Monday, August 24, 2009

sahur bersama spontan

jikalau anda bosan ketika nak bersahur...

cuba bukak astro warna channel 132. ada program SPONTAN.


sure boleh hilang ngantuk. and boleh membuatkan seseorang tuh terbabas nak suap nasi dia ke dalam mulut kan macam saya sebab leka tengok show tuh or sure masa tuh tengah ketawa mengekek2 sampai biji mata RK terjojol keluar sebab pukul 5am dok bising2.

semuanya buat lawak secara spontan. boleh hilang mata ketawa kekadang.

enjoy!

sucess jugak ni


from google

saya memang tak kan sempat nak tengok cerita ni kat tv coz selalu clash dengan bola. kalau ada bola memang alamatnya saya takde peluang la nak tengok tv kan.

so selalunya saya akan layan cerita ni dalam website 8tv jek. tuh pun nak habiskan 1 episode pun susah.

memandangkan lepas bangun sahur around 4.30am, memang confirm saya tak kan sambung tido dah lepas tuh. so sementera nak tunggu hari cerah ni saya akan layan cerita ni.

at last habis juga saya tengok walaupun ending dia buat saya frust sedikit. haiihh...nape laa eza tuh mesti kena tembak? pastu kenapa la anding kena tembak? pastu kannnn ada 1 part masa luahan perasaan antara zack dengan eza...haa masa tuh mata akak berair ok. macam sweet jek. hantu bercinta dengan manusia. adushhh...

hopefully ada ghost 3:D cerita ni sangat comel walaupun orang kata cerita ni biasa jek.

p/s: lepas ni nak layan cerita apa lak ek?

success!

akhirnya dapat gak saya berbuka dengan RK berdua buat pertama kalinya:D eh lupa lak si kecik pun berbuka sama. sebab dia pun sibuk nak makan nasi kan. tak nak makan baby food. alahaii...macam orang besar jek lagaknya

masa saya tengah sibuk masak, my mom called. dia tanya masak apa tuh. pastu dia pun cerita la hari ni dia berbuka dengan my lil bro jek coz my dad nak berbuka dekat masjid. pastu siap bagitau lagi ni yang dia tak masak. just beli mcD jek la. amboi suka kalau nak makan yang bukan2 kan bila my dad takde ni. kalau my dad ada dia nak makan nasi jek. tak nak lain selain nasi and yang penting my mom yang kena masak. bukan beli ok.

dia tanya saya ingat tak hari ni hari apa. so saya terus wish dia happy birthday. memang ingat nak wish pun tapi dok leka dengan mengemas la, beli barang dapur la pastu sambung cuci baju la. anak yg tidak mithali sungguh aku ni. my 2nd sis yang laju wish dia. don't worry, i'll buy her a cake. secret recipe. fav dia.

owh ya, i managed to masak 3 dishes. berpeluh ketiak den ni haa terkangkang pun ada. RK teringin nak makan lauk ikan tenggiri kicap. pastu saya pun nak masak kicap gak tapi ayam la. lastly RK request nak makan sayur taugeh and tauhu. jenuh ok saya surfing kat internet semalam hahaha adoiii memalukan sungguh. nak masak sayur simple macam tuh pun nak surfing kan. nak buek camnor...dulu degil tak nak belajar masak ngan mak..haa sekarang padan la muka

so esok saya akan berbuka dekat rumah my mom:D suka! tak payah masak ni. confirm balik nanti akan bawak mangkuk tingkat pulang untuk sahur huhu RK pula kena kerja shift sampai pukul 8pm. so dia akan berbuka dekat office.

