Thursday, December 31, 2009

for 2010!

during lunch hour saya telah membuat sesuatu yang tak pernah saya buat....

saya telah menjadikan rambut saya...very very short!!!

thanks to my hairstyler, jeff@ponytail. beria2 dia cakap style rambut tuh sesuai on me kan.

sedangkan dia tak tahu yang saya dah lalu depan kedai dia 2kali ok sebab macam tak confident jek nak potong ke tak. serious takut!

tapi sekarang tidak lagi. saya suka suka suka dengan rambut baru saya.

p/s: lupa bawak camera. later la saya upload pic k.

boleh la

last week adalah hari saya bercuti memasak**err bukan hari2 ke saya cuti masak:P**

memandangkan saya perlu membeli a new dress for lil bellerina coz esok ada wedding RK's cousin at pwtc, we decided to have lunch at ayam penyet@wangsa mall.
memang macam ala2 teruja jugak la nak makan dekat situ sebab selalu dengar orang cerita makan dekat situ.

too bad...saya tak rasa pun makanan dia sedap. sorry. saya rasa biasa jek and dia punyer sambal tuh serious air mata saya boleh keluar. sambal dia tuh macam ala2 sambal belacan pun ada. maybe saya ni not into sambal belacan tuh sebab takde selera kot. ok..ini yang RK pesan for himself yours truly punyer makanan walaupun dah makan sepinggan nasi dengan lauk but still saya rasa ala2 kelaparan jek. maybe sebab macam makan terpaksa jek. walaupun saya cakap tak sedap tapi saya tengok orang lain kemain selera jek. jelous la pulak kan.

well...bak kata RK, saya ni kan cerewet makan:)

seperti biasa kalau pergi wangsa mall memang tak sah kalau lil bellerina tak naik ni...

tapi bila letak jek duit and that thing pun bergerak dia pun terus melompat keluar kan. aishh..

p/s: saya sungguh kecewa kerana tidak jumpa dress yang sesuai for lil ballerina:( tapi saya paksakan diri untuk beli juga
**kata takde yang berkenan tapi sempat gak la rembat sampai 2 helai kan**

Tuesday, December 29, 2009

pencuri

kesian to my sis

last week rumah dia dimasuki pencuri:(

masa tuh dia and hubby keluar dinner dekat luar. around 9.30pm dia keluar and 10.30pm dia balik. sampai2 jek tengok rumah dia dah berselerak. pantas betul diorang ni merompak kan.

barang yang besar2 diorg tak ambik cuma macam cash, barang kemas and barang yang paling my sis sayang..her new laptop. my 1st sis kasi laptop tuh as a birthday present dia. baru jek dapat. kesian my sis. dia sayang sayang dengan laptop dia tuh.

my bil punyer la marah sebab ada guard tapi macam mana still orang boleh masuk mencuri lagi. maknanya sama ada guard tuh sambil lewa bagi orang masuk or orang dalam tuh juga yang mencuri. bukan nak tuduh cuma pelik jek. penat bayar mahal2 maintenance fee for apartment tapi still juga benda2 yang tak diingini berlaku. my bil bengang la kan.

tiba2 saya pun macam seram gak. yelah kononnya nak dok rumah yang ada guard selamat la sikit tapi tak kan.

walaupun every hour my guard**cewah my guard la**akan selalu round every floor untuk check every unit yang ada but still...kena xtra careful.

tapi kalau ada kasut or selipar yang cantik2 ni tolong la jangan letak kat luar kan. laju jek diorang songlap. cis! nasib baik la akak ni jenis pakai selipar jamban jek. cuma kasut RK jek la nak kena jaga kan. dah la RK jenis lupa nak bawak masuk ke dalam. kalau setakat cap ayam ok lagi tapi kalau dah spend beratus untuk kasut tuh mau menangis gak kan bila hilang. kaki ayam la gamaknya pergi keje.

kalau la dapat tangkap pencuri tuh akan ku lumat2 cili api dan tenyeh kat mata dia kan. biar buta and tak boleh nak merompak lagi. suka nak ambik hasil titik peluh orang.

janji vampire

sob..sob..sampai sekarang still tak dapat tengok new moon lagi..uwaaaaaa takpela. nanti movie ni dah basi baru la saya boleh tengok kan. apa kan daya...

tapi takpe. walaupun tak dapat tengok movie chenta saya...tengok cerita sepupu dia pun jadi la.

taadaaa

the vampire diaries. addicted!

yerr memang hobi saya suka nak addicted. hari tuh the hills. belum habis season 3 saya dah tukar cerita lain kan. sekarang ni the vampire diaries lak.

layan gak la. cerita dia lebih kurang sama jek macam twilight tuh. cuma cerita ni bersiri jek. ia merupakan seksaan okay nak tengok cerita bersambung2 ni**kenapakah saya dapat rasakan hero cerita ni style dia macam chenta saya ek? tiru la tuh! huhu**

