Friday, July 31, 2009

membebel di petang jumaat

yeaaaah

mr ceo dah approved cuti saya for next week, 4th august. ni cuti bukan semata2 nak celebrate birthday lil ballerina yerr tapi disebabkan dia ada appointment dengan her paed. dia kena jap untuk vaksin chicken pox. rasa2nya ada gak telinga paed dia yang pekak kan dengar dia menjerit menangis. aiyoooooo..actually dia bukan takut kena jap tapi dia takut dengan orang. si kecik ni kemain menjadi2 takut kat orang tau.

tadi masa tengah dok layan surfing blog orang, tetiba nampak ada satu blog ni dia memang buat business pasal cake ni. serious, saya macam dah jatuh hati dengan semua cake dia. selalunya saya takde perasaan apa2 pun but this time tak boleh tahan punyerrr. price dia pun not bad.

and saya pun terus call. coz im planning nak beli cake for lil ballerina. ingat nak beli cake biasa jek kat secret recipe tapi macam nak cake 1 year old lak. macam saya kecik2 dulu. my mom bought me a cake 1 year old. so nak la plak sambung tradisi ni kat lil ballerina kan:D

tapi that lady tak bleh nak confirm kan bleh buat ke tidak coz on that day yang saya request dia ada banyak order. takut tak bleh nak buat jek. so dia akan call saya balik as soon as possible. hopefully dia bleh la buat. tapi kalau tak bleh its ok la. maybe sebab dah suntuk sangat masa kan.

p/s: alahai...tetiba macam hati sebak la pulak. macam kejap jek lil ballerina dah nak setahun. rasa baru last month habis confinement. a ah yelah last month kann. dah nak dekat setahun ok. berangan jek kejenya.

Thursday, July 30, 2009

tidak tidur

oh my

lil balleriana tak sihat sangat hari ni. actually since yesterday lagi. my mom told me that lil ballerina macam tak tido jek and dia nak didukung saja.

memula tuh saya ingatkan flu biasa jek. so saya pun kasi la ada ubat flu dia. rupanya bila malam jadi makin worst.

semalam lepas dia makan ubat flu, dia ada tidur around 10pm. so saya dengan RK punyer la syiok kan layan movie. the ramen girl. siap gelak2 macam orang giler ok. bayangkan la org jepun ngan mat saleh bercakap. macam itik dengan ayam. comel!

lepas dah layan the ramen girl saya pun bawak lil ballerina masuk ke dalam bilik. tinggal la RK nak tengok bola. ok lagi. sampai la pukul 1am dia dah start menangis. tak nak tido and nak RK dukung dia jek. tak boleh la RK duduk or letak dia. masa tuh ok lagi. RK bleh layan dia sambil tengok bola. rupanya tak sampai situ jek la. dia keep on crying sampai la pukul 5am!

oh my

bagi puting dia xnak. bagi susu dia xnak. bagi minum air masak pun dia xnak. last2 agaknya dia pun dah ngantuk sangat dia pun tido gak la. masa tuh RK dah letak dia dalam buaian. kesian dia coz pukul 7.30am dah nak kena bangun.

bila pagi tuh masa nak dukung dia tetiba macam terasa badan dia panas.

oh my

masa tuh memang pikir nak bawak dia jumpa her paed jek. tapi RK xleh cuti so nak tak nak saya kena bawak dia. pikir jap. ok. saya masuk office kejap. buat apa yang patut then terus lari balik. boleh pulak masa sampai rumah bertembung dengan my dad. adoiii...akak kena sedas la kan. sebab lambat2 kan nak bawak lil ballerina pergi hospital.

now dah pukul 3.48pm. saya sudah berada di office. walaupun mr ceo dah approved cuti saya tapi saya still datang. sebabnya...

  • lil ballerina dah tido. sure lama coz dia makan ubat tadi.
  • saya mengantuk tapi macam tak boleh nak tido. nak balik rumah sendiri macam malas. nak lepak dekat my mom's sure berebut remote astro lak dengan my lil bro yang juga mc hr ni kerana demam.
so nak tak nak..untuk hilangkan kebosanan baik la saya ke office. banyak gak keje nak di settle kan :(

so ini la kronologi hidup saya pada hari ini. serious saya dah tak boleh nak pikir apa2 dah ni. kepala macam berat jek. mata ni macam pedih. uwaaaaaa...

menyesal nyerrr datang balik office!!!