Saturday, August 22, 2009

1st ramadhan

actually saya excited sangat bila datang bulan ramadhan kali ni.

sebabnya...this is my 1st ramadhan yang saya kena independent. maksudnya, no more dah mama yang masak untuk berbuka. no more mama yang sediakan untuk bersahur. no more ada orang yang kejutkan saya bersahur. no more ada orang yang ingatkan saya doa untuk puasa:D

patutnya last year lagi saya patut dah independent ni tapi last year saya dalam pantang. so kena postponed la kan.

kalau dulu masuk jek waktu berbuka, baru la nampak batang hidung saya dekat dapur kan. bukannya nak tolong my mom masak. lagi mau layan perasaan sendiri kan dalam bilik. selalu gak la kan kena membebel dengan my dad tapi dah nama pun kepala batu kan. buat bodo jek la. ni bila kena stay sendiri baru la menggelabah nak masak la. nak call my mom la macam mana nak masak tuh ni la. terkial2 surfing internet cari resepi la. padan muka.

lepas tuh kalau time sahur, selagi my dad tak gegarkan pintu bilik selagi tuh la me and my lil bro tak kan bangun tau. lepas tuh selalu lupa lak nak gosok gigi and basuh muka. tak pasal2 kena sound kan pepagi buta.

oh ya lupa lak. selalunya bila bulan puasa ni, my dad kiranya macam ada tugas khas iaitu selain kena kejutkan kita orang waktu sahur, my dad juga 'bertanggungjawab' untuk ingatkan kita orang supaya baca niat puasa hahahaha adoiii bila kenang balik macam malu jek kan. dah besar gabak tapi still mak ayah kena buat macam tuh kan.

tapi sekarang tiada lagi dah benda2 tuh semua.

malam semalam punyer la semangat masak sambal goreng ikan bilis. pastu masak nasi pulak. gigih ni.

lepas tuh set jam bangun pukul 4.45am ni coz nak kena panaskan nasi, masak air panas pastu masak telur dadar and last sekali panaskan lauk rendang yang my mom kasi semalam:D

lepas dah sedia baru la kejutkan RK bangun.

yang bestnya, RK dah habis makan ni. saya pulak tak bangun2 lagi. dok la tambah nasi. ratah lauk. buat nescafe susu la. aiyooooo camner jek ni? lapar ke sebab excited sahur...hmmm...

sementara nak tunggu subuh kita orang pun layan la tv. boleh pulak masa tuh saya tanya RK waktu buka nanti nak masak apa huhuhu stress jek member kan.

rupanya jenuh jugak nak pikir masak apa untuk berbuka ni.

fikir punyer fikir sampai tengah hari, my mom call.

"hari ni berbuka kat umah mama ek?"

my mata terus bling2 kan. tapi saya kan nak independent...

"eh takyah la, ma. dah la weekdays nanti nak makan kat sana lepas tuh weekends pun nak berbuka kat sana. kang jenuh lak mama nak kena masak banyak."

waaahhh ayat kemain lagi kan. nak jadi anak mithali la katakan:P

my mom:

"alaaa takpe. sebab hari ni kan 1st puasa. meh la datang sini. kawan mama ada buat niaga ayam percik. ni mama call and order kan."

me:

"laaaa tak yah la." sebenarnya dalam hati ni meronta2 nak kan. tapi bercampur baur pulak dengan semangat independent kan.

"jom la. mama masak banyak ek petang ni. datang tau."

terus saya..."ok!"

hahahahahaha tengok..salah siapa sekarang ni? saya ni punyer la semangat nak independent tapi...independent la sangat kann...adoiiii...



Friday, August 21, 2009

sedih

semalam bila balik rumah tengok motor my lil bro ada dekat rumah my mom. terkejut gak la kan coz jarang dia balik awal.

tapi bila masuk rumah sekali macam dia takde. so i asked my mom mana jek pergi anak bujang sorang ni kan.

rupanya salah seorang kawan lil bro meninggal. so dia pergi menziarah.

my mom cerita macam mana kawan lil bro tuh boleh meninggal.

rupanya dia lemas dekat janda baik janda baik rasanya.

actually dah 2 hari dia hilang.

