Tuesday, November 24, 2009

birthday party yang simple

hari tuh kan saya cakap ada plan nak celebrate birthday chairman's PA...

success! walaupun takde la beria sangat but at least ada something for her.

**sorry kena blur kan wajah dia coz dia pun xtau yang saya nak upload dlm blog**ini la dia chairman's PA. suka dia dapat cupcakes wondermilk yang di sponsor oleh elly:D siap buat gaya ok nak makan cuppies tuh hehe

ok kalau orang perasan cuppies tuh macam kena langgar garuda jek kan. bak kata kami, macam tak ikhlas jek si elly ni kan hahahaha sebenarnya masa balik lepas beli cuppies tuh, cik elly yang comel ni ter-emergency break masa drive. so habis la terlangkup semua cuppies dekat belakang tuh.

**ini pun buat ala2 wajah dia. xtau gak nak kena upload dalam blog** semangat ni nak ambik pic dengan roses milik chairman's PA ni. bf dia kasi. every year dia akan dapat bunga yang cantik2 ni. so sweet!

next year sila kasi bunga ok RK. eh taknak bunga. takleh makan. nak chocolate! yang mahal and banyak. lepas tuh hadiah lain pulak hahahahaha tamak!

the rayyans again

last week takde buat apa, my mom ajak pergi rumah my cousin coz my aunty & family pun ada dekat situ sekali.

bila dah dengar nak pergi jumpa si kembar yang sungguh montel ni harus la laju jek kan.

ini dia budak2 comel yang sungguh la saya tak larat bila dukung. semangat dah. geram jek tengok peha diorang yang montok itu:D **tetiba rasa macam monster lak**

pic yang 2nd tuh saya beria jek suruh diorang tengok camera kan. tetiba dah posing macam terencat jek saya tuh.

masa ni lil ballerina baru bangun tido. actually masa sampai tuh lil ballerina membuta. siap landing kan dia dalam buaian the rayyans lagi kan.

celik2 jek mata, muka lil ballerina cuak ok. terkedu jek tengok ada baby. 2 babies. maunya mata dia tak berkelip kan tengok the rayyans.

banyak pic diorang jek. sebabnya mummy aka aunty yayan**nak glamer ok nama. xnak makcik2 or mak ngah mak long ni hahaha**, uncle wart**ni pun nak glamer jugak** and RK dok melantak mee kari and kfc. nak pulak hujan lebat masa tuh. memang la yummy sangat kan.

p/s: suka tengok the rayyans pakai walker. macam nak racing jek tau.

be careful!

sekarang ni macam makin menjadi2 pulak kes meragut, merompak, mencuri etc.

even lorong dekat rumah my mom pun macam dah banyak kes jadi.

-kisah satu-

semalam masa sampai dekat my mom's place**almost nak maghrib**saya nampak ada this 2 guys tengah borak dekat dengan playground. macam pelik gak la kan sebab diorang bukan jiran kita orang. ok saya pun ignore jek la. takde fikir apa2.

then bila RK keluar jek daripada kereta, ada seorang lelaki datang**one of them** and minta rm2. off course la RK tak kasi kan sebab tengok badan sihat cergas jek. baju ok jek.

itu satu kes.

ada la dalam 2-3 bulan lepas, benda yang sama jadi dekat my mom. ada seorang perempuan perempuan datang ketuk gate rumah my mom and mintak rm10. luckly masa tuh my mom kat dalam rumah. dia tengok macam pelik jek budak perempuan tuh datang2 terus nak mintak duit kan. pelik. my mom memang tak kan simply bukak kan gate or pintu untuk orang yang dia tak kenal.

and my dad also pernah kena. masa dia keluar daripada bank, ada seorang lelaki dekat dia and mintak rm2. my dad buat tak layan jek sebab tengok keadaan dia seperti mencurigakan. my dad terus masuk kereta and locked.

and u know what...itu semua adalah taktik untuk merompak!

sebab dengan cara macam tuh, bila mangsa keluarkan wallet, terus diorang akan grab wallet tuh dan berlari ke arah partner yang sedang menunggu di suatu tempat. and macam my mom punyer kes pulak, kalau my mom bukakan pintu or gate untuk kasi duit, dia and the geng akan masuk ke dalam rumah and rompak.

yaAllah...scary ok bila fikir balik. nak pulak masa tuh lil ballerina ada sekali.

to my lovely jiran di sebelah rumah, myra & family...please be careful.