Monday, July 27, 2009

anggun - berganti hati

last week masa layan youtube - kontrak cinta, tetiba macam dah jatuh cinta pulak dengan this song. dah la anggun yang nyanyi. memang saya suka la kan.

just nak share this song dengan u guys. kata sharing is caring kann :D



Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati ini pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga

Reff:
Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa (Ku telah kecewa)
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara
Aku ingin pergi
Dan berganti hati

Satu persatu telah kuhapus
Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu
Rasa yang dulu pernah ada
Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda

Back to Reff:

Kini ku sadari diri ini
Ingin berganti hati
Cinta yang tlah pergi
Harus berganti hati

Harus ku ganti hatiku kini
Ini harus ku ganti
Tak perlu ini lagi harus berganti

enjoy peeps!


Sunday, July 26, 2009

mendera ikan

tuh laaa masa before kawin tak nak 'study' dengan mak kan macam mana nak siang ikan. kan dah jadi kes dera ikan nii...

RK dah geleng2 kepala bila tengok ikan tuh jadi macam ni. boleh pula dia pergi pasar lupa nak suruh pak cik jual ikan tuh tolong siangkan. selalu pandai jek suruh orang jual ayam or ikan tolong kasi potong/siang and bersihkan sekali. semalam boleh pula dia lupa. lupa ke or dia saja jek nak dera wife dia kan...hmmm...

dah la dia beli 10 ekor ikan. menjerit aiii nak menyiangnya. uwaaaaa...to be honest memang saya kureng mahir sikit bab2 menyiang ikan or ayam ni. ni kalau my mom tengok ikan selar kuning ni jadi macam ni mau pulak dia piat telinga aii kann...buat malu keturunan jek hahahah ampun seh!

RK tanya:-

"macam ni ke siang ikan?"

me:-

"yelah. mama ajar macam ni"

hahahahaha mati la aku kan. memandai jek buat jawapan macam tuh. ntah bila masanya my mom ajar siang ikan macam tuh pun tak tau la. yang pastinya dulu asal my mom masak jek saya sure terperap dalam bilik or tak pun dok mengadap tv kan. haaa sekarang baru padan muka.

disebabkan fobia siang ikan semalam tak habis lagi, so hari ni beli aja la kan. hahaha alasan jek tuh.

p/s: boleh pula masa balik beli lunch, lift rumah rosak. uwaaaa tak pasal2 kena mendaki tangga sampai ke 9th floor. menggigil ok kepala lutut saya ni...


Friday, July 24, 2009

under da sea



kiranya ni macam trailer la before saya upload more photos and story k.

tak boleh nak upload pics hari ni coz semua pics ada dekat dalam laptop saya di rumah. kalau saya rasa rajin esok or ahad saya upload k.

p/s: clip ni RK yg buat. rupanya masa kita orang pergi aquaria dia ada ambik video la. u guys boleh tengok macam mana muka anak saya xcited tengok ikan2:D

have fun!

congratulations!

...to aini & mawi for ur new born baby!

ni pic dia masa dia pregnant. comel jekk tengok perut dia kan. cuba tengok gambar saya masa pregnant...aisshhh tembam setembamnya. siap ada jiran saya cakap lagi yang saya ni pregnant anak kembar ke sebab 'kembang' semacam kan. mana tak kembangnya kalau hari2 melantak mcd masa lunch dengan elly oppsss elly bongkar rahsia kita lak:D


muhammad adam bin mohd zawawi. comel jek tengok dia tido. ni kalau dapat cium memang habis la hehe nak plak kalau ibu elly and mama niesa dia datang..:D

eh eh tetiba jek aku bagi gelaran untuk korang babes...aku main letak jek nanti korang sendiri laa bagi gelaran ek hehehe aku dah tentu mummy yan ahakkksss nak glamer jekk