2 hari before kejadian, kawan lil bro tuh kena pergi cari lokasi dekat area janda baik. lepas tuh ntah macam mana dia and the geng pergi singgah mandi dekat 1 kawasan ni. maybe sungai la kot. so lepas semua orang dah mandi and nak balik, kawan lil bro ni cakap dia nak mandi lama sikit. dia nak syampoo kepala. so kekawan yang lain ni pun gerak la masuk kereta. kebetulan pula ada seorang kawan tuh tertoleh dekat dia. sekali nampak kawan lil bro ni macam tercungap2 tak boleh nak bangun. kelam kabut kawan yang sorang ni tarik dia tapi still tak boleh jugak. so dalam keadaan terpaksa kawan ni terpaksa lepaskan tangan kawan lil bro ni coz kalau dia tak lepaskan sure dia akan tertarik sekali.

lepas tuh kawan lil bro ni terus tenggelam and langsung tak timbul balik.

selama 2 hari polis cari dia.

rupanya kawan lil bro ni tak silap saya la kan...terbenam ke dalam. kaki dia tersangkut dekat batu-batu:(

al-fatihah...actually saya lupa la nak tanya nama arwah. main cerita jekk kan. aiyoo...

my mom simpati dengan wife dia and three kids.

macam tercengang la saya kan. muda lagi dah ada anak 3?

rupanya habis jek sekolah dia dah kawin.

tetiba macam teringat masa saya sekolah rendah. kita orang pergi camping ke janda baik. one of our students hampir lemas di bawa arus. luckly ada seorang lelaki cepat2 tarik2 dia ke tepi. kalau tidak...tuh pun that girl macam dah hampir2 pengsan sebab terlalu banyak hirup air.

p/s: cair dah telinga my lil bro sebab kena membebel dengan my mom coz dia ni rajin gak nak pergi2 mandi sungai la laut laa

Thursday, August 20, 2009

teruskanlah by agnes monica

suka lagu ini





Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali

Pernahkan kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan

Reff :
Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku tapi
Orang lain bagiku

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau begitu

Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta bukan
Kebutuhan mu

Back to reff.

Hoo.. Hooo

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau.. kau begitu

Teruskan lah… teruskan lah..

yeaabedabedooooo

jeng jeng jeng

bulan puasa adalah salah satu bulan yang saya sangaaat suka:D

sebabnya...

working hours saya hanya pukul 8.30am - 4.00pm

yerr saya tau. kena puasa. this time geng budak2 nakal dekat office dah takde. tiba2 teringat masa zaman dengan diorang dulu...

serious rindu mereka semua

selamat berpuasa! muaks!

p/s: elly, adakah perasaan cemburumu datang? huhuhu saja jek nak kasi bakar kann

i'm not pregnant

semalam saya terpaksa ambik half day coz kepala saya sakit teramat sangat. sampai rasa nak pandang pc pun tak boleh pastu asyik la rasa nak muntah kan.

memula tuh chat dengan kekawan at ym. boleh la elly cakap...

"yannn jangan makan activefast dulu..pegi check doc dulu..."

bila dia cakap macam tuh terus macam senyum la kan. sure dia ingat saya ni pregnant sebab pening and rasa nak muntah.

nope! saya yakin saya tak pregnant tika ini walaupun saya dah stop ambik injection hormon. sebabnya...saya period laa waktu nii...:D

lepas dah chat tuh masuk pulak bilik accounts. borak dengan dia jap. dia pun boleh la. baru cakap pening dia dah macam xcited kan. cakap my 2nd child is coming...suka2 dia jek kan.

lepas tuh masuk bilik mr ceo pulak coz nak mintak permission balik after lunch.

mr ceo:

"kenapa nak balik lepas lunch?"

me:

"saya macam tak sihat la. saya pening sampai mata pun tak boleh nak bukak." berani pulak cakap macam tuh kan

mr ceo:

"eh yan sakit apa jek ni? lately ni yan banyak mc. ada sakit apa2 ke?"

me:

"eh takde sakit apa pun."

mr ceo:

"ni dah check doc ke blom? ntah2 ada apa2 kot dalam perut tuh..."

pappp! rasa macam nak tepuk dahi jek waktu tuh. sure dia ingat saya ni pregnant.

me:

"eh takdela. saya rasa saya ni kena migrain. sebab saya ada migrain."

mr ceo:

"oooo migrain. macam saya la ni. lain kali jangan minum coffee"

pantas jek saya geleng kepala kan.

