Saturday, August 22, 2009

1st ramadhan

actually saya excited sangat bila datang bulan ramadhan kali ni.

sebabnya...this is my 1st ramadhan yang saya kena independent. maksudnya, no more dah mama yang masak untuk berbuka. no more mama yang sediakan untuk bersahur. no more ada orang yang kejutkan saya bersahur. no more ada orang yang ingatkan saya doa untuk puasa:D

patutnya last year lagi saya patut dah independent ni tapi last year saya dalam pantang. so kena postponed la kan.

kalau dulu masuk jek waktu berbuka, baru la nampak batang hidung saya dekat dapur kan. bukannya nak tolong my mom masak. lagi mau layan perasaan sendiri kan dalam bilik. selalu gak la kan kena membebel dengan my dad tapi dah nama pun kepala batu kan. buat bodo jek la. ni bila kena stay sendiri baru la menggelabah nak masak la. nak call my mom la macam mana nak masak tuh ni la. terkial2 surfing internet cari resepi la. padan muka.

lepas tuh kalau time sahur, selagi my dad tak gegarkan pintu bilik selagi tuh la me and my lil bro tak kan bangun tau. lepas tuh selalu lupa lak nak gosok gigi and basuh muka. tak pasal2 kena sound kan pepagi buta.

oh ya lupa lak. selalunya bila bulan puasa ni, my dad kiranya macam ada tugas khas iaitu selain kena kejutkan kita orang waktu sahur, my dad juga 'bertanggungjawab' untuk ingatkan kita orang supaya baca niat puasa hahahaha adoiii bila kenang balik macam malu jek kan. dah besar gabak tapi still mak ayah kena buat macam tuh kan.

tapi sekarang tiada lagi dah benda2 tuh semua.

malam semalam punyer la semangat masak sambal goreng ikan bilis. pastu masak nasi pulak. gigih ni.

lepas tuh set jam bangun pukul 4.45am ni coz nak kena panaskan nasi, masak air panas pastu masak telur dadar and last sekali panaskan lauk rendang yang my mom kasi semalam:D

lepas dah sedia baru la kejutkan RK bangun.

yang bestnya, RK dah habis makan ni. saya pulak tak bangun2 lagi. dok la tambah nasi. ratah lauk. buat nescafe susu la. aiyooooo camner jek ni? lapar ke sebab excited sahur...hmmm...

sementara nak tunggu subuh kita orang pun layan la tv. boleh pulak masa tuh saya tanya RK waktu buka nanti nak masak apa huhuhu stress jek member kan.

rupanya jenuh jugak nak pikir masak apa untuk berbuka ni.

fikir punyer fikir sampai tengah hari, my mom call.

"hari ni berbuka kat umah mama ek?"

my mata terus bling2 kan. tapi saya kan nak independent...

"eh takyah la, ma. dah la weekdays nanti nak makan kat sana lepas tuh weekends pun nak berbuka kat sana. kang jenuh lak mama nak kena masak banyak."

waaahhh ayat kemain lagi kan. nak jadi anak mithali la katakan:P

my mom:

"alaaa takpe. sebab hari ni kan 1st puasa. meh la datang sini. kawan mama ada buat niaga ayam percik. ni mama call and order kan."

me:

"laaaa tak yah la." sebenarnya dalam hati ni meronta2 nak kan. tapi bercampur baur pulak dengan semangat independent kan.

"jom la. mama masak banyak ek petang ni. datang tau."

terus saya..."ok!"

hahahahahaha tengok..salah siapa sekarang ni? saya ni punyer la semangat nak independent tapi...independent la sangat kann...adoiiii...



2 comments:

~chacha~ said...

elellee...
malu tp mahu kan kan kan..
:)

jojomy said...

hahahaha
tuh la pasal
ambik kesempatan jek tuh babe