Thursday, May 5, 2011

1st day in Kuantan

gerak pukul 10am+bfast kat highway jek then pukul 1pm dah sampai. punyer la semangat nak holiday kan. sampai sanggup tuh nak lunch kat kuantan jek

plan kemain lagi nak lunch tempat best2 sekali bila sampai hotel terus macam tak bermaya jek. nampak bilik hotel and katil. penat rupanya. padahal pernah jek travel ke penang. lagi jauh kan? oh ya lupa pulak ni first time travel jauh since im pregnant

after check-in, terus bawa diri makan kat restaurant hotel jek. penat+kebulur ok! teruk betul perangai

si kecik dah tak sabar nak main pasir kat laut. main pasir jek la dia berani. nak mandi laut dia takut ok especially bila tengok ombak besar tuh


view from our room. harus la seaview. dah nama pun orang kl yang jakun dapat tengok laut kan. compare penang & kuantan, saya prefer kuantan. ni bukan sebab saya membesar kat kuantan ek...ni sebab keindahannya. even Rk pun suka view dia. siap buat video sunset bagai. haish! lantak la janji bukan video mat saleh berbikini and speedo :P

serious view sini just nampak diorang jek. semangat berjemur katanya. local people macam kami? lepak dalam bilik ok sebab tak tahan panas haha

lepas dah hilang penat sikit, siap2 and berjalan kat tepi pantai lak. dekat giler dengan teluk cempedak. tak payah nak gatal2 drive pergi sana ok. sila jalan kaki sekali sekala sambil selipar tuh kena kotor sikit dek pasir. si kecik jek menjerit sebab tak suka selipar dia masuk pasir. jenuh ok nak mendukung dia


aktiviti wajib kalau holiday. shopping! boleh la kalau nak beli barang sikit2. sebab mostly diorang jual sama jek macam kat kl. me just beli something for my Philippine's friend. dah pesan awal2 ni. kang beli kerepok lekor jenuh pulak dia nak menggoreng kan

elok habis round kat teluk cempedak, kawan RK datang with his wife and daughter. oh my sangat comel ok anak dia. asyik senyum jek walaupun takde gigi. anak saya? menyorok belakang dad dia sebab malu jumpa orang. anak dara pemalu la tuh

best ok lepak2 sambil kena angin laut. nak pulak dapat ratah ikan pari bakar kat situ. oh my lagi sekali...sangat sedap! tak puas sebenarnya tapi kawan RK dah suggest suruh dinner malam ni kat tanjung lumpur sebab kat sana banyak restaurant bakar membakar ni. tepi laut gitu kan. cantik la!

lepas maghrib, laju jek pergi ke tanjung lumpur. but before that dah call my dad tanya kat mana diorang. sebab ikut plan diorang gerak pukul 2pm tapi sampai maghrib my dad still tak sampai lagi. rupanya sedang ber-enjoy bersama rakan2 di sepanjang trip kl-kuantan. asyik menyinggah jek


sotong bakar


pari bakar. giler besar RK pilih ikan pari. ingatkan share sekali dia pilih ikan lain. ikan aji namanya. eh iye ke?


sup campur. marvelous! selalu kat kl sepesen jek rasa sup campur dia tapi kat sini sangat superb. isi dalam tuh jangan cakap la kemain bapak besar


and last but not least...pic kami berdua. ibu mengandung yang sangat ceria sebab puas makan bakar ikan bakar di tepi laut

1 comment:

Tujoh77 said...

sup campur dekat sini mmg sedap. isteri saya ada resepiny, berbeza dgn sup campur dimana jua kedai. silalah dtg lg ke sini

btw, kepada sesiapa yg berminat untuk mengetahui dgn lebih lanjut cara menghilangkan jerawat,resdung@sinisitis dan masalah kulit wajah, silalah ker blog kami. http://tujohresources.blogspot.com