"eh mana ada." tipuuuuuu...hari2 dok layan nescafe dengan milk kannn hahaha

mr ceo:

"tak pun yan ni ada fikir sesuatu dalam kepala tuh. yan nak sangat settle benda tuh tapi tak settle2 jugak. betul tak?"

ok...masa ni saya memang macam blur apa yang mr ceo cuba cakapkan tuh.

pastu mr ceo ulang balik ayat yang sama.

terus saya macam...

"haaa betul la tuh" terpaksa gak la saya iyekan jek sebab saya memang dah tak larat nak cakap apa2 dah. rasa macam nak pengsan jek waktu tuh. boleh plak time macam ni dia nak cakap panjang lebar kan...

lepas tuh baru la dia approved cuti saya.

pastu terus berdezuummm balik rumah and tidur!!! nikmatnya..tapi takdela nyenyak mana pun sebab kepala still berdeyut lagi.

tak boleh jadi ni.

so nak tak nak saya jumpa dengan my doc. masuk2 jek dia terus senyum. and saya pun terus la buat sesi luahan perasaan kan.

tapi kali ni doc ni tak cakap saya pregnant. dia cakap lain la pulak.

doc:

"u diet ke?"

me:

"hah? diet? mana ada"

doc:

"you ni pening sebab makan tak betul ni. kandungan gula u rendah"

tercengang gak la saya masa ni kan. bila fikir balik baru teringat. lately ni saya jarang makan. bukan sebab nak diet ke apa tapi sebab saya takde selera nak makan.

doc:

"lagi satu bila free cuba u pergi check ur mata. sebab u kerja mengadap pc jek kan. maybe ada kemungkinan u pening sebab tengok pc"

owhh. saya just angguk jek.

and taadaaa...the doc bagi saya pills pening, vitamin and angin. aiyoooo bosan laa kena telan ubat nii..haishhh...

p/s: bfast pagi ni semangat beli meehoon+ayam goreng+telur mata. but still makan separuh jek. pastu lunch makan mcD bersama sunday choc. yummy! malam ni sure makan nasi dekat rumah mama :D

menyedihkan

for temporary ni my office takde phone, bermaksud semua orang takleh guna phone accept 2 meja jek boleh pakai phone.

and salah satu meja tuh meja saya la.

tengok tuh. ada 2 phone ok.

part yang paling leceh sekali bila ada phone masuk. dah la dua2 bunyi phone ni macam lebih kurang sama jek. so kalau ada bunyi jenuh makk ok fikir phone mana yang bunyi. selalu jek saya tertipu. ingat phone ni. punyer la jawab semangat sekali phone lagi satu la. stress!!!

yang lagi satu leceh nyer kalau ada orang nak buat call. so mana2 staff yang nak buat call kena la datang 'menziarah' tempat saya yang tak seberapa ni. stress ok! bukan stress diorang pakai phone tapi stress sebab buat masa ni xde privacy. kalau masa tuh saya tengah surfing baca blog orang, ada pulak yang tegur...

"buat apa tuh? baca blog sapa jek tuh?"

tak pun...

"eh main game apa jek tuh?" eh bongkar lak rahsia aku main game kan huhuhu

or

"buat keje apa tuh?"

adoiiii stress aii ni tau. asal datang sini jek ada jekk kan soalan2 yang membina nii...dah la saya ni jenis macam malas nak layan sangat kalau dah ada depan pc ni. suka buat hal sendiri jek. yerr kekadang saya suka jadi kera sumbang dekat office ni:D and kekadang suka berborak. ikut time la...

nasib baik that guy from panasonic ada call pagi tadi. cakap nak hantar pabx kita orang tuh hari ni. haaaaaaa leganya...owh ya..our pabx tuh kena sambar kilat laa masa weekend hari tuh. habis rosak power supply dia.


