Wednesday, March 31, 2010

azri's reception

ni kira sepupu sepapat laa...

err actually dah lupa dia ni pangkat apa dengan saya. anak saudara ke cousin ke sebab macam dah berpangkat2 kan

yang best tuh saya tak tahu la nama dia apa. adoiii masak! disebabkan nak update blog saya gagahkan diri mencari sepanduk dekat pintu masuk hahahaha teruk betul tapi nama mak and ayah dia saya tau cuma dia ni jek saya tak tau. maybe sebab jarang jumpa kot


reception tuh buat dekat kampung pengantin. dulu tak silap saya kampung pengantin ni dekat ampang kan


RK excited nak ambik pic pintu gerbang ni. saya ingatkan dia menghilang pergi ke lori mangomango**lori yang menjual icecream**memang masa saya nampak lori tuh terus dah set dalam kepala otak ni tak nak makan nasi. nak makan ice cream dulu haha tak senonoh! mengalahkan budak kecik


the dais. disebabkan meja kami punyer la depan sekali so tak payah susah2 nak bangun and ambik pic. daripada meja kami rileks jek ambik pic


ini la dia pengantin yang comel itu.

masa saya tengah sibuk makan, rupa2nya lil ballerina sibuk buat conference...


blur sikit tapi saya suka pic ni. nampak sungguh comel sekali dua bodyguard itu. seorang muka serious and sorang lagi macam sedang bercakap sambil ketawa

muka lil ballerina tuh tak payah nak cakap la. asyik muka pelik jek kerjanya


mesyuarat tingkap yang tak sudah2 :D


lil ballerina kalau nampak baby dia lah yang paling excited sekali. nak kiss la nak pegang la nak gosok kepala la...semuanya dia nak bolot sorang**adakah ini petanda yang anak saya mahu adik? gulp!**

owh ya mummy kepada baby ini merupakan antara sepupu sepapat yang rapat masa kecil dulu. sama2 main masak2 bila jumpa. now giliran anak2 kami pula yang main masak2 bersama. eh jap itu baby boy. mana boleh main masak2. tak macho. owh main kahwin2 hahaha

tak banyak pic. sebab masa tuh masing2 sibuk nak mengadap lori mangomango :P

yang banyak adalah pic lil ballerina & geng bas sekolah

benda kecil jek

saya rasa la kan...ni rasa jek...

ada orang kat 1st floor rumah saya ambik SARUNG BANTAL saya la**masa ni sure cik putih gebu gelak ni**

last week saya nampak jiran tuh dok sidai sarung bantal tuh. sehelai jek tau. saya pun macam cakap la kat RK...

"orang tuh pakai sama corak ngan kita la"

lepas tuh saya nampak lagi. sidai sehelai jek. ok masa tuh saya dah start pelik. sebagai seorang yang membasuh kain juga mesti la nampak pelik kan. ko basuh sarung bantal mesti la berpasangan kan i mean selalu basuh dua2 sarung bantal la kan tapi jiran ni basuh satu jek. dan saya baru perasan selama ni dia tak pernah pun basuh apa2 cadar or sarung bantal. tiba2 jek sekarang ni baru ada**saya memang pakar dalam bab memerhatikan keadaan sekeliling ni**

fine.

maybe kebetulan jek kot apa yang saya fikir

sampai la satu hari tuh saya baru perasan sarung bantal fav saya tuh dah takde. ada sehelai jek

sah!

mesti masa saya sidai sarung bantal tuh angin tiup kuat and membuatkan sarung bantal kesayangan saya tuh melayang jatuh ke bawah. tak mungkin la dia boleh melayang sampai ke rumah dia kan. sebab kedudukan rumah dia tuh agak jauh sikit daripada rumah saya**macam belajar geografi la pulak kan** selalunya kalau ada kain or anything yang terjatuh ke bawah, cleaner akan ambik and sangkutkan kat tepi pintu lift. so sapa2 yang berkenaan boleh la ambik balik.

saya nak mintak balik**sebab tuh hadiah kahwin saya. orang bagi. kesian orang yang belikan tuh**tapi RK tak kasi. dia kata...