**images from ainiey's fb**

when...

mr ceo is not around...yeaahaaaa!

this week dia kat penang and next week dia ke jakarta. yipieee! a ah yippie la sangat kan. keje yang dia bagi tu tak buat lagi. adushhhh...

so sambil membuat keje saya layan cerita the hills. yes! i'm addicted to this movie xtau la nak panggil movie ke drama ke janji layannn...


cerita ni ada dekat mtv channel tapi disebabkan susah sangat nak tengok dekat rumah so saya pun layan laa cerita ni dekat office.

rupanya cerita ni dah masuk season 5 pun tapi saya baru terhegeh2 nak tengok season 2. hmm xpela janji boleh hilangkan kebosanan saya di kala mr ceo takde kan.

memula plan nak beli dvd cerita ni coz saya ada nampak dekat kedai bawah ada jual. tapi kang jadi macam dvd gossip girl pula. terperuk jek gossip girl tuh dekat rumah. bukan tengok pun. nak tengok tapi asyik takde time jek. hmm xpela..

okla..gtg. nak sambung balik tengok cerita ni huhu

muaks!

Friday, July 17, 2009

suka laa buat mummy dia menjerit

tengok lil ballerina ni...

pagi2 buta dia dah buat mummy dia menjerit kan. boleh pula masa saya tengah iron baju for RK, si kecik ni pula sibuk 'mengemas' almari. patutla dia diam jek dekat belakang. rupanya sedang bersuka ria mengeluarkan semua pakaian dalam almari tuh. bila saya cakap NO! dia lagi suka. siap boleh ketawa lagi. hmmm bila dia dah ketawa terus la saya tak jadi marah kan.


hari ni ntah macam mana dia boleh pula terbangun awal. pukul 6am dia dah celik mata. aiyooo...

cuba tengok ada 1 pic tuh dia letak kain kat mulut dia. yerr dia sedang lap mulut dia yang comot kerana dia baru lepas makan biskut rusk dia. eeiiii xpasal2 kena basuh balik.

apa2 pun, lil ballerina telah membuatkan saya ketawa di pagi hari jumaat ini.

luv u sooooo much!

p/s: saya sudah dapat camera baru from RK. merah menyala gitu kan. patutnya nak color pink tapi dapat merah. saja jek dia tak nak beli color pink kan huhu so yang menjadi mangsa untuk meng-test camera saya adalah si kecik ini.


Thursday, July 16, 2009

H1N1

  • ada staff at RK's office dah dijangkiti H1N1. tingkat 15. RK pula tingkat 11. at first memang agak kabut la office dia on that day coz macam semua orang ala2 scary jek kan. sampaikan nak guna lift pun diorang tutup mulut. RK pun semangat pergi beli mask. keesokkan harinya HR dia bagi memo and cakap that staff tak sempat nak datang office pun sebenarnya. so dah kena kuarantin pun kat hospital. cehhh buat suspend jek tau diorang ni.
  • block P iaitu block yang mengadap block office saya ni sudah ada dijangkiti H1N1. habis 1 office kena tutup seminggu. gulp! macam dekat jek dengan office saya nii...dah la saya ni ala2 paranoid gak ni..:D
  • yesterday my mom mengadu yang dia macam nak demam and plus ada selesema. pastu dia pening and badan dia pun sakit2. my mom dah panik2 coz dia takut kena penyakit H1N1 tuh jek. pastu mula la dia fikir yang bukan2 kan. yerr my mom lagi paranoid daripada saya tau:D pagi semalam juga dia terus jumpa our doc. fuuhhh lega nothing serious. doc cakap dia maybe kena resdung hahaha resdung jek la rupanya. adoiii...my mom said doc tuh siap gelak2 kan dia lagi bila dia cakap maybe dia kena H1N1. fyi, the doc said kalau orang yang kena H1N1 tuh dia macam ada sakit dekat area betis.
ok. get back to work. saja jek merapu di pagi khamis. biasa la bila mr ceo tak masuk lagi mula la perangai pelik maii kann...