-kisah dua-

pagi tadi my mom bagitau yang motor jiran kami dicuri. my mom rasa macam orang yang sama yang saya nampak and orang yang sama mintak duit dekat RK semalam.

sebabnya masa semalam yang saya nampak tuh memang diorang ada berdekatan dengan rumah jiran tuh. macam usha-usha laa.

masa diorang curi motor tuh, jiran tuh sedar tau tapi tak boleh nak buat apa2. sebabnya...pencuri itu telah kunci grill rumah jiran dengan mangga mereka sendiri. mereka buat macam tuh supaya mangsa or orang dalam rumah tuh tak dapat nak buat apa2.

menjerit2 tuan rumah tuh daripada dalam rumah.

warning: itu pun salah satu taktik. my lil bro's friend dah kena. ada orang curi kereta dia dekat luar tapi his friend tak mampu nak buat apa2 coz dah kena kunci daripada luar.

-kisah tiga-

tak ingat bila tapi baru jugak la. lorong rumah my mom juga.

rumah jiran kami kena pecah masuk. tapi masa tuh takde orang dekat rumah. orang sekeliling pun takde sebab semuanya kerja.

pencuri2 tuh siap bukak gate, bawak masuk kereta lagi. macam rumah tuh diorang punyer la kan.

kebetulan masa tuh ada jiran tengah lalu depan rumah tuh. dia pun macam pelik jek sebab tak pernah tengok kan mereka2 itu. tapi dia buat tak nampak jek la kan. sampai jek rumah dia terus call polis.

tapi sayang before polis sampai, semua pencuri tuh dah chow.

jenuh jugak la polis tuh kena tunggu tuan rumah tuh sampai balik.

kesian jiran tuh. habis semua barang kemas wife dia, duit, tv etc kena ambik. rumah bersepah macam kena landa ribut**according to my mom la. dia yang pergi tengok**

-kisah empat-

pun tak ingat bila tapi kejadian ni jadi masa maghrib juga. rumah dia yang 1st dekat lorong tuh. masa anak dia tengah bukak pintu gate, ada seorang lelaki datang daripada belakang+naik motor grab handbeg dia. menjerit2 macam orang giler anak jiran tuh tapi sayang masa tuh semua orang dalam rumah. tak dengar. even mak dia sendiri yang ada dalam rumah tuh pun tak dengar juga.

scary kan? semua kisah ni jadi dekat lorong rumah my mom. tuh belum lagi tempat lain kan. lagi macam2 hal.

so peeps..please be aware dengan orang2 yang mencurigakan ini. kita tak tau bila and dimana kita akan kena.

mintak dijauhkan la. amin.

Monday, November 23, 2009

sedang...

...menikmati secawan coffee plus milk...

serious hari ni macam kabut jek.

dah la set jam bangun pukul 5am tapi macam mana jek boleh terlajak sampai pukul 7am????!

giler la. sedar2 jek tengok hari dah cerah. melompat bangun. yelah mana nak sidai baju, masak air, sterilize botol2 lil ballerina. tuh belum masuk lagi bab nak mandi, hairdryer rambut, make-up bla bla...baju RK lagi...rumah tinggal jek macam tuh bersepah. balik nanti sure pening. aishhh...

believe it or not bangun pukul 7am tapi before pukul 8am sudah rush otw pergi ke my mom's place:D

fuhh...macam robot ok! macam tukar tayar F1 pun ada gak gayanya.

bila sampai office tak sempat lak nak buat coffee. kena settle kan apa yang patut coz mr ceo ada flight petang ni ke overseas.

nasib baik la pakai seluar. kalau pakai kain ni dah terkoyak gamaknya kan.

sekarang...mr ceo dah pergi. kerja pun dah settle. farmville pun sudah di-harvest.

maka...saya sedang termenung di depan pc sambil menikmati secawan coffee yang sungguh menyelerakan. yummy! eh lupa lak nak makan nasi lemak yang my mom bekalkan. yippie!

p/s: ni semua gara2 TWILIGHT la ni saya bangun lambat. tuh la mimpi lagi vampire hensem nak gigit saya...:P awww aii rela ok hahaha. RK bengang coz saya beria nak tengok lagi cerita ni semalam@starmovie padahal saya ada dvd dia and tengok berulang kali lagi. tak cukup lagi? dekat dalam pc office pun saya ada simpan gak. bila bosan boleh layan hahahaha

Wednesday, November 18, 2009

bfast vs lunch

hari ni giler semangat bawak bekal.

bangun pukul 5am pagi ni semata2 nak buat garlic bread and mushroom soup.

lepas tuh bila sampai dekat rumah my mom, dia nak bekalkan nasi impit with kuah kacang plus daging.

perghhhh...kalau bab2 makan ni laju jek kan.

taadaaaa

garlic bread tuh saya pakai roti gardenia jek. malas nak cari french bread.

bfast: garlic bread & mushroom soup

lunch: nasi impit & kuah kacang with daging


yummy!

birthday owh birthday

planning nak celebrate birthday chairman's pa esok. kira nak surprise kan dia memandangkan dia paling senior dekat sini and banyak juga berjasa pada kami semua.