RK dah pening sebab tengok saya layan cerita2 macam ni. tuh la sapa suruh ajar saya tengok twilight dulu kan...RK stress sebab ntah kali ke berapa puluh saya asyik tengok cerita twilight dekat astro. asal keluar twilight jek sure saya dah terpacak depan tv.

jangan salahkan saya ek..salahkan astro tuh haa dok ulang2 cerita twilight:D

image: Google

dolu-dolu

ingatkan dah takde la pic lama2 ni kan...sekali ada la!

tapi kali ni memang lawak. my cousin siap cakap la muka saya macam orang sarawak. sampai hati dia kan hehe

lihat la...bak kata my cousin..wajah2 kami yang tidak matang ketika itu:D

ok fine. saya boleh lupa yang berbaju hijau tuh adalah adik saya sendiri. camnor tuh?

Monday, December 28, 2009

mari memasak

saya tuh RK ada request masak black pepper chicken.

taadaaa


ayam saya tuh dah macam apa jek kan. nampak scary ok.

saya asingkan gravy dia sebab nak makan sampai dinner. kalau mix kang 'layu' pulak ayam saya kan.

RK makan bertambah2 tapi saya makan sekali jek. macam tak lalu la pulak. apa daa sendiri masak sendiri tak lalu kan:P

RK kata saya tak lalu makan sebab saya selalu in comfort zone. Nak makan or buat benda yang sama jek. tak boleh nak accept benda baru.

iye ke?

tak kisah la...janji RK happy kan. saya memang suka nak cerewet2 ni. tak boleh nak diubah dah hehe

owh malam ni nak kena masak paprik daging untuk bekalan esok. gigih ni cari resepi kat internet sebab dalam fridge ada daging**nape la RK pergi beli daging dekat pasar malam kan huhu**

Saturday, December 26, 2009

swimming!

last week lepas jek bfast session dengan my lovely girls, myra and linda, saya terus bawak lil ballerina swimming dekat bawah.

sampai2 jek tengok macam best pulak kan kalau dapat berendam ni.

naik atas jap ambik towel and tukar baju, terus laju jek turun bawah. lil ballerina siap pakai topi lagi. macam nak pergi berkelah jek

memula lil ballerina macam ala2 takut jek. yelah air dia macam sejuk sikit. lepas dah lama2 tuh baru dia suka.

oh ya...lil ballerina ada kawan. that lil boy swimming sorang2 jek. lil ballerina lagi la suka nak berendam sebab ada geng. nak plak that lil boy pun melayan dia kan.

ok...lepas dah macam kecut2 jek si kecik ni, nak suruh dia naik memang susah. siap meraung lagi. habis semua blok boleh dengar suara dia.

lepas ni nak beli float dia la and proper bikini:P coz RK nak ajar dia swimming.

err...boleh tak mummy dia nak belajar swimming gak? malu la pulak anak dah tau swimming tapi mummy dia tak tahu kann:D

Monday, December 21, 2009

terkejut

masa otw nak pergi office, ada radio bagitau yang BRITTANY MURPHY dah takde.

google

i was like...erk??? biar betul? semalam baru jek tengok movie dia deadline. itu pun tak habis tengok sebab tengok muka dia macam ala-ala serabut jek ngan saya sekali serabut kan. tuh yang malas nak tengok sampai habis.

muda lagi dah kena heart attack. eh heart attack kan dia? dengar2 macam tuh jek.

Sunday, December 13, 2009

chef at home

hari tuh RK mengidam nak makan nasi minyak. tuh yang saya kekadang malas nak tanya dia pasal makan2 ni. suka la mintak pelik2. padahal dia tau ni wife dia ni belajar memasak daripda internet jek:P mengelupur ok surfing internet cari resepi nak masak nasi minyak.

tak masak kang dia makan kat kedai bedah lak kan**tak tau la kedai bedah mana kan haha**

taadaaa...nasib baik la jadi.

tapi tang lauk tuh kelakar sikit. semuanya ayam. ayam masak kurma and lagi satu ayam goreng berempah. lantak la jadi boleh makan kan.

last week RK request lagi. dia nak makan tauhu jepun. mengelupur lagi la akak surfing kan cari resepi. tapi lupa la plak nak ambik pic kan. dah bedal sampai habis baru teringat.

hari ni RK nak makan black pepper chicken. hmmm apa tunggu lagi? mari la bersilat dekat dapur sama2. kalau ingat saya ambik pic. kalau tak ingat maknanya dah masuk perut:D

Saturday, December 12, 2009

binatang apakah ini?

serious ni 1st time saya tengok binatang ni...

memula saya ingatkan daun...sekali...

nasib baik la saya tak pegang. kalau dah pegang sure saya menjerit sekuat hati saya:D

Friday, December 11, 2009

bila by candy

currently im listening to this song. addicted ok!