"sarung bantal jek"

haish!

tak faham la dengan jiran ni. dah tau tuh orang punyer kenapa la still berani nak pakai kan. dia tak rasa geli ke? kalau saya dah geli dah walaupun saya dah basuh plus rendam dengan air panas. sebab terbayang kalau orang tuh tidur ada kutu pulak kepala dia. tak pun dia tidur air liur basi meleleh2 tahap gaban ni kan. eeuuwwww!

hahahaha mengarut sungguh pemikiran saya ketika ini:P ini dinamakan tidak puas hati

p/s: lepas ni saya kena xtra xtra berhati2 ketika menyindai pakaian. sekian terima kasih

Tuesday, March 30, 2010

less than 1 hour...

haishhh

inilah akibatnya jikalau mr ceo takde

for lunch...


yummy! double cheeseburger medium set. senyap jek duduk depan pc. concentrate makan

then berani pulak follow my officemates turun pergi ke supermarket. so i bought...


mc d saya still tersekat kat tekak lagi saya still nak menelan ice cream. lepas tuh lalu pulak depan ni...



rembat jugak. kononnya nak buat stock dalam laci ni. dah sampai kat cashier boleh pulak cair tengok benda ni...


ambil jugak. aiyooo

bila tunggu member yang sedang membayar segala jajan yang dia beli...kaki saya termasuk pulak kedai jual magazines...


kaut jugak! eh bukan cover ni. yang latest punyer ada alyah jadi cover girl

and last but not least...for my lil ballerina...


barney!!!

saya terpaksa mengantikan patung kesayangan dia ni kerana patung dia yang lama sudah rosak. dah tak boleh nak nyanyi lagi. lil ballerina akan campak patung tuh kalau dia picit2 tapi senyap jek takde lagu. jenuh ok nak pujuk dia. so untuk membuatkan dia tidak melalak habis satu bangunan dengar, saya belikan yang baru

boleh pulak masa otw nak naik ke office, ada pulak orang jual2 baju ni. adoiii masak! saya jalan straight jek. takut nak jeling2 hahaha

tertinggal keretapi

ok. saya memang sangat sangat ketinggalan kalau bab movies ni

buktinya sampai sekarang saya masih belum tengok cerita Twilight New Moon walaupun sudah ada depan mata. ish stress ok bila suami sendiri dah tahu ending dia macam mana tapi dia kedekut nak bagitau. penderaan.

yang latest saya baru tengok cerita ini


walaupun orang cakap cerita ni banyak benor gediknya**based on blog orang**tapi saya suka. macam comel jek. nak pulak lelaki yang berdiri di belakang fazura tuh. he's sooo cute dalam cerita ni

bila tengok cerita ni rasa macam nak naik cruise lak:P

p/s: RK geleng kepala jek bila saya suruh dia tengok cerita ni

image: google

Saturday, March 27, 2010

anak sapa la ni...

tadaaaa....

samsung netbook!

actually RK memang plan nak belikan saya netbook ni for my birthday in june ni tapi disebabkan dia sudah tidak tahan lagi mengenangkan terpaksa berkongsi laptop dia dengan saya maka dia terus ajak saya pergi beli last week

yippie

err sebenarnya RK bengang sebab dia nak buat kerja dekat laptop dia tapi saya sibuk dengan games saya dekat fb:D padahal boleh jek guna pc tapi macam kemalasan pulak nak terperap dalam bilik

disebabkan masing2 dah ada latop and netbook sendiri, jadi ada seseorang sudah mengambil-alih pc yang banyak berjasa itu...

iaitu...

si kecik yang sedang enak menghisap puting! siap request nak pakai headphone ok. masa ni dia tengah layan barney & friends yang sedang berjoget lambak.

