ni kira sepupu sepapat laa...
err actually dah lupa dia ni pangkat apa dengan saya. anak saudara ke cousin ke sebab macam dah berpangkat2 kan
yang best tuh saya tak tahu la nama dia apa. adoiii masak! disebabkan nak update blog saya gagahkan diri mencari sepanduk dekat pintu masuk hahahaha teruk betul tapi nama mak and ayah dia saya tau cuma dia ni jek saya tak tau. maybe sebab jarang jumpa kot
reception tuh buat dekat kampung pengantin. dulu tak silap saya kampung pengantin ni dekat ampang kan
RK excited nak ambik pic pintu gerbang ni. saya ingatkan dia menghilang pergi ke lori mangomango**lori yang menjual icecream**memang masa saya nampak lori tuh terus dah set dalam kepala otak ni tak nak makan nasi. nak makan ice cream dulu haha tak senonoh! mengalahkan budak kecik
the dais. disebabkan meja kami punyer la depan sekali so tak payah susah2 nak bangun and ambik pic. daripada meja kami rileks jek ambik pic
ini la dia pengantin yang comel itu.
masa saya tengah sibuk makan, rupa2nya lil ballerina sibuk buat conference...
blur sikit tapi saya suka pic ni. nampak sungguh comel sekali dua bodyguard itu. seorang muka serious and sorang lagi macam sedang bercakap sambil ketawa
muka lil ballerina tuh tak payah nak cakap la. asyik muka pelik jek kerjanya
mesyuarat tingkap yang tak sudah2 :D
lil ballerina kalau nampak baby dia lah yang paling excited sekali. nak kiss la nak pegang la nak gosok kepala la...semuanya dia nak bolot sorang**adakah ini petanda yang anak saya mahu adik? gulp!**
owh ya mummy kepada baby ini merupakan antara sepupu sepapat yang rapat masa kecil dulu. sama2 main masak2 bila jumpa. now giliran anak2 kami pula yang main masak2 bersama. eh jap itu baby boy. mana boleh main masak2. tak macho. owh main kahwin2 hahaha
tak banyak pic. sebab masa tuh masing2 sibuk nak mengadap lori mangomango :P
yang banyak adalah pic lil ballerina & geng bas sekolah
No comments:
Post a Comment