tengah fikir nak beli cake apa ek? bila nak beli? ingat nak suruh jek ob saya belikan esok dekat desa sri hartamas. tak silap ada secret recipe. tapi macam jemu la pulak balik2 cake tuh jek kan. hmm xpela jap lagi turun bawah and survey cake apa yang ada.

secondly, nak order apa jek untuk esok? takdela heavy sangat tapi macam just nice la untuk celebrate yang ala carte ni kan. hmmm...

on the otherhand, cuti saya sudah approved! yeaahaaaaa...starting 27nov sampai la 6dec. mr ceo tanya gak la sebab apa nak cuti lama sangat ni kan. memula macam nak cakap jek pergi holiday walaupun bukan. last2 terus-terang jek la.

end of this month my mom takde dekat sini for a week. so memang takde sapa nak jaga lil ballerina. nak tak nak saya kena la ambik cuti. lagipun cuti saya banyak lagi untuk dihabiskan sampai end of dec2009:D

luckly mr ceo faham. tapi dengan syarat tuh. dia suruh saya online ym sentiasa. so that if anything office senang nak cari saya. aishhhh...terpaksa la angguk kan walaupun dalam hati macam malas jek kan hahahaha

bila cuti dah start maka bermula la life saya as a surirumah sepenuh masa. cewah!

semalam my mom tanya...boleh ke? confident saya cakap boleh!

RK pun ada tanya...

yakin boleh!

err...dalam hati...pengsan laa makkk kena masak hari2!!! uwaaaaaaaaaa...

nanti lil ballerina tolong mummy masak ekkk huhu

Tuesday, November 17, 2009

terkena lagi!

macam biasa bila hujan2 macam ni dah tentu layan kalau minum coffee plus milk.

masa tengah dok leka bancuh air, sekali mr ceo tegur saya daripada belakang. terus akak bukak tarian mak yong ok. serious hodoh! nasib baik la tak terpelanting coffee saya masa tuh.

maunya tak terkejut. tak budget pun dia akan keluar sebab dia baru jek buat air dia and masuk bilik.

fyi, saya selalu tunjuk aksi2 hodoh saya tuh depan mr ceo. tak tau la dia gelak ke apa. tapi kalau staff lain yang nampak confirm gelak guling2.

ada sekali tuh mr ceo suruh buat air for his guest. bila guest datang mula la saya kabut nak cari cawan2 cantik. bila mencari tuh mula la mulut ni cakap sorang2. yerr saya memang suka cakap sorang2.

dalam tengah membebel2 cari cawan dekat pantry, saya tak sedar mr ceo ada dekat dengan pantry. bila saya sedar tuh baru perasan mr ceo tengah tengok saya bercakap sorang diri. terus saya macam tersengih.

sure mr ceo ingat staff dia yang sorang ni dah skru longgar kan.

giler! situation tuh paling buruk sekali ok. masa tuh siap ada mimik muka lagi. adoiiii

sometimes masa buat kerja pun boleh gak. tengah dok buat2 kerja ni tetiba terkeluar suara. mula la ada staff pandang kan. tak pun gelak sorang2 depan pc**ni macam dah ramai buat especially elly:P sekarang ni my ob lak ada penyakit tuh. siap tutup2 mulut ni**

ada ke orang perangai macam tuh gak? sila laa bagitau ek. mana tau leh bagi tips macam mana nak kurangkan perangai tak senonoh ni:D letih laa balik2 mr ceo nampak kan.

drama queen

last nite bawak lil ballerina jumpa her 2nd paed.

memang macam nak runtuh la kan klinik tuh. nurse suruh timbang berat badan dia melalak tak nak turun. nasib baik last saturday kita orang ada ambik rekod dia.

nak redakan melalak dia tuh, saya pun bawak la dia main dekat 1 sudut ni penuh dengan mainan. ok fine. dia rileks jek main ponny.

dalam hati seram juga bila masuk jumpa paed ni. macam dah boleh agak jek dia buat perangai kan.

sah! elok jek jejak kaki masuk dalam bilik her paed, terus dia melalak ok. macam nak runtuh rasanya klinik tuh. her paed baru tegur dia kenapa muka dia masam. just imagine bila paed tuh start nak check dia. nak bercakap pun tak boleh. puas laa paed tuh kasi dia segala jenis mainan but still tak jalan juga.

fyi, gigi geraham lil ballerina nak tumbuh. sekali 4 batang ok. atas bawah kiri kanan semua ada. disebabkan gigi geraham dia nak tumbuh, so gusi dia macam ada bengkak sikit. for me yang 1st time ada anak ni for sure la panik giler bila tengok bangkak tuh. tapi paed dia rileks jek. cakap itu perkara biasa for babies yang nak tumbuh gigi geraham.