tak cukup dekat pc...

dia pinjam kejap laptop RK

haahahaha stress jek dad dia. ingatkan bila dah beli netbook tuh takdela orang kacau dia lagi but still kena share

**tq RK! muaks!**

p/s: my camera dah color merah, netbook pun merah apa kata kalau saya request hp baru color merah lak :P banyak cantik muka ko! ingat laki beli pakai bulu hidung ke huhu

image: google


Tuesday, March 16, 2010

terapi untuk mengawal kemarahan saya ialah...

makan dominos pizza crunchy thin crust beef pepperoni medium seorang diri

lepas tuh terus tarik selimut and zZzzZZzZZZ

sungguh nikmat!

to be honest, semalam limit kesabaran saya memang dah nipis sangat2. selama ni saya boleh lagi cool boleh lagi rileks main game and boleh lagi gelak2 tapi semalam memang tak boleh sama sekali.

buktinya, hari ini saya masuk office, first thing yang saya buat ialah membuka wmp bacaan ayat al-quran. seriously saya admit saya ni takdela alim bebenor kan tapi disebabkan saya tidak mahu kemarahan saya ini makin menjadi2..so lebih baik saja bertakafur sekejap

p/s: dulu my acc manager selalu buka wmp bacaan ayat al-quran ni...ketenangannya melebihi daripada kita mendengar lagu...:)

Monday, March 15, 2010

tarik nafas...lepas...tarik...lepas...

cool babe!


ikutkan hati muda lagi panas ini..sudah lama saya menyumpah menyuruh dia pergi jahanam

**sedang meng-cool-kan diri**

toblerone! sila masuk ke dalam mulut saya sekarang jugak!


Thursday, March 11, 2010

yibaaaa

yeaahhaaaaa

finally RK dapatkan saya TWILIGHT NEW MOON!

serious happy giler! coz saya memang tunggu sangat nak tengok this movie**orang lain dah berzaman tengok saya baru terhegeh2 nak tengok**

RK cuti hari ni dengan esok. habiskan balance cuti dia last year. saya sungguh jealous sebab dia daripada pagi dok memekak sebut nama...

"bella...owh bella..."

dalam kereta pun still berani lagi nak sebut nama bella...sakit telinga saya ni haa. saja nak bikin panas sebab dia dapat tengok dulu

takpe..takpe..lepas ni saya pulak mimpikan edward cullen. muaks!

disebabkan suami tercinta cuti hari ini, saya berjaya memasak kurma ayam untuk dia**upah sebab dapatkan new moon untuk saya sebenarnya:P**

gigih ni semalam ajak RK pergi ayamas nak beli ayam. sanggup meredah sampai ke melawati. kalau beli ayam@ayamas senang sikit kerja saya sebab dia dah siap potongkan hahaha

jadi lunch saya untuk hari ini adalah nasi+kicap+kurma ayam! yummy!

Tuesday, March 9, 2010

pasal status lagi

owh my seriously badan saya memerlukan massage!

bila cakap pasal massage ni terus my mind teringat kat cik putih yang bekerja di tingkat atas. dia sangat la rajin menyuruh our cleaner mengurut badan dia menggunakan duit syilling. serious nampak pelik tapi dia sangat la suka. tapi sekarang dah takde coz cik putih sudah migrate ke negara lain :P rindu sama kamu si putih melepak

kononnya nak release tension pergi la bukak fb sambil2 tuh boleh la aii bercucuk tanam, beri ikan makan then tengok2 keadaan hotel macam mana lepas tuh nak terkejarkan lagi jadi datuk bandar:D...

lepas dah settle semua tuh gatal pula nak baca2 semua status orang...sekali mata macam ala2 terbuntang bila baca ada satu status ni. serious macam lawak ok

actually this page belongs to this one guy la. dia ni tak silap saya dah duda**baru menduda**kira macam janda berhias laa hott! tapi this guy duda berhias hehe

then datang la satu girl ni**dont know apa relationship dia dengan this guy** pergi upload pic dia sendiri dekat page that duda guy. siap buat status ala2 romantik la gitu kan

bila dah buat macam tuh orang lain pun komen la. ok la mula2 tuh saya layankan jek. baca...bla bla bla...then mula dah rasa pelik. ada another women dok kondem2 this girl. at first ingatkan bergurau tapi saya rasa macam serious jek

ada 1 ayat girl yang upload pic sendiri tuh cakap...

