saya cari mainan yang baru untuk dia. kalau tak habis la periuk belanga saya dia nak buat main tau.

pindah rumah

...bukan saya tapi anak saya...

her dad dah belikan dia 'rumah' baru. maklum la bila anak dah besar ni dia dah tak nak dok kat family lagi kan. so walaupun hati kami begitu berat tapi sebagai family yang sporting, layankan jek laa

nak tau kat mana RK belikan 'rumah' baru lil ballerina?

tadaaaa


depan sliding door jek. sebelah tv and yang penting...dekat living room jugak ok. punyer la banyak tempat situ jugak ayah dia nak letak kan. risau katanya kalau2 'rumah' baru tuh roboh and lil ballerina lemas dalam tuh kalau kita letak jauh2. aiyooooo mata saya ni dah naik semak tau tengok living room tuh penuh dengan mainan dia.


tapi masa nak buat 'rumah' baru dia ni...masyaAllah...seksa ok! tengok tuh dia sibuk kacau RK. saya memang dah surrender awal2 malas nak involve. kang join sekali sure sakit jiwa. RK dah sakit jiwa tuh sebenarnya:D asal sambung jek benda alah tuh lil ballerina pula sibuk cabut balik. last2 RK kasi gam jek semua benda tuh hahaha adoiii

cuba tengok bila dah siap. lil ballerina excited sangat. punyer la tak sabar dia nak masuk dalam 'rumah' baru dia tuh.

dah tau pintu 'rumah' tuh takdela besar mana kan..kalau nak masuk tuh kasi tunduk la kan. ni tak. nak masuk tuh bleh la dia kasi angkat itu 'rumah'. bukan dia yang kena tunduk. adoiii..

lepas tuh ada hati pulak nak ajak mummy dia yang lagi besar daripada 'rumah' tuh masuk ke dalam. dah la macam sesak nafas pastu panas pulak tuh. tapi kalau tak dilayan si kecik ni mau pulak dia menangis tak berhenti kan. nak tak nak layankan jek.

kat dalam 'rumah' tuh kita orang main masak2. memang masa belikan this thing, kita orang beli sekali mainan masak2 untuk dia. and also stoller untuk dia angkut teddy bear dia **later saya tunjuk pics dia main stroller tuh pulak**

sambil main masak2, saya tunjuk dia flash card. so sambil main sambil belajar.

ini antara adegan saya dengan lil ballerina time main flash card...

me : burung

lil ballerina diam jek.

me: bird

dia: terus sengih2 tanda faham. sebab selalunya kita orang cakap bird. bukan burung.

me: kucing.

dia: diam

me: cat

dia: diam lagi

me: meow meow

dia: terus suka siap buat macam mana kucing bersihkan diri dia.

adoiii salah bahasa dah saya ajar dia dulu kan. ada banyak lagi tapi tak larat pulak nak taip kat sini.

apa2 pun saya seronok bila tengok dia happy dengan toys dia. itu yang penting.