paling kelakar masa nak check mulut lil ballerina ni. disebabkan dia melalak tak hengat ni, RK terpaksa pegang kepala and as for me, kena pegang dua2 tangan lil ballerina. paed dia pula kena bukakan mulut lil ballerina. lepas tuh ada extra pulak. nurse dekat belakang tengah nyanyi2 tunjuk patung. rasa2 ada lil ballerina kisah? tak kisah ok

geram betul saya dengan lil ballerina waktu tuh. saya dah cakap anak saya tuh drama queen ok.

kenapa?

elok jek keluar bilik...lil ballerina ketawa and jalan terus jek pergi main balik ponny dia. padahal air mata dia ni meleleh2 dekat pipi kan.

aishhh...its not easy ok nak bawak dia jumpa paed. silap hari bulan boleh kena darah tinggi.

itu belum bab bila time lil ballerina nak kena makan ubat. kena kejar pulak 1 rumah kan. jenuh!

on the otherhand, mr ceo baru masuk office hari ni selepas beberapa minggu tak masuk. serious lama this time dia outstation.

macam biasa la bila mr ceo baru masuk ni mula la sibuk giler. mula la rasa macam nak muntah tengok kerja yang menimbun2 ni. sekali tak jadi. sebabnya...mr ceo kasi present! knowing him memang dia suka belikan present kalau balik daripada mana2. tak kisah la kecik ke besar ke janji ada. ada sekali tuh dia pergi italy ke mana lupa pulak and balik belikan me and chairman's pa a perfume. sampai sekarang perfume tuh ada lagi sebab saya ni bukan jenis pakai perfume.

and this time dia belikan...

PURSE!

nak pulak dapat purse yang diidamkan. yippie!**jimat dah duit saya bulan ni. takyah susah2 nak beli purse baru**

terus aii macam semangat berkobar2 ni buat kerja. rasa macam malas jek nak keluar lunch kan:P

p/s: dengar cerita next week dia nak kena pergi overseas lagi. apa kata kalau this time mr ceo belikan handbeg? ok gak hahahaha banyak cantik muka ko kan.

Monday, November 16, 2009

funny

serious tak bleh bla ok diorang ni.



elly...next birthday party kau kita buat game macam ni. baru gempak babe:D
my mom called me just now. lil ballerina pulak macam dah start batuk2.

aishh...bukan mengeluh sebab dia sakit tapi mengeluh sebab for sure dia berjangkit daripada saya kan. ni yang saya malas kalau saya sakit. coz kalau saya sakit soon or later sure dia kena. tak kan nak suh dia duduk jauh2 kan. macam la dia faham apa yang mummy dia cakap.

last saturday dah bawak dia jumpa her paed. masa tuh cuma check untuk flu and off course la her paed kasi ubat flu jek.

buat masa ni saya tak boleh nak ambik cuti coz mr ceo akan masuk office esok after berada di negara orang untuk jangkamasa yang agak lama. harus la menimbun kerja aii kann...**hopefully mr ceo approve cuti panjang saya hujung bulan ni**

RK pun sama. his new ceo baru masuk last week so kerja dia pun berlambak gak. banyak nak kena buat.

tak kan nak tunggu sabtu? lama sangat. nanti her atuk will membebel dekat saya. tak suka! makan dalam ok kalau bab2 cucu dia ni. uwaaa

nampaknya nak tak nak saya kena bawak lil ballerina jumpa 2nd paed dia **bila ada anak kecik ni kena buat banyak backup** actually saya prefer lagi her paed yang kami selalu jumpa ni. kata paed dia since lahir lagi kan. semua info ada dekat dia. tapi nak buat macam mana. her paed cuma ada dekat hosp sampai pukul 6pm sajo. dah tentu pukul 6.30pm RK baru terhegeh2 sampai sini kan.

lagi satu, 2nd paed dia ni kalau bab charge memang dasyat ok! boleh juling tengok bil dia. uwaaa mummy kena cut cost laa budget bulan nii. dah la ada baju baru nak kena ambik dekat chacha hahahaha

lagi 1 jam nak balik.

alangkah indahnya jikalau saya boleh terbang untuk balik:(

gambar lama lagi

lately ni macam menjadi2 pulak pic lama di tagged at fb kan.

menci aii tau:P


merdeka nite 2003.

on the otherhand, tadi saya ada called chacha. hari ni adik dia yg 2nd kena operate pula coz of appendix. tak boleh nak tunggu lagi sebab appendix dia dah membengkak. kesian chacha. dengar suara dia macam baru lepas nangis jek. yelah lepas chacha kena operate, turn adik dia pulak kena:(

Thursday, November 12, 2009

malu la...