"yang u ni sakit hati sangat nape???? kesian lah kat u nie...cr je lah lelaki lain..."

i was like...aiyooo

lepas tuh another girl tuh boleh lak reply balik. lepas tuh this girl admit lak this duda guy only sayang dia saja. siap mention this duda guy adalah bakal suami dia. erk????

then bermula la laser meng-laser. padahal duda guy tuh rileks jek.

sometimes status dekat fb tuh memang boleh memudaratkan orang kan...hari tuh ada kes dekat office RK, ada 2 orang staff perempuan lain2 department bergumpal pasal status. siap tarik2 rambut ni. dahh tak pasal2 fb kena banned dekat sana kan. ni jadi pulak kes lain...

macam2 hal. tiba2 kepala lagi berserabut bila baca. aishhh sila mengadap kerja balik :(

p/s: saya jek nak story mory dekat sini coz nak hilangkan tension mengadap kerja:D

Friday, March 5, 2010

PD

cerita yang asyik pending saja

last month, my cousin ajak kita orang pergi short trip dekat pd.

at first malas nak overnight dekat sana. just pergi jek hotel my cousin pagi then petang balik kl. lepas tuh bila fikir2 balik bukan senang nak gamble macam ni kan so me and RK decided booked 1 bilik dekat corus paradise. my cousin and family dekat ilham resort. punyer la jauh kan

lepas tuh my dad pulak macam nak pergi sekali bila dengar kami ramai2 nak pergi sana. haa apa lagi booked pulak 1 bilik. nasib baik ada

main reason my dad nak join tuh sebab dia nak makan masakan negori. bukannya dia nak bercanda sangat pun

main reason kita orang lak sebab nak bawak lil ballerina main laut




memula lil ballerina macam takut sikit. maybe sebab ombak lepas tuh lama2 terus macam tak nak balik. siap menangis lagi bila suruh balik. jenuh ok

owh before kita orang bawak dia main laut, kita orang bawak lil ballerina mandi pool dekat ilham resort bersama cousin tercinta


float ben 10 ok! jangan memain. beli dekat pd. kebetulan pergi singgah ada gerai2 tepi laut tuh terus beli sekali la float untuk dia

punyer la excited dia dapat berendam dengan float

ini pun satu hal jugak. tak nak pulak naik. nak berendam jek. hari dah senja masa tuh. lagi sekali kita orang jenuh nak paksa dia naik. fuhhhh

banyak lagi pic sebenarnya tapi tak larat pulak nak edit then upload dekat sini. for more piccas ada dekat fb

next trip...kuantan! insyaAllah on my birthday wink wink

cant wait :D

A&W yummy

disebabkan semalam saya dok cakap nak makan A&W terus RK pergi belikan dekat wangsa mall. kalau dia tak beli harus la bini dia meroyan tengah malam nanti :P

RK belikan sekali fish burger untuk lil ballerina.

cuba tengok dia makan macam mana...


actually ni 1st time me and RK kasi dia makan burger dengan sendirinya. before this kami cubitkan skit2 bagi dia buat this time RK try kasi dia makan macam tuh.

lil ballerina berjaya makan half ok burger tuh. siap lari lagi daripada kita orang bila kita orang try nak ambik burger dia. takut betul dia kalau mummy and dad dia makan burger dia

Thursday, March 4, 2010

tolong saya

nak tumpang lalu...

sekarang ni A & W ada buat delivery ke?

atau saya kena tipu ni?