Wednesday, August 19, 2009

blog saya sudah ada sarang labah2

semalam punyer la hujan lebat.

masa keluar office ok lagi. cerah. bila dah sampai jalan tun razak terus macam ketakutan jek. sebab langit gelap giler. nak pulak ada kilat memancar kan. lagi la makk takut. terus kasi tutup radio yerr saya memang penakut kalau ada kilat2 ni. hujan lebar xpe lagi tapi kilat ni tak boleh. nanti bila tengah drive boleh pulak terkujat tekan brek kan. bahaya.



ni masa tunggu RK. kilat2 ni ada hati pulak nak ambik pic kan. sebenarnya tengah layan kebosanan.

ni pic masa otw nak balik rumah. dekat kl punyer la gelap gelita. bila sampai gombak terus macam cerah jek kan.

note: blog yang tiada hala tuju. saja jek buat blog macam tuh sebab macam dah lama jek tak update blog kan :D

Wednesday, August 5, 2009

trouble is a friend by lenka



Trouble will find you no mater where you go, oh oh.
No Matter if you're fast no matter if you're slow, oh oh.
The eye of the storm and the cry in the morn, oh oh.
Your fine for a while but then start to loose control.

Chorus 1:
He's there in the dark,
he's there in my heart,
he waits in the winds
he's gotta play a part.
Trouble is a friend,
yeah trouble is a friend of mine. oh oh!

Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh.
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh.
He sees what I see and he knows what I know, oh oh.
So don't forget as you ease on down the road.

Chorus 1

Chorus 2:
So don't be alarmed if he takes you by the arm.
I won't let him win, but im a sucker for his charm.
Trouble is a friend,
yeah trouble is a friend of mine. Oh oh!

Oh how I hate the way he makes me feel.
And how I try to make him leave; I try.
Oh Oh I try!

owh saya sangat suka lagu ini. comel! mostly lagu lenka memang saya suka dengar.

malu laa!

bila ingat balik scene tadi macam nak ketawa pun ada.

macam ni..

hari ni macam me and my officemates terasa sangat nak makan maggie cup. memandangkan kita orang pun dah tak tau nak lunch apa kan. so pergi la turun pergi supermarket and beli maggie cup and yogurt -dah macam wajib plak makan yogurt during lunch. ni semua terpengaruh dengan rakan sekerja-

so lepas dah beli semua naik la atas. masa tuh ingat mr ceo dah keluar lunch. so saya pun kasi ngaap jek kat meja sendiri. malas nak masuk bilik account or pantry. sekali mr ceo ada dekat dalam bilik dia la.

elok saya nganga jek mulut nak sumbat maggie, mr ceo pun elok la bukak pintu and sergah saya, tanya something. nak tak nak kasi ngap jugak la maggie tuh. tak kan nak kasi keluar balik kan:P

tapi masa dia tanya something tuh, mata dia sempat lagi tengok ada sorang staff admin ni. maggie gak. tinjau bilik account. pun maggie gak. tapi mr ceo takdela cakap apa.

so around pukul 2pm, dia pun keluar dengan office assistant. elok jek dia balik, office assistant tuh pun bawak la i bucket kfc and letak atas meja saya.

"hah? kfc sapa jek ni?"

"ni haa mr ceo belanja satu office. suruh makan."

memula tuh macam..owh okla rezeki ni tapi bila dah lama macam baru teringat. ke dia kesian sebab tengok staff dia makan maggie? huhuhuhu

alaaa orang dah nak belanja kan...kasi ngaap sudah. mau pelik2 lak kan...

yang best tuh masa kita orang dok melantak kat pantry, punyer la kita orang ketawa tak ingat kan. sebab dok fikir adakah mr ceo ni belikan kfc sebab kita orang makan maggie tadi ke or sebab lain kan. apa2 pun..thanks to mr ceo coz belanja kfc:D

happy 1 year old!

yeaahaaaaa

semalam anak saya sudah masuk 1 tahun! happy birthday!!!


sob sob...sayu kejap. rasa macam baru jek habis confinement kan. uwaaaa...

betul..memang macam sayu jek. nak pulak semalam before kita orang keluar nak pergi jumpa her paed, dia macam boleh berjalan beberapa langkah. RK siap ambik video lagi. masa tuh saya baru nak bersiap. sekali dengar RK macam jerit suka so terus keluar bilik and tengok dia tengah dok bertatih beberapa langkah. bila tengok dia berjalan terus meleleh jek air mata kan..adusshhh..sungguh sensitive bila bab2 macam ni...:(

happy birthday lil ballerina! be a good girl ok..muaks!

p/s: itu latest pics dia.