...tapi nak tunjuk jugak kan...

bukak fb pagi ni terus nampak claudine tagged pic saya masa zaman kolej. tak sangka pula dia still simpan lagi kan. saya pun ada simpan gak cuma malas nak scan jek. nanti la saya scan k.

giler oldskool pic ni kan. cuba kasi tengok fesyen kita orang. xhengaat ok.

tengah-ezreen (sorry kena blur kan pic dia. permintaan dia) dia study half jek lepas tuh her mom suruh sambung belajar jadi cikgu english. sedih gak la masa last day dia dekat stamford. sebab dia ni teman naik lrt. so lepas dia takde macam sunyi la naik lrt kan. sekarang ni dia dah kahwin and ada anak dannnn stay dekat jepun. ikut hubby dia kerja.

baju hitam-claudine. tuh pun sama study half juga. lepas tuh dia masuk kolej lain sebab dia nak ambik fesyen design. dulu nampak macam takde style jek kan:P tapi sekarang jangan main2 ok. dia ni berani berfesyen. takde nak ikut alirannya. dia ikut kepala dia jugak. married and sekarang sedang berenak bercuti panjang di holland. fyi, wedding dress dia, sendiri yang design. cantik!

yang berdiri belakang claudine tuh, didda. dah kahwin juga and ada anak sorang. stay dekat perak ikut hubby.

lepas tuh turkah. married and ikut hubby. tak rapat sangat dengan dia ni sebab kalau duduk sebelah dia jek sure nak emo. tak pun nak cubit kan hahahaha

intan. dia ni bukan budak stamford tapi bestfriend claudine. dah macam geng stamford gakla. study fesyen gak. tak tau sekarang buat apa. ni baru nak add dia dalam fb:D

the only lelaki. shawn. claudine's bro. pun bukan budak stamford tapi dia rajin lepak dekat stamford.

haaa kalau tengok betul2 pic tuh. ada nampak lelaki berjalan dekat belakang. nama dia frederick, student mass com itu scandal aii masa zaman kolej. hahahahaha ngaku lakk lama dah tak jumpa dia since dia berhijrah ke australia.

yerr scandal aii masa zaman kolej xde yang melayu ok. kat stamford mana ada student melayu sangat. kalau ada pun macam bagus jek seperti zul playboy hahaha semua orang panggil dia zul playboy sebab dia seorang spoilbrag yang kaki perempuan. kesian dia.

eh aii ada la scandal melayu. shahrul! budak hotel management. hensem ok tapi RK kata muka dia macam beruk masa terserempak dengan shahrul@ the curve. sesuka jek kan cakap muka dia macam beruk. jeles la tuh. macam la saya betul2 bercinta dengan shahrul ni. kawan baik jek sebab shahrul ni la tolong saya masa kelas agama. saya fail ok! kena repeat. shahrul la mentor saya. tup2 kena gosip kita orang couple. layan kan jek la. rezeki hahaha padahal shahrul rileks jekk. yelah bukannya kita orang bercinta pun. bestfriend jek.

dulu2 kita orang tak panggil bestfriend kalau rapat dengan lelaki tapi dipanggil scandal. baru la ngacam sikit kan.

owh ya...semua pics tuh masa stamford ada party dekat legend hotel. stamford ni kerjanya suka la berparty kan. kalau semua student perempuan datang nak ala2 berkemban jek, nak tunjuk sapa paling seksi tapi saya malas. saya datang sebab nak cuci mata and makannn! maklum jek la masa study mana ada budget banyak sangat. pakai la apa yang ado kan.

okla...nanti saya cari pic masa saya pakai uniform stamford. pink & grey! hidup stamford! hahahaha

serious saya rindu masa zaman kolej.

p/s: cerita ini sekadar nak berkongsi kisah lalu jek k. had a great time. bukan boleh nak patah balik kan. plus bukan bertujuan nak berlagak ada scandal ke apa. am sure semua orang ada kisah masa zaman study dulu. muaks!

Tuesday, November 10, 2009

mc

saya mc hari ni.

semalam saya pergi jumpa my lovely dr bernard. actually dah lama saya tak jumpa dia, since saya kahwin, RK's company ada cover medical untuk saya sekali. so pergi panel clinic RK jek la.

ntah macam mana malas pulak nak pergi panel clinic. just nak jumpa dr bernard jek. bila jumpa tuh memang doc tuh suka la kan nak bahan2 kan saya ni.

dulu saya ada mintak ubat cream for my skin ni. maklum jek la kulit saya ni jenis sensitive sikit. boleh la dr bernard ni cakap...

"awak ni nak jadi ratu cantik ke?"

kalau demam pulak...

"ni demam biasa ni. demam bercinta. ni kalau jumpa bf terus baik la"

sesuka jek kan demam bercinta.

ada banyak lagi sebenarnya tapi macam dah lupa pulak.

so semalam masa borak2 tuh tetiba dia tanya umur saya berapa sekarang.