Tuesday, July 14, 2009

the sims 3!

as promised THE SIMS 3!

yeaaahhaaaa sungguh la gembira kan bila dengar RK belikan the sims 3 untuk saya.

actually dah 3 weeks kot saya dah ada game ni. siap install dekat my laptop and office's pc lagi. but too bad my laptop asyik hang jek bila main kan. so tak nak kena la saya main di office aja. itu pun bila free. uwaaaaa sungguh stress. nasib baik la pc saya tak mengadap bilik mr ceo kan hahahahahaha kalau tidak mau plak dia luku kepala saya ni:P


so buat masa ini saya sungguh sibuk dengan dunia saya iaitu the sims 3:D jangan marah aa pada sesapa yang kalau saya reply lambat dekat ym huhuhu

owh ya, saya sudah tukar nick bunny to RK. jemu pulak nak pakai bunny kan:P

p/s: images taken from google.

memori daun pisang

hahahahaha tajuk macam abit jiwang la pulak kan

as usual, bila mr ceo takde ni kan mula la perangai pelik2 datang. padahal keje ada jek nak kena buat. tapi disebabkan tidak la urgent sangat so buat sambil lewa jek la.

pagi tadi mr ceo masuk lewat. punyer la xtahu nak buat apa plus malas, saya pun bukak la blog someone ni. sekali terjumpa la kan pic lama kita orang. nak gelak pun ada. yelah pic ntah zaman bila tuh.

left: RK+me+faiz+lyn+kak ita. rambut saya panjang lagi masa ni. err tapi kenapa kulit saya gelap ek? waahh macam putih jek selama ni kan. huhuhu yang tak paham masa ni ialah kenapa jek RK begitu

form left: elly+aini+niesa. masa ni elly nampak kurus. and innocent gitu kan hahaha sorry elly. kenyataan.

owh saya rindu pada mereka2 ini. mereka ni semua kepala tak betul tau. kalau lepak sesama sure ada benda nak ketawa la, mengutuk la etc. mmg meriah la kalau lepak ramai2 macam ni.

p/s: AMARAN KERAS. gambar di atas tiada kaitan dengan sesapa pun. mahupun yang hidup atau pun telah tiada. ianya hanyalah pic lama OK!

Tuesday, July 7, 2009

baby safety gates

at lasssstttt jumpa juga yang berkenan di hati and yang sesuai untuk diletakkan dia pintu dapur rumah saya. itu pun ada orang yang bagitau dekat mana nak beli.



saya beli di tesco. less than rm100. serious terbeliak biji mata. sebab mostly yang saya survey semuanya over rm300. mahal betul. agaknya branded kot or jenis kayu memang mahal. ntah la...sila abaikan dapur saya yang bersepah itu.

apa2 pun saya sekarang sudah senang hati mau membuat kerja di dapur. kalau tidak jenuh ok nak 'menghalau' si kecik ni supaya jangan masuk.

nak tengok wajah orang yang duduk di luar pagar?

check this out

muka si kecik macam tak puas hati jek memula dia nampak gate ni kan. but slowly dia dah boleh accept. so everytime saya di dapur dia akan duduk di luar pagar dan meminta biskut rusk dia.








mangsa??

kesian anak saya.

ini la kerja kami sebagai ibubapa yang suka membuli anak dia yang masih lagi tidak mengerti ini :D

baby carrier ni orang presentkan. tak pernah pakai pun. sebab macam kesian jek nak letak lil ballerina posisi macam tuh kan. so last week memandangkan hari berkemas boleh pulak terjumpa baby carrier ni. apa lagi. kita orang try la. asyik la angkut si kecik ni masuk and keluar. dia pun macam pelik jek. masa ni siap berdiri depan cermin. nak tengok reaksi wajah dia.

pic ni dah lama ambik. ni pun cubaan membuli si kecik ni tapi ni keje dad dia. lil ballerina baru bangun tido so tak nak la dia terus bangun jek kan. dia ni asal keluar buaian dia sure nak merayap. so taknak bagi dia merayap bunny 'duduk' kan dia dalam buaian.

hugs and besos