BILA

kau tak berubah
slalu saja kau simpan
katakanlah yang sebenarnya
diriku tau bila kau kini tak ingin bersamaku
mengapa kau harus berdusta
yang kuinginkan
yang kuharapkan…

bila memang berakhir akhirilah saja
bila memang kau pergi lupakanlah aku
bila memang berakhir akhirilah semua
lupakanlah saja aku

diriku tahu engkau bertahan agar ku tak kecewa
mengapa kau harus berdusta
yang kuinginkan
yang kuharapkan…

bila memang berakhir akhirilah saja
bila memang kau pergi lupakanlah aku
bila memang berakhir akhirilah semua
lupakanlah saja aku

ok..on the otherhand, mr ceo ada good news tapi buat masa ini biarlah rahsia**cewah macam lagu ct lak kan**good news for the staff macam saya yang sudah 6 years mengabadikan diri untuk dia kan hahahaha macam hareemmm jek. tunggu sampai benda tuh betul2 jadi then baru saya berani nak cerita. kang cerita2 tapi tak jadi lak tak best la plak kan.

rasa leganya esok dah sabtu. lately ni rasa macam kurang rehat jek. maybe sebab lil ballerina ada batuk. asal dia batuk jek sure muntah especially bila dia tidur. so bila dah muntah masa tidur tuh for sure la atas katil kan. jenuh tengah2 malam tukar cadar, baju dia and kena pujuk dia supaya jangan menangis. lil ballerina ni bila dia muntah mula la dia meraung. macam la mummy and dad dia pukul dia kan.

tak silap saya dah 3 malam kot saya dok tukar cadar and kasi cuci. dah la mata tuh macam tak boleh nak bukak jek kan. sedar2 dah pukul 6am.

semalam my mom bawak dia jumpa our dr benard memandangkan her paed still in holiday. pelik..dengan dr benard dia tak meraung lak.

so hari ni lil ballerina makin ok dengan batuk dia. lega.

hopefully malam ni dia tak batuk plus muntah lagi.

oh ya pagi tadi ada benda yang agak funny jadi. pukul 5am lil ballerina dah start meraung mintak susu. so RK bawak dia tidur dekat sofa in living room. lepas dia menyusu, saya pun keluar la daripada dalam bilik nak tengok kenapa jek dua beranak ni senyap jek. rupanya lil ballerina dah terbongkang atas sofa and her dad dah terlelap dekat bawah.

ok fine. tengok diorang dah sedap membuta saya pun terus la iron baju. dekat living room sebab nak mengadap tv punyer pasal. elok2 saya habis iron, terkejut tengok lil ballerina bergolek2 terus jatuh hempap dad dia. tunggu gak kot2 dia nangis ke or her dad terbangun ke.

rupanya....TIDAK! si kecik tak terjaga langung and yang si besar pun sama gak. elok jek membuta. aishhh..dasyat gak bila anak and ayah bersatu tidur ni kan.

Tuesday, December 8, 2009

diarrhea again...?

lil ballerina kena diarrhea lagi:(

but this time takdela saya panik sangat sebab dah tau nak buat apa. dulu yerr bila my mom call jek terus la bergenang mata saya kan. panik plus takut.

nak bawak lil ballerina jumpa her paed pun tak boleh jugak coz her fav paed**mummy's fav actually:P**sedang bercuti sekarang ni.

luckly saya still simpan lagi ubat dia plus saya suruh RK belikan formula milk without lactose. saya kena buat ORS sendiri. kalau esok makin teruk gak kena bawak lil ballerina jumpa her 2nd paed.

boleh la RK tanya nak beli susu apa. see...mummy jugak kena cari kan. harapkan dad dia cari memang sampai esok pun tak jumpa. dia tau beli jek.

actually saya dah lupa susu apa yang paed kasi dulu. so nak tak nak saya kena berlari turun ke supermarket bawah and cari fomula milk tuh. jenuh ok. dah la termengah2 pastu call RK suruh cari susu tuh and beli memandangkan RK dah ada dekat my mom's place untuk bagi ubat.

Monday, December 7, 2009

i'm back!

...kembali mengadap kerja yang menimbun:( gigih bekerja ni.

dah la pinggang saya ni sakit. maklum la baru seminggu jadi surirumah dah pinggang terkehel kan. camnor tuh?

sekarang ni baru saya tau jadi housewife ni lagi mencabar daripada kerja dekat office. serious. saya tabik spring dengan my mom and mana2 housewife. saya baru seminggu jadi housewife dah macam2 sakit kan.

hajat di hati nak la update blog every single day jadi housewife ni tapi...tak kesampaian. saya memang online tapi ngadap game@fb je la. tuh jek sempat. lepas tuh gigih mengemas rumah la, basuh baju yang sudah sama tinggi dengan bt caves, pastu masak **haha masak la sangat. masak nasi jek. lepas tuh petang suruh RK beli lauk:P** and bla bla. serious sibuk memanjang. sedar2 jek dah malam.

nanti saya update apa yang patut k. sekarang ni saya mahu mengadap kerja yang menimbun2 ni sambil layan game@fb.