"err...28? eh 27? eh betul ke?"

boleh la saya pergi tanya dia balik kan. serious masa tuh saya lupa umur saya berapa.

dr bernard punyer la gelak tak hengat.

"ni nak i kasi ubat nyanyuk juga ke?"

kembang jek hidung saya ni bila dengar kan.

"ala lupa la doc. doc kira la. i lahir tahun 82"

hahahaha suruh dr bernard yang kira sendiri.

then dia jawab...

"lama sudah you dengan i kan..."

saya sengih. macam bercinta pulak kan huhu

"kalau lama kasi la i mc esok. betul ni i tak larat. dengan hidung gatal lagi. batuk lagi. kang tersebar virus dekat 1 office bos i marah pulak. sebab i 1 office mc pulak"

dr bernard..."yelah...memang i nak kasi pun"

terus saya senyum sampai ke telinga.

dr bernard ni bila dia kasi mc mula la dia kasi saya semua ubat yang mengantuk tahap gaban ni. serious kalau saya makan ubat2 dia ni sure saya akan tidur mati plus nyenyak giler.

hmmm bestnyer cuti hari ni. habis saya laundry semua bj2 yang terperuk dekat dalam stor.

masak lauk pun settle. makanan lil ballerina pun dah masak. hmm apa lagi ek?

tidur time la!

okla gtg...lil ballerina dah tidur so mummy dia pun nak tidur sekali la. chow!

p/s: mr ceo dah approved cuti saya esok. yeaaahaaaaa...tq mr ceo! have a good day di negara orang. peace!

Monday, November 9, 2009

yeayea...

...my lovely friend, atina dah selama deliver baby girl!

congratulations to atina & fahmi.

seriously saya tak sangka pulak dia nak deliver hari ni. saya budget macam lambat lagi sebab dia ada cakap due dia early dec. sekali hari ni la kan. pukul 10am.

best nyerr.

yang saya ingat nama baby dia ARI. lupa lak nama panjang dia:D

tina sempat lagi cakap yang 1st daughter dia macam jeles gitu kan tengok dia bf ari. siap merajuk tuh tak nak cakap dengan mak dia hehe comel sungguh tau.

ok...saya sungguh kagum tau dengan nada suara tina. baru jek lepas deliver tapi suara dia macam takde apa2 pun. dasyat! dah kata pernah ada pengalaman kan...kalau saya dah banyak kali pengalaman pun confirm pengsan gak 24 jam huhu

lepas dah borak2 dengan tina, saya pun ym elly...

boleh la kan elly tanya...

"eh bila masa tina pregnant?"

saya terus gelak. boleh la dia tak tahu kan selama ni tina tuh pregnant.

elly...elly...

yea mari shopping present untuk ari...see ya...

p/s: tetiba rasa macam nak pregnant lagi:P

saya mahu cuti

mr ceo still dekat overseas lagi.

saya nak cuti rabu ni. boleh jek mintak chairman's pa approvekan cuti saya tapi macam tak syok la kan cuti without bagitau bos.

sedang meng-email mr ceo untuk apply cuti. dah taip tapi belum send lagi.

sekarang baru sedang nak apply leave thru email sebenarnya lagi scary daripada mintak face-to-face ok hahaha bongok jugak ni saya...:P

ok try menggagahkan diri untuk click 'send'

fuuhhh!

artis bernama chacha

"ala penat la kwn ngan artis popular cam ko ni cha. ramai benor org tanya pasal ko kat aku. mak penat la nak ckp jek..."

chacha gelak.

ok...fyi, chacha dah ok sikit. hari ni dia sms cakap dia dah boleh mandi sendiri and sapu roti bakar sendiri. good!

go go cha!

Sunday, November 8, 2009

suka suka and suka sangat

stress nyerr sebab banyak sangat cerita yang best.

latest...running in heels.

layan ok cerita ni. semuanya berkisar tentang bagaimana bekerja di marie claire. tengok macam happening and agak stress juga la. tapi best sebab ada saingan kan plus sungguh mencabar.

interns yang terpilih untuk kerja di marie claire. gadis2 NY kebanyakkanya sanggup mati la untuk bekerja di situ. sapa tak nak kan. kalau diorang offer pun aii nak:P

ok bawak bersabar yerr...bagi habis dulu THE HILLS then baru continue tengok running in heels. eh bukan saya ada cakap ke lepas the hills nak layan gossip girls? aiyoooo

tapi nak layan juga cerita ini...

2 anak yang sungguh manja dengan ayah dia yang nak independent and bukak business sendiri.

tuh belum lagi cerita yang asyik saya dok ulang2 tengok iaitu:

owner of baby phat+my idol. suka tengok life dia and macam mana dia struggle untuk sampai ke tahap sekarang ni. and yang paling penting sekali...walaupun dia sibuk mana sekalipun dia tetap pentingkan anak2 dia and sentiasa ada masa untuk mereka.

p/s: inila cara saya mengisi masa lapang. no more berfoya2 dahh hehe at least lil ballerina ada di sebelah saya.