tak boleh jadi ni. mau check betul ke tak. kalau betul esok saya tak nak bawak bekal coz nak order A & W lak hahahaha

sedapnya root beer float. yummy!

p/s: kalau tak betul siap RK. malam ni jugak dia kena belikan saya A & W

....

saya sedang tersenyum puas ni

sebab baru selesai menghabiskan bekal yang saya bawak daripada rumah:D

i managed to cook nasi goreng kampung this morning. gigih ni pukul 5am dah memekak kat dapur. ini semua sebab RK dah bangun pukul 3am semata2 nak tengok bola. dia kalau pasal bola segar jek mata dia kan

apa2 pun saya sungguh bertenaga untuk membuat kerja hari ini. cewaahhh...tunggu sampai pukul 11am nanti mata macam berat jek kan hehe

ok tata

Wednesday, March 3, 2010

siong vs twilight

semalam ada cerita SIONG dekat tv9

RK paksa saya tengok ok. dia cakap ni edward cullen malaysia. beria ni suh tengok sampai habis

aii ni pun terkebil2 la tengok cerita tuh

boleh la kan bila dah habis cerita tuh saya tanya dia balik...

"tang mana edward cullen nyer?"

RK reply...

"daa...orang saja jek nak sindir..."

dushh! memang nak cari gaduh!

dah la sampai sekarang tak dapat tengok new moon lagi..:(

ada gaya stewardess ke?

last week pergi lagi time square. this time saya bawak my mom pulak. biasa la dia kan image consultant aii harus la bawak dia :P

sempat jugak grab satu kasut untuk lil ballerina. bila sarung kasut kat kaki dia terus aii sebakkkkk! sebab size kasut dia dah bertambah. uwaaaaaaaa...anak kecik saya sudah besar! serious rasa syahdu jekk :(

okla mau buat kerja.

owh ya malam tadi saya mimpi pergi interview jadi stewardess hahahah sila gelak! masa tengah dok interview tuh saya tanya diorang...

"badan macam saya ni muat ke pakai baju kebaya ni?"

bongok nyer soalan!

ni kalau cerita dekat RK mau lak dia gelak guling2...menci aii!

Tuesday, March 2, 2010

my BEE

my mil yang belikan baju ni masa kita orang keluar pergi time square.


masa ni berani pula dia menarik atas coffee table kan. rasa macam nak marah jek tapi terus cancel bila tengok dia dok shuffle. takpe la kalau patah suruh dad ganti ok:P


lepas tuh melompat lak atas sofa. sambung poco2 kat situ


last sekali melalak...

saya mahu makcik urut

cuti 3hr tidak bermakna bagi saya...cewah!

sebabnya badan saya sakit2 ni. sampai mengadap pc pun kepala macam dah nak terlentok jek. lenguh giler especially part tengkuk ni

alangkah indahnya kalau dapat urut ni. told my mom yang saya nak makcik urut masa confinement hari tuh sebab dia urut best. my mom said kena call dia dulu buat appointment. perghh makcik urut kena buat appointment dulu ok. kelasss

on the otherhand, benda yang saya risaukan telah settle. pregnant? bukan la...ni pasal kerja. from last week lagi saya risaukan job seseorang but now mr ceo telah pun decided untuk melanjutkan job dia. fuhhh kesian sebenarnya kat dia tapi tuh la sapa suh dia buat hal dulu kan. luckly mr ceo kasi chance kat dia lagi..**donno why saya yang nak risau lebih2 kan. maybe sebab saya yang mengadap dia**sempat lagi bagi warning kat that guy supaya jangan nak buat hal lagi. kerja elok2**kalah bos pulak aku ni kan**

p/s: masih lagi meratapi 'kehilangan' blog lama saya...sob sob...

arrghhhh stress!

kononnya nak tukar la template blog ni...

skali HILANG semua yang ada kat tepi2 tuh!

benci!

kena buat balik :(

sekarang sila nangis sendiri