Saturday, November 7, 2009

congratulations!

...to lynn & hubby!


akhirnya kahwin dah diorang. lama tuh bercinta. dasyat!

lynn's reception buat dekat dewan perdana felda.

meriah giler. and theme diorang pun cantik. merah & putih. ingatkan RK ada ambik pic pelamin diorang tapi xde rupanya:( cantik.

memula saya dapat table group orang veteren semua. sangap giler. sekali jumpa mereka2 ini terus saya chow duduk semeja dengan diorang. baru la happening sikit kan. actually dah lama tak jumpa diorang ni. so bila dah jumpa ni mula la start adegan kutuk mengutuk kan. especially si faiz tuh. memang kalau lepak dengan dia tak sah kalau tak mengutuk kan.

tak sah kalau takde pic 3 divas ni kan:P dengan board tuh pun jadi la. masa ni kita orang dah lepak luar nak balik.

ada banyak lagi pics tapi macam biasala malas nak upload+ada pic vvip yang tak boleh di-reveal kan wajahnya. jadi saya kena hormat permintaan mereka2 ini.

sekian terima kasih.

p/s: rindu mau lepak sama mereka lagi. sakit pipi ok sebab asyik gelak jek. fyi, lynn ni adalah teman berjimba plus berfoya2 kami masa zaman muda2 dulu hahaha macam sekarang ni dah tua sangat kan.

chacha sudah baik...yea...

alhamdulillah chacha dah buat operation malam semalam. walaupun banyak patient nak kena operate and ot pulak penuh, doc tetap kena operate semalam juga. according to her mom, hempedu dia macam dah bernanah. eh betul ke? ke aku salah dengar. tapi lebih kurang macam tuh la.

plan nak tengok dia semalam lepas balik keje tapi tak sempat pulak. kebetulan pulak ms engineer yang sungguh sibuk ini free maka saya mengangkut dia sekali untuk pergi melawat chacha.

masa sampai tuh mak chacha and 2 orang adiknya ada dekat situ. macam kesian tengok dia. selalunya dia yang paling riuh and kecoh sekali tapi hari ni dia diam jek. sebab sakit sangat. kita orang pun takdela nak cakap dengan dia sangat. just borak dengan mak dia jek la.

insyaAllah kalau takde apa2, chacha akan keluar hosp on tuesday.

lepas jek melawat chacha kita orang terus rush ke wangsa maju. makan time! kita orang memang kebulur giler. dah la kita orang stuck dekat area ampang punyer lama. stress jek.

tengok la si kecik tuh. dah makan pelancong jepun pulak kan.

fyi, belakang tuh studio cafe milik zaid af. plan nak makan situ sekali ntah macam mana boleh terlencong masuk kedai sebelah. xpe..next time k. nampak macam happening gak kedai dia.

balik rumah, macam biasala kalau dah takde keje kan. mula la cari idea nak masak apa. this time takde la susah sangat nak buat pun. simple jek and bahan2 dia pun senang nak cari.


tak tau nak dia apa. just panggil popia pisang. hahaha buruk ok nama dia.

resepi ni my friend from philiphines yang kasi. dia kata dia selalu buat ni as a dessert. bila dengar dia cerita macam terliur la pulak kan.

dalam popia tuh ada pisang and brown sugar. memang best la. ranggup but soft di dalam. cewah!

habis setandan pisang saya buat tapi tak masak semua la. just kasi dia gulung2 pastu simpan. giler ke apa nak makan banyak2 kan. dah la manis giler. maybe esok saya akan buat dark choc souce. yummy!

Friday, November 6, 2009

...

arrghhhh rasa2 macam nak demam ni. selesema and sakit tekak dah ada ni. aiyoo ni mesti sebab asyik kena hujan jek.

on the otherhand, elly sms-ed me cakap chacha admitted at ampang puteri. pantas call dia balik. yelah nak tau gak sebab apa. semalam ada call chacha and dia ada cakap yang dia rasa tak sedap badan and tak boleh nak tidur.

elly cakap mak dia dah sedih2 bila call:(

planning to visit her after work with elly. hopefully semuanya ok.

pray for u, cha...

p/s: yea chairman's pa ajak makan ikan bakar for lunch. mentang2 la mr ceo xde kan kemain lagi nafsu makan tuh nak jauh2 kan. hopefully jadi la wink wink

Thursday, November 5, 2009

forgiveness vs kemaafan

"The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong" by mahatma gandhi.


bukak fb this morning and saw one of my friends 'wall-to-wall' dengan old friend. actually mereka pernah close to each other then putus kejap and now rasanya macam mereka akan berbaik balik. although that old friend pernah buat something bad to her.

ok just forget about them. lets talk about me...my forgiveness...

ber-ym dengan elly this morning and we talked about forgiveness. pass life. dengan elly ni apa2 topic pun jadi la kan janji menghilangkan kebosanan. lepas dah borak2 pasal forgiveness tetiba boleh pulak masuk topic lagu jiwang karat kan. lepas tuh melalut pulak ke karoake session lak.

"Salah ke kalau kita maafkan kisah silam kita?"

terus jek tanya soalan tuh dekat elly.

"Tak." elly replied. then terus la kami berchatting.

and saya pun rasa tak salah untuk forgiving people. walau macam mana teruk sekali orang tuh pernah buat kita tapi mereka deserve a 2nd chance right? mana tau satu hari nanti kita juga memerlukan 2nd chance pulak kan...

i have a friend. kawan daripada kolej. knowing her memang dia takde kawan sangat. memula saya tak suka kawan dengan dia tapi bila dah kenal dengan dia terus jadi kawan baik. macam2 la yang kita org dah lalui sampai la satu masa kita orang terus putus. pasal apa biar la saya simpan jek. sebab dah penat nak ingat balik kisah lama tuh kan. lagipun panjang sangat. kalau cerita dekat sini mau lak saya menaip sampai besok kan:D

lepas tuh dia dah kawin and now baru dapat baby. kita orang berkawan balik since dia pregnant. she always asking me about pregnant+deliver+bla bla. so daripada situ terus macam ber-ym dengan dia.

sampai la dia dah deliver, dia ada tanya saya**actually saya pun dah tak ingat berapa kali dia dok tanya saya bila boleh jumpa. saya jek yang asyik avoid daripda dia**bila kami boleh berjumpa. so i've decided utk jumpa dia after dia deliver.

masa sampai rumah dia tuh memang saya agak nervous jugak la. sebab family dia semua tau pasal kami especially her mom.

rupanya saya jek yang suka fikir bukan2. her mom terus jek cium pipi saya. ok...seriously, masa ni saya macam syahdu sikit. her mom is a very nice person. suka la masak macam2 bila datang rumah dia.

then kita orang borak2 sampai la tak tahu berapa lamakan. semuanya cerita xperiences dia and also future. no more pasal pass life...which is good la kan.

then dia ada tanya kalau lepas dia confinement and dia+her son nak hangout dengan saya+lil ballerina boleh ke...

damn! to be honest masa tuh saya realize yang saya perlukan maafkan dia.

why?

just imagine kalau saya in her shoes...

kata orang kalau kita dapat maafkan orang jiwa kita akan lebih tenang. yes! jiwa saya rasa sungguh lega sangat2. rupa2nya selain insan bernama xbf yang perlu saya maafkan, ada insan lain yang saya perlukan maafkan juga. its her!

selama ni saya punyer la fikir kenapa saya macam gelisah jek. macam ada sesuatu yang burden saya selama ni.

akhirnya saya sudah dapat jawapan.

tak perlulah tanya sapa salah sapa yang betul. dia ada salah. saya pun salah juga. takde sapa pun yang perfect dalam dunia ni. semua orang pernah buat silap.

...MAAF...

p/s: sorry peeps coz this entry macam ada unsur2 emo+keinsafan. chow!

Wednesday, November 4, 2009

macam tak percaya jek

errr...

saya macam baru tau la hari ni adalah 2nd anniversary saya!**macam mimpi jek saya dah kawin kan..and ada anak pulak tuh...**

bila ingat jek terus call RK. bila tanya dia lagi la dia tak ingatkan. siap tanya balik hari ni ada apa2 special ke? panas jek dengar kan. padahal dia gak yang ingat dulu.

RK suruh saya fikir nak buat apa malam ni or nak tunggu weekend jek ke. me...hmmm...tak tau la. selalunya bila balik kerja sure penat giler. hanya nampak katil and bantal jek. later la fikir.

owh ada good news for both of us. start next week RK dah takde kena kerja shift dah. yippie! suka suka. and next week juga RK akan ada bos baru. RK tak kasi saya reveal sapakah bos baru dia sebab wartawan semua tak tau lagi. hahahahaha bangga makk kan**tapi sempat gak la gosip dengan chacha. wajib!**aisshhh alangkah indahnya jikalau 'dia' adalah bos saya. opss...suami orang tuh. artis lagi kan. yang penting anak dia sungguh la comel.

later saya akan update on lynn's reception last sunday k. hari ni takde mood nak taip panjang2 sebab perut adalah senak dengan mcD and sundae choc for lunch. time for tidooo...

p/s: rindu hendak berjimba seperti ahad lepas. sungguh havoc and haru biru ok.